About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, May 27, 2008

Bantuan Muslim Aid untuk Mangsa Taufan Nargis di Myanmar

mangsa Nargis

Alhamdulillah, hasil sumbangan dari orang ramai di Malaysia dan seluruh dunia, Muslim Aid berjaya menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa Taufan Nargis di Myanmar. Bantuan diberikan dalam bentuk sistem pembersihan air (Water Purification System) yang mampu menghasilkan lebih kurang 30L air bersih dalam masa seminit, tablet-tablet air, ubat-ubatan seperti ors, makanan dan utensils.


Sistem Pembersihan Air yang sedang digunakan

latihan diberikan kepada orang ramai tentang cara menggunakan sistem pembersihan air

Buat masa kini, kerajaan Myanmar tidak membenarkan bantuan asing untuk terus ke lokasi mangsa di Delta Irrawady. Hanya pihak Junta atau NGO tempatan sahaja yang dibenarkan ke Delta Irrawady. Oleh yang demikian, Muslim Aid telah bekerjasama dengan NGO dari US yang mempunyai pejabat di Myanmar iaitu ADRA (Adventist Development and Relief Agency). ADRA menyediakan pekerja-pekerja yang terdiri daripada rakyat Myanmar sendiri, yang dapat membawa alat-alat bantuan ke lokasi yang lebih dalam di Delta Irrawady seperti Labutta dan Myaungmya. Lebih kurang 12 000 orang berjaya dibantu di sana.

Bersama team ADRA

makanan dan utensils yang siap dibungkus do CMRF

Muslim Aid dan CRMF bersama menghulurkan bantuan

Muslim Aid juga bekerjasama dengan lagi sebuah NGO tempatan Myanmar iaitu CMRF (Cholia Muslim Religious Fund Trust). Bersama CMRF, 500 bungkusan makanan dan utensils dapat disalurkan kepada mangsa Nargis.

Sumbangan ORS dari rakyat Malaysia melalui Muslim Aid Asia



InsyaAllah, Muslim Aid akan terus membantu mangsa-mangsa Nargis di Myanmar. Bentuk sumbangan yang akan dihantar dari Malaysia, ialah berbentuk garam ORS, yang digunakan untuk mangsa-mangsa yang mengalami keracunan makanan, cirit-birit dan muntah. Sumbangan boleh disalurkan melalui Muslim Aid Asia samada dalam bentuk paket ORS atau dalam bentuk wang tunai dan cek. Pada yang ingin menyumbang, boleh terus hubungi pejabat Muslim Aid Asia di talian 03-22881996.

-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

p/s gambar lagi di sini

Wednesday, May 21, 2008

Melangkah ke Bumi Myanmar

ORS yang disumbangkan oleh mereka yang amat prihatin

20 May 2008, jan 10.15 pagi, saya menerima panggilan dari Kedutaan Myanmar, mengatakan saya menerima jemputan untuk ke Myanmar untuk berbincang bersama Menteri Luar Negara Myanmar. Menurut kedutaan Myanmar, hanya tiga oang individu sahaja dipilih dari setiap negara untuk menghadiri diskusi tersebut. Saya bersyukur kerana dipilih untuk menyertai delegasi ini.


Saya perlu report di Myanmar tengahari 21 May, terpaksa saya cepat2 sediakan dokumen dan booking tiket flight terus ke Yangon dari KLIA. Dengan sokongan dan bantuan dari rakan sekerja seperti Ilham, Amir, Ida dan bos saya, encik Wan, dapat selesaikan kesemua keperluan yang diperlukan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang wang untuk membeli Oral Rehydration Salt (ORS) yang akan diberikan kepada mangsa taufan Nargis. Terima kasih kepada mak saya, Sangdiva dari Team Hyundai Malaysia, Tekong dari Flavert, Apit dari Pesona Senifoto, Anep dari UM, Ainie dari UIA dan semua yang secara ikhlas telah menghulurkan sedikit bantuan yang bakal menggembirakan mangsa-mangsa taufan Nargis ini. Semoga Allah murahkan rezeki dan berkati hidup kalian, insyaAllah.

Doakan saya selamat pergi dan pulang ke Tanah Air.

Info
Masa Flight: 11.15 am (21 May 2008)
Tarikh Pulang: 12.15pm (26 May 2008)
Penerbangan: MAS

Wassalam

-Muhammad-

Friday, May 16, 2008

Slot Muslim Aid Asia di Selamat Pagi Malaysia


Alhamdulillah, hari ini Muslim Aid Asia berpeluang untuk memperkenalkan Muslim Aid Asia kepada orang ramai menerusi rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 RTM. Slot ini lebih untuk menerangkan bantuan yang Muslim Aid Asia salurkan untuk bantuan Taufan Nargis di Myanmar. Pihak Muslim Aid Asia mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak RTM kerana menjemput untuk slot Selamat Pagi Malaysia ini. Pada individu atau korporat yang ingin menyumbang untuk tabung Taufan Nargis ini, boleh terus hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996.



-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Monday, May 12, 2008

Part 2: Study Visit ke Perkampungan Orang Asli, Raub

Ustaz Hasmadi bersama Tok Batin (Roslan)

Pada sebelah Magrib, ustaz Hasmadi akan mengetuai solat berjemaah, dan diikuti dengan kuliah Magrib. Sesi ini, para orang asli dapat mengemukakan kemusykilan serta pertanyaan.

Bersama tok batin dan kanak-kanak

pemenang acara sumpit

acara melastik

how many how many...

sesi makan malam

Sesi susulan dakwah ini lebih kepada aktiviti sosial, untuk mengeratkan lagi hubungan sesama Islam. Pihak volunteer juga telah menyumbangkan ubat-ubatan serta pakaian terpakai kepada mereka.

voulnteer mengasingkan pakaian terpakai

acara soal jawab bersama kanak-kanak

pemberian ubat-ubatan

volunteer yg juga seorang muallaf bersama turun padang

pemberian daging qurban Muslim Aid Asia


Masyarakat orang asli ini hidup dibawah paras kemiskinan, akan tetapi mereka selesa dengan cara hidup sebegini. Apa yang kekurangan ialah dari aspek pendidikan agama Islam, pendidikan konvensyenal.


Sesi penyampaian hadiah


Pemberian daging qurban dari Muslim Aid Asia

surau yang telah dibina, hasil sumbangan orang ramai


Berikut adalah butiran tentang masyarakat orang asli ini

Kaum: Semai
Lokasi: Kampung Harong, Raub ( 3 jam perjalanan menaiki bot dari jeti di Raub, 1 bot RM300 muat 5 orang)
Penduduk: 24 keluarga
Agama: Islam (Muallaf)
Ekonomi: Bercucuk tanam, menangkap ikan dan kayu gaharu. Pendapatan dianggar kurang dari RM400

mereka menantikan kehadiran kita




Pada yang berminat untuk menyertai atau memberi sumbangan untuk study visit dan bantuan orang asli dan program susulan dakwah orang asli ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 (Muhammad atau Ilham) Program sebegini dijalankan dua kali sebulan bersama ASDAF. Dengan sumbangan anda, Islam dapat disebarkan ke lebih banyak tempat disamping menambah lebih ramai saudara baru kita, insyaAllah.

-Muhammad-
Fundraising and Marketing

Sunday, May 11, 2008

Part 1: Study Visit ke Perkampungan Orang Asli, Raub

Trip dakwah ke perkampungan orang asli

Kami berkumpul di ASDAF pada jam 10 malam hari Jumaat ( 9 May 08). Program 2 hari 2 malam kali ini melibatkan 20 volunteer dari Telekom Malaysia, PDRM dan Muslim Aid Asia. Program diketuai oleh Pengetua ASDAF iaitu Ustaz Hasmadi, atau lebih dikenali sebagai Pak Abu. Program ini lebih berbentuk follow up dakwah kepada masyarakat orang asli. Sebelum bertolak, kami sempat mengagihkan cokelat untuk anak-anak yatim di ASDAF.

Pengagihan cokelat

Lebih kurang 5 biji kereta bertolak dari ASDAF ke Raub. Kami bergerak jam 11 malam, dan tiba di Masjid Muhajirin, Raub jam 2 pagi. Kami tidur dan merehatkan diri sebelum bertolak dengan bot ke perkampungan orang asli di Kampung Raung.

di Masjid Muhajirin

Tempat berehat

Selepas sarapan pagi, dalam pukul 10 kami menaiki bot ke Kampung Harong. Perjalanan atas bot mengambil masa hampir tiga jam. Kami tiba di Kampung Harong tengahari. Yg paling gembira menyambut kedatangan kami ialah anak-anak kecil orang asli. Dengan semangat mereka bantu angkatkan barang-barang.

Bersama-sama mengangkut barang ke bot

Sebahagian bot yang digunakan

bot menggunakan kuasa 30hp

Dengan kerjasama orang-orang asli ini, kami pun bersama-sama menyediakan makanan tengahari. Daging ayam mentah telah dibawa oleh volunteer TM. Pihak perempuan akan sediakan bahan-bahan seperti bawang, kentang dan pihak lelaki akan sediakan kuali, dan hidupkan api.
selamba adik kecil ini angkut beras 10kg

sama-sama menyediakan makanan


Sementara menunggu makanan masak, lolipop diadihkan kepada semua!

semua mahukan lolipop!

gembira bersama lolipop2 masing2



p/s part 2 selepas ini

-Muhammad-

Thursday, May 8, 2008

Myanmar Cyclone Emergency Appeal


Muslim Aid is responding to the current crisis in Myanmar (formally known as Burma) after the devastating Cyclone Nargis hit the country this Saturday 4th May. Winds of up to 190 km per hour crashed through the country and leaving thousands of people dead and many more missing. Tens of thousands of homes have been flattened, roads destroyed and power lines ripped down, and aid agencies are reporting that as many as 1 million people may be left without access to food, shelter or water in what is being described as the worst storm to hit Asia in 25 years.
Latest reports estimate the death toll to have risen to over 22,500 with a further 41,000 missing, resulting from a massive storm surge that swept into the vast Irrawaddy delta, southwest of Rangoon. The storm gathered momentum in the Bay of Bengal for several days and resulted in a wave that reached approximately 12 feet (3.5 metres) high, sweeping away low lying villages, leaving villagers with nowhere to find shelter.

According to Reuters sources, the government has called for international assistance as food and clean water supplies are running low. Prices of fuel and construction materials have also risen dramatically in the wake of the storm.

Muslim Aid is appealing for funds to help the thousands of survivors left homeless by the disaster. $200,000 has already been allocated as Muslim Aid prepares its relief work on the ground. We will be working with our partners Global Medic providing clean water, medicine and emergency healthcare.

p/s insyaAllah selepas pihak Junta membenarkan bantuan masuk, pihak Muslim Aid akan terus hantar bantuan, via Bangkok ke Myanmar.


Sunday, May 4, 2008

Program Bersama Pelajar Perubatan USM

Semalam, 3 May 2008, kami dari Muslim Aid Asia terlibat bersama dengan Pelajar Perubatan (kump 4a) USM Kubang Kerian dalam program Humanitarian and Rehabilitation untuk pesakit-pesakit Cerebral Palsy. Program ini dilangsungkan di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK).

Shad dan Am bersedia untuk slot motivasi ibu bapa

ibu bapa yang tabah dan penuh semangat

Kami dijemput untuk mengisi slot motivasi bersama ibu bapa yang anaknya merupakan pesakit Cerebral Palsy. Kami menggunakan approach dalam bentuk mass, supaya dapat interaksi bersama dengan ibu bapa dengan lebih berkesan. Harapan kami, dengan motivasi seperti ini, dapatlah ibu bapa lebih tabah dan berkeyakinan untuk membimbing dan memberi kasih sayang sepenuhnya kepada anak mereka yang mengidap Cerebral Palsy.

pelajar-pelajar perubatan USM bersama ibu bapa dan anak Cerebral Palsy




Slot seterusnya, ibu bapa telah diajar cara-cara yang betul untuk menguruskan anak-anak istimewa ini. Program sebegini sememangnya dinanti-nantikan oleh ibu bapa yang selama ini penat lelah mendidik serta menjaga anak Cerebral Palsy ini.

Penyampaian bantuan kepada ibu bapa

Slot terakhir merupakan penyampaian bantuan kepada keluarga Cerebral Palsy. Kumpulan 4a pelajar-pelajar perubatan USM dengan usaha gigih telah menyumbangkan lampin pakai buang seperti Drypers, bola senaman, poster bantuan mengajar dan wang kepada ibu bapa ini.

Pelajar perubatan USM menyumbangkan daging qurban tin kepada ibu bapa

Pihak Muslim Aid pula menyampaikan sedikit sumbangan kecil dalam bentuk daging qurban tin kepada keluarga tersebut.
Zaim (blakang) selaku pengarah program

Semoga dengan usaha murni pelajar-pelajar perubatan kump 4a USM ini mendapat keberkatan Allah Taala, insyaAllah.

Boleh dapatkan report program di sini
Download Report

lepas habis program, kami hantar 1 family pulang ke rumah. kena naik bot! sambungannya di sini

-Muhammad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...