About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, October 5, 2012

Program Qurban For Life Kembali Lagi



Program Qurban For Life (Q4L) kembali lagi anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan harga yang sama iaitu RM380 yang merangkumi satu bahagian lembu, penyembelihan, pemprosesan, pengetinan dan pengagihan. Program qurban kali ini bakal mensasarkan saudara Rohingya kita yang kini amat memerlukan bekalan makanan di Arakan, Myanmar.
 
Tarikh tutup bagi penyertaan Q4L ialah pada 25 Oktober 2012.
 
Antara kelebihan melaksanakan qurban bersama Muslim Aid
 
1. daging qurban ditinkan agar tahan lama dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah
2. daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak2 yatim, fakir miskin, golongan OKU dan ibu tunggal di Malaysia, mangsa bencana dan mangsa konflik di Myanmar, Selatan Thai dan Somalia.
3. Lembu yang gemuk dan sihat dari Australia dipilih mengikut kualiti yang ditetapkan untuk ibadah qurban.
4. Kos RM380 sudah termasuk harga bagi sebahagian lembu, penyembelihan, proses, masak, pengetinan dan pengagihan
5. Setiap penyertaan qurban akan diberi resit pengecualian cukai serta sijil penyertaan (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)
6. Mendapat pengiktirafan JAKIM dan Persekutuan Majlis Agama Islam Australia
 
Pada yang berminat untuk menyertai Qurban For Life, boleh sertakan butiran berikut kepada pejabat Muslim Aid melalui email/fax/pos. Sila kepilkan sekali slip pembayaran.
Nama penuh:
Alamat rumah:
No telefon:
Masa dan tarikh transaksi:
Jumlah:
Untuk mendapatkan borang atau maklumat lanjut, boleh layari www.qurbanforlife.com atau di laman Facebook di http://www.facebook.com/qurbanforlife atau hubungi 03-22881996.
 
Muhammad bin Kamarulazizi
 

Misi Kemanusiaan di Myanmar

 
 
Saya baru-baru ini berpeluang untuk ke negeri Arakan (Rakhine, Myanmar) yang majoriti masyarakatnya adalah warga Rohingya. Konflik kali ini yang melibatkan komuniti Rohingya dan Rakhine ini sudah mula terkawal tetapi masih tidak selamat sepenuhnya. Saya telah mendapat kesempatan untuk masuk ke Sitwee (ibu negeri Rakhine) yang ditadbir sepenuhnya oleh masyarakat Rakhine sendiri. Ketika ini warga Rohingya tidak dibenarkan keluar dari kampung atau kem pelarian mereka tanpa permit yang sah dari kerajaan negeri.
Apabila kami tiba di Sitwee, kami terus ke pejabat kerajaan negeri dan bertemu dengan salah seorang menteri di sana. Hasil perbincangan dengn tuan menteri, mereka telah membenarkan Muslim Aid (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia) untuk menghantar bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan kepada mereka yang memerlukan di Rakhine tidak kira warga Rohingya atau Rakhine sendiri. Pengiktiran dan kebenaran ini cukup bermakna kerana bantuan untuk disampaikan ini agak sukar dan amat perlu memahami kehendak kerajaan negeri dan masyarakat Rakhine itu sendiri.
InsyaAllah lebih banyak bantuan akan disalurkan kepada saudara kita di Rakhine, dan saya amat berterima kasih juga kepada wakil-wakil Malaysian Relief Agency (MRA) yang banyak memberi nasihat untuk misi kemanusiaan ini. Program bantuan selanjutnya akan digerakkan dengan kerjasama MRA.
 
keadaan kemyang basah dan berlumpur

sebuah rumah (bilik) memuatkan antara 10 ke 15 penghuni

tandas

bangunan sekolah yang dijadikan kem


Pengiraan asas untuk bantuan beras adalah seperti berikut. Kami memerlukan sekurang-kurangnya USD2000 untuk membeli 100 kampit beras (berat antara 10-12kg) untuk diberikan kepada sebuah kampung atau sebuah kem yang mempunyai antara 5000 hingga 8000 orang. Jumlah USD2000 ini dapat menampung keperluan beras untuk sehari bagi sebuah kampung. Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan anda, boleh salurkan ke akaun CIMB 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila email atau faks kan butiran transaksi beserta dengan nama, alamat dan no telefon ke mail@muslimaid.org.my atau 03-2288 1966. Setiap sumbangan akan diberikan resit pengecualian cukai (Rujukan: LHDN 01/35/42/51/179-6.6487, Tarikh Kuatkuasa 15.01.2009)
 
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya terus di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...