About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, November 17, 2014

Projek Menconteng Batu dan Sebarkan Kebaikan


Bersempena dengan bulan November yang juga bulan kebaikan (Kindness Month), Kindness Dot My (Kindness) kembali dengan satu lagi aktiviti iaitu Projek Menconteng Batu (Wordrocks) bersama anak-anak yatim dan miskin dari Madrasah Hashimiah. Sukarelawan dari ICelebrate turut sekali memeriahkan suasana. Projek ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak pelarian ini menunjuk bakat mereka dalam seni. 

peralatan untuk melukis

masing-masing tekun dengan kreativiti tersendiri

anak-anak Hashimiah teruja
setiap batu dikeringkan menggunakan pengering rambut

anak-anak sukarelawan juga turut serta

Lebih lima beg batu sungai telah dibawa dan alat-alat lukisan seperti cat mural, berus lukisan, pen marker dan cat spray dibawa oleh sukarelawan Kindness. Hampir tiga puluh orang warga Hashimiah menunjukkan bakat seni mereka dan semua kelihatan sangat gembira kerana ada yang pertama menggunakan berus lukisan.

Setiap batu yang siap dihias akan diletakkan di lokasi-lokasi umum. Tujuannya sangat mudah, untuk memberi semangat dan senyuman kepada orang ramai. Beberapa kata-kata perangsang telah ditulis pada batu-batu yang dihasilkan.

sukarelawan dari ICelebrate turut memeriahkan suasana

aiskrim untuk semua!

hasil anak-anak Hashimiah

sesi bergambar bersama anak-anak Hashimiah

Pihak Kindness mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat membantu dan tidak lupa juga kepada penaja yang telah menaja barang-barang lukisan ini. Projek berunsur seni ini bakal dijadikan acara bulanan di Madrasah Hashimiah pada masa akan datang.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Monday, November 3, 2014

Hari Kindness Sedunia dan Kad Kindness


Bulan November dianggap sebagai bulan Kindness bagi kebanyakan organisasi Kindness seluruh dunia. Hari Kindness Sedunia atau World Kindness Day jatuh pada setiap 13 November dan tahun ini sudah pasti pelbagai rancangan untuk melakukan kebaikan secara kreatif bakal dikongsikan terutama sekali di media sosial. Di Malaysia, organisasi Kindness Dot My (Kindness) juga tidak ketinggalan dengan beberapa aktiviti yang akan dilaksanakan. Salah satunya ialah Kad Kindness yang bertujuan untuk menggalakkan orang ramai melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun.

lakukan kebaikan bersama anak-anak yatim

berkongsi kebaikan dengan rakan

berkongsi kebaikan bersama rakan keluarga

Kad Kindness ini diilhamkan dari konsep Pay It Forward yang popular di Amerika Syarikat. Caranya mudah, pemegang yang memegang Kad Kindness akan lakukan satu kebaikan, kemudian meminta rakan lain utk lakukan satu kebaikan. Kad Kindness ini akan diserahkan kepada rakan tersebut. Pada masa yang sama, aktiviti kebaikan ini dikongsikan di laman media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk memberi inspirasi agar lebih ramai ingin lakukan kebaikan.

Contoh yang dimuat naik di Instagram

Hashtag #KindnessMalaysia

Bulan November ialah bulan melakukan kebaikan

Pihak Kindness telah mencetak 1000 Kad Kindness dimana kad ini telah ditaja oleh Lelabah Emas Sdn Bhd, Heart & Sparks dan juga para individu-individu tertentu. Lebih 200 kad sudah diedarkan secara percuma oleh sukarelawan Kindness di sekitar Kuala Lumpur dan lagi 500 kad akan diedarkan di negeri-negeri lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Johor Bahru. Setiap kad in imempunyai nombor siri yang bermula dari 131114 0001 hingga ke 131114 1000. 131114 menunjukkan tarikh Hari Kindness Sedunia dan nombor 0001 itu adalah nombor siri bagi kad tersebut. Setiap kad mempunyai nombor yang berbeza.

Pihak Kindness sedang berusaha mendapatkan selebriti untuk bersama sebarkan kebaikan melalui Kad Kindness ini. Biasanya selebriti ini mempunyai ramai ikutan di laman media sosial dan impak daripada mereka yang melakukan kebaikan sudah pastu lebih luas dan akan beri inspirasi kepada lebih ramai orang.

Orang ramai boleh ikuti perkembangan Kindness di laman Facebook di www.facebook.com/kindness.my atau di Instagram di #kindnessmalaysia atau Twitter (Kindnessdotmy).

Mendapat liputan di Harian Metro 11 November 2014



Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas 
Kindness Dot My
0183800961
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...