About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Biodata


Nama sebenar Muhammad bin Kamarulazizi. Dilahirkan di Indiana, Amerika Syarikat. Mendapat pendidikan awal di sekolah Almondbank, Scotland, UK (1987-1989), dan meneruskan pendidikan di Sekolah Kebangsaan Minden Height, Pulau Pinang (1989-1994). Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Keb Agama Al-Mashoor (L)(1995-1999). Melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000 dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Kejuruteraan Pembuatan. Kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam pengurusan perniagaan pengkhususan pengurusan strategik (MBA - Strategic Management) di Universiti Teknologi Malaysia (2012-2104).  Penulisan di akhir semester lebih menjurus kepada brand equity and consumer behavior.

Beliau mula berkhidmat dalam bidang industri pembuatan plastik sebagai jurutera qualiti di sebuah kilang di Penang. Kemudian berpindah profesion sebagai Pengurus Pembangunan Program di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia selama enam tahun. Kini merupakan pengasas kepada Kindness Malaysia, sebuah NGO yang fokus menyebarkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun. Disamping itu, beliau juga mempunyai sebuah syarikat konsultan dan antara klien beliau ialah syarikat perniagaan Mydin dan Go Auto Group of Companies. Dalam industri akademia, beliau pernah bertugas sebagai pensyarah sambilan di Kulliyyah Ekonomi dan Pengurusan Sains, Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2014.

Beliau aktif dengan misi kemanusiaan di dalam dan luar Malaysia. Antaranya seperti misi kemanusiaan di konflik di Palestin (2011 dan 2012), Taufan Nargis dan konflik Rohingya di Myanmar (2012, 2014 dan 2016), Taufan Haiyan di Filipina (2014).  Beliau juga kerap muncul di kaca televisyen tempatan dan antarabangsa, radio, akhbar dan majalah tempatan berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan.

Sebagai social worker, beliau berpengalaman bekerjasama dengan badan-badan NGO lain seperti UNHCR,  MRA dan badan kerajaan seperti JKM dan Baitulmal. Beliau kini berhajat untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD cenderung kepada kajian yang melibatkan perception management, brand image, mass mind control, propaganda and psychological warfare

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...