About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Saturday, October 29, 2016

Hanya 3 Saat untuk Cetuskan Kesenangan Hati


Akhir-akhir ini saya mengaku yang terlalu banyak perkara yang berlaku dan membuatkan diri saya kurang semangat. Dari tugasan harian hingga ke perkara-perkara yang saya suka lakukan mendapat kesan. Saya juga risau jika orang sekeliling saya juga terkesan. Saya mula rasa seperti tidak enjoy dengan apa yang saya lakukan selama ini. Ada yang mengatakan ini adalah depression. Saya risau dan saya perlu lakukan sesuatu. Saya perlu refresh. Saya mahu kembali bersemangat dalam apa jua yang saya lakukan. Saya nak back on track!

Setiap hari saya akan baca artikel-artikel yang positif supaya saya dapat tune kembali pemikiran saya. Saya cuba untuk elak dari berfikir hal-hal yang negatif. Saya ambil kesempatan untuk ke Pulau Pinang untuk urusan kerja dan pada masa yang sama saya dapat pulang ke kampung orang tua saya. Saya nak guna peluang ini untuk rehatkan diri dan minda. Saya mahu keluar dari rutin seharian saya.

Di kampung, saya banyak menghabiskan masa membaca. Baca artikel, journal atau buku non fiction. Saya dapat satu ilham untuk buatkan diri rasa senang hati. Mudah sahaja dalam 3 saat. Contohnya kita selalu dapat rasakan nikmat yang mudah. Contohnya, bila berpeluh, kita capai kertas dan mula mengipas, angin yang buatkan diri rasa sejuk itu adalah nikmat. Nikmat yang sebentar inilah harus kita syukuri. Ucap alhamdulillah dan hati akan rasa senang. Saya mencuba lagi, kita akan secara automatik capai air bila kita rasa seperti hendak minum. Kelegaan apabila air melalui tekak kita itu adalah nikmat yang sebentar. Ucap alhamdulillah dan secara tidak sedar saya akan tersenyum. Dapat drive jumpa dengan mak ayah, terus ucap alhamdulillah. Duduk drive dalam kereta, rasa selesa kerana engin lancar, terus ucap alhamdulillah. Kereta dapat maintain 110km/h di highway, terus ucap alhamdulillah. Semua ini nikmat yang kita tidak sedar. Nikmat yang diberikanNya yang kita selalu terlepas pandang.

Ucapan alhamdulillah untuk nikmat yang singkat ini melatih diri saya untuk bersyukur. Walau dalam keadaaan stress, atau tegang, bila dipraktikkannya, diri akan rasa senang hati. Bila banyak kali lakukan, rasa senang hati akan mula bersulam dengan rasa sebak, kerana kita dapat rasakan yang Allah masih sayangkan kita.

Semua orang boleh latih, senaman syukur 3 saat ini. Hanya dengan 3 langkah. Rasa, nikmat dan ucap. Setiap nikmat yang dirasakan ini kita cepat-cepat ucap alhamdulillah. Nikmat yang diberikan olehNya. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya terapi mudah untuk mencapai ketenangan jiwa, insyaAllah.

Artikel ini telah dimuatnaik di The Vocket.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Saturday, October 15, 2016

Dana Semakin Genting di Madrasah Hashimiah


Tak pernah sebelum ini nak uruskan sekolah tahfiz sendiri. Bila Ustaz Hashim minta jadi pengerusi, saya rasa tanggungjawab tu berat. Lagi-lagi melibatkan anak-anak pelarian. Anak pelarian ini kurang popular jika nak banding dengan anak-anak yatim dan miskin melayu. Syarikat korporat atau agensi kerajaan pun lebih gemar anak-anak tempatan berbanding dengan "orang luar" macam pelarian.

Saya tidak kata saya bersetuju untuk jadi pengerusi, tapi setiap kali jumpa donor, Ustaz Hashim akan kenalkan saya sebagai pengerusi. Bermula dari situ saya rasa saya perlu lakukan sesuatu untuk anak2 di Madrasah Hashimiah.

Fokus utama adalah untuk sustain Madrasah Hashimiah. Alhamdulillah, 4 tahun sebagai pengerusi, dana masuk cukup untuk sustain setiap tahun. Perancangan pengumpulan dana akan dilakukan sebelum bulan puasa. Dana yang diterima pada bulan puasa itulah yang menjadi income utama bagi membantu operasi Madrasah selama setahun.

Tahun ini agak berbeza, keadaan ekonomi kurang memberangsangkan. Dana yang kami kumpul di Madrasah Hashimiah tidak sebanyak tahun sebelumnya, dan paling saya risau mungkin tidak dapat nak sustain sampai bulan puasa tahun hadapan. Saya dapat tahu, banyak rumah kebajikan yang lain mengalami perkara yang sama. Banyak NGO juga yang terkesan. Saya percaya orang ramai pun sudah tidak banyak belanja, kerana kewangan terhad.

InsyaAllah usaha untuk sustain madrasah akan diteruskan. Iya, ada cadangan untuk lakukan perniagaan sebagai income, tapi banyak faktor external yang perlu diambil kira, lagi-lagi Madrasah kami menempatkan anak-anak pelarian, dan kami juga merupakan sekolah komuniti dan juga asrama.
Alhamdulillah masih ada donatur yang maintain sumbang ke madrasah. Walaupun jumlah sudah tidak sebanyak dulu, nilai tetap ada. 

Kawan-kawan, jika ada yang berminat untuk menyumbang, boleh sumbang terus ke akaun CIMB di 8600202864 atas nama Madrasah Hashimiah. Saya dah lama tak buat crowd funding, tapi kali ini saya terpaksa lakukan juga demi anak-anak di Madrasah Hashimiah. Semoga kawan semua dirahmatiNya, amin.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengerusi 
Madrasah Hashimiah

Thursday, October 6, 2016

Jeans For Jenes Malaysia 2016 Berlangsung Dengan Jayanya


Pada tanggal 25 September 2016 bertempat di Dataran Dewan Tunku Cansellor, Universiti Malaya, Kindness Malaysia telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Universiti Malaya bagi menjayakan Kempen  ‘Jeans for Genes’ Malaysia.

Kempen ‘Jeans for Genes’ secara umumnya, adalah untuk pengumpulan dana amal dan juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang genetik serta bagaimana pengertian hidup dengan kecacatan genetik. Kempen ini juga telah disambut saban tahun di Australia dan United Kingdom.  Di Malaysia, kempen ini telah dianjurkan oleh Jabatan Sains Bioperubatan, Universiti Malaya sejak 5 tahun yang lalu di peringkat fakulti (Fakulti Perubatan). Bagi tahun ini 2016, bersempena sambutan ulangtahun Universiti  Malaya ke- 111 tahun, kempen Hari ‘Jeans for Genes’Malaysia  diadakan di peringkat kebangsaan dan Jabatan Sains Bioperubatan telah mengadakan penganjuran bersama dengan Unit Genetik Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Dianggarkan setiap tahun di Malaysia, seramai 20, 000 orang daripada kanak-kanak di Malaysia yang dilahirkan mengalami kecacatan genetik yang mana kesemua masalah genetik ini  memerlukan pemerhatian perubatan bagi jangka masa panjang serta sokongan psiko-sosial. Kempen ini telah berjaya menyediakan satu platform yang eksklusif bagi orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai genetik dan kecacatan genetik disamping terlibat dengan pelbagai aktiviti-aktiviti yang disediakan.Orang ramai juga didedahkan dengan cara penjagaan serta rawatan yang sedia ada dan mencari sokongan serta bantuan. Dianggarkan lebih kurang 500 orang telah menghadiri hari kempen.

Kempen ini telah diadakan dengan jayanya terutama sekali dengan kerjasama serta sokongan badan-badan NGO atau Persatuan-persatuan Kebajikan seperti Persatuan Penyakit Jarang Jumpa Malaysia (Malaysian Rare Disorders Society, MRDS), Pertubuhan Kebajikan Pesakit Ichthyosis Malaysia (PEKIM),  DEBRA Malaysia (Dystrophic Epidermolysis Bullosa Research Association), Persatuan Sindrom Apert Malaysia dan  Persatuan Albino Selangor dan Kuala Lumpur. Kempen  ini juga merupakan saluran kepada syarikat-syarikat swasta bagi terlibat dalam program komuniti antaranya seperti Levi Strauss Malaysia, Kidzania, Pfizer, Print Expert Sdn Bhd, Colur Retails Sdn Bhd serta Yakult Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari kempen tersebut.  Antaranya adalah seperti  ceramah, permainan genetik, permainan buih, ujian ringkas pengestrakan DNA, tidak ketinggalan persembahan daripada penyanyi Hanie Soraya. Paling menarik sekali adalah pembentukan formasi  dual-heliks DNA yang disusun daripada seluar jeans.  Lebih kurang 40 orang pelajar Tahun Satu Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan dan 20 orang sukarelawan Kindness Malaysia terlibat dalam aktiviti menyusun seluar jeans.  Kempen Hari ‘Jeans for Genes’Malaysia  telah berjaya membuat rekod bagi Buku Rekod  Malaysia dengan membentuk dual-heliks DNA formasi daripada susunan jeans  yang terpanjang sepanjang 531 meter.

Pengerusi Kindness Malaysia En. Noriduan bersama pesakit cilik adik Adam yang mengalami penyakit Ichthyosis (sejenis penyakit kulit).

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan bagi memeriahkan majlis.

Sukarelawan Kindness Malaysia bergambar dahulu bersama timbunan seluar jeans yang telah berjaya dikumpul  sebelum aktiviti penyusunan pembentukan formasi DNA heliks.
Aktiviti penyusunan pembentukan formasi DNA heliks.
Simbolik di sebalik kempen ‘Jeans for Genes’ Malaysia ini mengaitkan seluar jeans atau denim dengan gen (genes). Sehubungan dengan itu, orang awam telah diminta untuk memberi atau menderma seluar jeans samaada baru atau baru yang masih elok itu kempen ini. Pengumpulan seluar jeans telah diadakan sejak Julai lagi. Lebih kurang sebanyak 1000 seluar jeans telah berjaya dikumpul  dan telah digunakan untuk pembentukan formasi DNA heliks tersebut. Seluar-seluar jeans yang telah dikumpul ini akan dijual di lain masa kelak bagi pengumpulan dana untuk pesakit-pesakit genetik yang memerlukan bantuan, Persatuan kebajikan serta untuk penyelidikan genetik.

Antara yang terlibat bergambar di garisan penamat, 531 meter.  Penyusunan jeans ini  telah berjaya membuat rekod bagi Buku Rekod  Malaysia dengan membentuk dual-heliks DNA formasi daripada susunan jean yang terpanjang .
Sukarelawan Kindness Malaysia bergambar bersama  sijil Buku Rekod Malaysia  serta staf wakil Buku Rekod Malaysia.
Antara cerita yang paling menarik yang boleh dikongsi bagi menyokong kejayaan ini oleh: Saudari Iman, seorang sukarelawan Kindness Malaysia yang berjaya mengumpul jeans hampir 100 helai.

“Cerita Jeans !  "Jarak bukan penghalang untuk kita terus lakukan kebaikan." Jeans ini diterima dari sahabat-sahabat yang datangnya dari Melaka & Perak. Malam itu, mereka gigih menghantar jeans (bukan melalui pos) meredah jem di tengah kota KL semata-mata utk menyerahkan sumbangan jeans. Pulang dari kerja terus shoot ke KL,meredah jem yg amat! Memasuki perkampungan flet Pantai Dalam yang cukup sesak dgn parking yg merata-rata.. fuhh.. mungkin mereka pertama kali melihat fenomena parking di kawasan flet. Keringat tanpa henti mereka diduga lagi kerana perlu mengangkat sejumlah jeans ini ke rumah. Maklumlah keringat seorang wanita memang tak cukup! Semoga keringat mereka dibayar nanti...Alhamdulillah.. mudah juga urusan hari itu.. Semoga jeans ini dapat disumbangkan utk merealisasikan misi JeansForGenesMalaysia2016 yang bakal diadakan pada hari Ahad ini. Terima kasih sahabat2 semua.. jauh mereka dtg.. ternyata JARAK bukanlah penghalang utk kita melakukan kebaikan.."cedok pengalaman.. timbalah pengajaran..inspirasikanlah kebaikan.." (Sumber FB saudari Iman, sukarelawan Kindness Malaysia)
Kejayaan kempen ini adalah kejayaan bersama bagi mereka yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih semua yang terlibat. Harapan utama bagi kempen ini adalah supaya orang awam lebih prihatin dan tidak memandang hina kepada mereka yang mempunyai kecacatan genetik ini. Anggaplah ianya adalah satu anugerah yang tuhan berikan menjadikan mereka istimewa dan bukanlah suatu beban kepada keluarga mereka. Sokongan dan prihatin masyarakat menjadikan mereka yang mempunyai penyakit genetik dapat meniti hari-hari mereka dengan lebih positif dan bahagia.

Dr Nur'ain Salehen
AJK Jeans for Genes Malaysia
Volunteer Kindness Malaysia


Wednesday, October 5, 2016

Mesyuarat Pengurusan Tertinggi World Kindness Movement di Kuala Lumpur


Julung kali World Kindness Movement (WKM) telah memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi untuk mesyuarat pengurusan tertinggi mereka yang dihadiri oleh beberapa buah negara dari seluruh dunia. Michael Lloyd White yang juga Setiausaha Agung WKM memilih Malaysia sebagai penghargaan kepada Kindness Malaysia yang kini diiktiraf sebagai ahli rasmi WKM dan secara tidak langsung mewakili Malaysia dalam misi menyebarkan kebaikan ke seluruh Tanah Air.

Mesyuarat berlangsung di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur selama tiga hari. Delegasi yang hadir semuanya mewakili NGO masing-masing yang mempunyai misi yang sama iaitu kebaikan (Kindness). Turut hadir Pengerusi WKM Jin Hoe dari Bright Smile, Korea, Michael Lloyd White dari World Kindness Australia, Christina Milani, Timbalan Pengerusi WKM dari Glentitude, Switzerland, Nirmala Peter Mehendele, Bendahari WKM dari Kindness Unlimited, India, Roman Fong, AJK WKM dari World Kindness China, dan Sabine Devlieger AJK WKM dari Gentillesse & Bienveilance Mouvement Mondial (World Kindness France), Peranchis.

Perbentangan oleh Michael Lloyd White, Setiausaha Agung World Kindness Movement

Perbincangan Pengurusan Tertinggi World Kindness Movement bersama Kindness Malaysia sebagai Pemerhati

Timbalan Pengerusi Kindness Malaysia Erinratna bersama Nirmala dari Kindness Unlimited dan Kayleen dari World Kindness Australia

Perkongsian oleh Jin Hoe Pengerusi World Kindness Movement
Mesyuarat pada hari pertama lebih kepada pembentangan aktiviti yang dilakukan di setiap negara. Agak menarik sekali apabila perkongsian ini memaparkan cabaran tersendiri yang di hadapi oleh setiap pergerakan Kindness. Kindness Malaysia juga berkongsi tentang konsep dan juga aktiviti yang telah dijalankan di Malaysia. Setiap negara mempunyai cabaran atau masalahnya yang tersendiri. Seperti di Malaysia, sifat baik hati itu adakala disalah ertikan. Perbuatan baik sentiasa dihidu sebagai ambil kesempatan atau ada udang di sebalik batu. Namun begitu apa yang diperjuangkan ialah melakukan kebaikan tanpa mengharap sebarang balasan. Dan itu agak janggal di Malaysia.

Pengiktirafan Kindness Malaysia sebagai ahli rasmi World Kindness Movement

Pengiktirafan yang diketuai oleh Pengerusi dan Setiausaha Agung World Kindness Movement


Pengalaman mempelajari dan berkongsi pengalaman bersama pengasas-pengasas organisasi Kindness dari negara lain sedikit sebanyak telah membuka mata dan minda kami. Apa yang sudah dicapai sekarang boleh berkembang dengan lebih pesat. WKM menggunakan motto Inspire, Engage, Influence yang juga membawa maksud inspirasi, berhubung dan pengaruh. Ini adalah elemen-elemen yang penting bagi memastikan sifat baik hati atau kindness ini dapat diterapkan dalam minda dan hati rakyat Malaysia.

Makan malam bersama-sama di Restoran Grandmama's di Pavilion, Kuala Lumpur


Pengiktirafan Kindness Malaysia sebagai wakil tunggal WKM di Malaysia adalah titik tolak bermulanya misi yang lebih jelas menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih aman dan harmoni. Antara agenda kebaikan yang akan dilakukan oleh Kindness Malaysia akan fokus kepada pendidikan yang bakal mensasarkan kindness di peringkat sekolah dan juga universiti. Modul dan gerak kerja akan dilakukan bagi menerapkan sifat baik hati yang secara tidak langsung akan membantu menyebarkan kebaikan serta memberi inspirasi kepada lapisan muda Tanah Air. Bagi yang berminat dengan kerjasama dengan Kindness Malaysia, boleh terus email ke support@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...