Hadiah yang pertama sekali saya terima di Tarim ialah kayu sugi. Hadiah dari seorang kawan karib, Mubin Abd Rahman, kawan se UIA dulu. Di Tarim saya tinggal di rumah Mubin. Mubin sekarang lanjutkan pelajaran ke Dar al Mustofa.
Sebenarnya misi saya di sini hanya satu. Saya ingin cari sesuatu yang tenang. Tenang yang sebenar-benarnya tenang. Saya tertarik dengan kata-kata Rasulullah,
"Penduduk Yaman datang. Mereka lebih halus hatinya. Iman ada pada orang Yaman. Fikih ada pada orang Yaman. Hikmah ada pada orang Yaman." (HR Muslim, 73)
Orang kata Yaman adalah Kota para Wali. Alim ulama yang hatinya baik hati telus bersih ramai ada di sini. InsyaAllah ada peluang nanti nak jumpa dengan mereka, ambil nasihat dan doa. Mohon peroleh ketenangan jiwa, ketenangan abadi.
Tapi apa pun, mula dengan sugi. Sunnah yang mudah. Balik KL boleh cuba maintain.
Mat, hang tak risau ka kan Yaman keadaan sekarang tak berapa aman? Soalan ini ada diajukan kepada saya. Keadaan konflik itu berlaku di Sanaa, agak jauh dari Tarim. Dan kebanyakan kawasan di jaga oleh kabilah-kabilah tertentu.
Seperti hari ini, sebab nak guna wifi, singgah cc kejap. Boleh nampak seorang ahli kabilah nih main game bola lagi. Atas meja tu bukan untuk game tau, tapi memang senjata betul 😂.
Apa yang best di sini, selisih sahaja akan diberi salam. Orang Yaman ni memang mesra dan lemah lembut. Memang betul lah kata Mubin, satu lagi di Yaman boleh jaga mata. Takda langsung peluang nak cuci mata. Semua bertutup litup
Salah seorang kabilah dengan AK47 di atas meja sambil main game PES |
Seperti hari ini, sebab nak guna wifi, singgah cc kejap. Boleh nampak seorang ahli kabilah nih main game bola lagi. Atas meja tu bukan untuk game tau, tapi memang senjata betul 😂.
Apa yang best di sini, selisih sahaja akan diberi salam. Orang Yaman ni memang mesra dan lemah lembut. Memang betul lah kata Mubin, satu lagi di Yaman boleh jaga mata. Takda langsung peluang nak cuci mata. Semua bertutup litup
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment