About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, March 26, 2009

My Kitchen Garden: Bendi!!!


Alhamdulillah, Kitchen Garden fasa 2 ini telah mengeluarkan hasil yang pertama iaitu sayur bendi. Bendi ini telah mengeluarkan hasil selepas sebulan disemai dan kemudian ditanam di Kitchen Garden, ASDAF. Pokok-pokok lain juga sudah mula mengeluarkan hasil seperti cili, limau kasturi dan labu.

Khairi bersama bendi

pokok cili mula mengeluarkan hasil

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Thursday, March 19, 2009

BBQ di ASDAF


Hari ini saya berkesempatan untuk singgah di ASDAF. Kebetulan ada seorang sukarelawan yang ingin menyumbang pakaian terpakainya kepada anak-anak ASDAF. Setibanya saya dan Heqal tiba di ASDAF, kelihatan anak-anak ASDAF sedang memanggang daging kambing qurban yang disumbang oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia bulan lepas. Mereka menggunakan rangka katil yang sudah rosak untuk memanggang daging kambing tersebut. Saya bersama Heqal sempat merasa daging tersebut. Enak sekali!


panggang atas katil!

bahagian peha kambing

bersama Heqal dari Shah Alam


Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, March 18, 2009

Badminton Bersama ASDAF


Sempena dengan cuti sekolah, anak-anak ASDAF berpeluang bermain badminton di Kompleks Sukan Bangsar. Kali ini giliran perempuan dan pelajar-pelajar lelaki sekolah rendah. Sebelum ini pelajar-pelajar yang terlibat dengan futsal sudah berpeluang untuk bersukan diluar, kali ini peluang diberikan kepada mereka yang tidak terlibat dengan futsal untuk bermain badminton. Peluang sebegini yang dinantikan oleh anak-anak ASDAF semasa cuti sekolah ini, selepas hampir hari-hari mengadap buku pelajaran. Terima kasih kepada yang telah menaja gelanggang badminton ini:)

pelajar laki sekolah rendah

pasukan perempuan

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, March 17, 2009

Kitchen Garden: Pokok-pokok Mula Berbunga


Alhamdulillah, pokok-pokok di My Kitchen Garden sudah mula berbunga. Pokok cili, bendi, limau purut dan pokok labu sudah menghasilkan bunga, dan insyaAllah akan menghasilkan buah dalam masa seminggu lagi. Baja organik juga telah ditaburkan hari ini untuk mengekalkan kesuburan pokok-pokok di My Kitchen Garden.

pokok bendi mula berbuah

Faliada menaburkan baja pada sayuran

pokok labu yang subur

pokok limau purut juga sudah berbunga

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Saturday, March 14, 2009

ASDAF johan Kejohanan Futsal Amal Badan Kebajikan Siti Khadijah 2009


Lokasi: Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam
Tarikh: 14 Mac 09
Masa: 8am-4pm

Pagi tadi berlangsungnya pertandingan Futsal Piala Siti Khadijah antara rumah-rumah kebajikan di KL dan Selangor. Pertandingan futsal ini melibatkan 15 rumah kebajikan dari pelbagai kaum. 36 pasukan futsal berentap untuk merebut kejuaraan kali pertama. Pertandingan ini bakal menjadi acara tahunan untuk setiap rumah kebajikan di KL dan Selangor.

Pasukan ASDAF A dan B telah berlatih setiap petang sejak sebulan yang lalu untuk pertandingan futsal ini. Adakala saya teringat setiap kali latihan, saya akan marah dan menjerit. Ada masanya anak-anak ASDAF ini kurang menepati masa untuk turun latihan, biasanya jam 5.30-6.30 petang. Dan salah satu syarat untuk bermain dengan pasukan ASDAF ialah pemain mesti sentiasa berada di surau apabila masuknya waktu solat.

36 pasukan dari 15 rumah kebajikan

Setiap pemain ASDAF telah mendapat tajaan kasut, stokin dan jersi dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sumbangan tajaan telah dilakukan berkonsepkan sepasang kasut futsal untuk seorang pemain ASDAF dan alhamdulillah, 14 anak ASDAF telah mendapat tajaan kasut futsal dari rakan-rakan serta individu-individu yang amat bermurah hati hanya dalam masa seminggu sahaja.

Seminggu sebelum pertandingan futsal, pasukan ASDAF A dan B telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sukarelawan Muslim Aid di Kompleks Sukan Bangsar. Padang futsal juga telah ditaja oleh seorang rakan. Pemain-pemain dapat merasakan suasana bermain futsal selama tiga jam. Dua hari sebelum pertandingan, setiap pemain ASDAF telah diberi vitamin C supaya dapat menguatkan antibodi badan. Hal ini untuk mengelakkan daripada demam dan selsema. Lagi-lagi pada musim hujan sekarang. Vitamin C ini juga telah ditaja oleh rakan sukarelawan yang prihatin.

ASDAF A dan Team Purelife

ASDAF A selaku juara

Sebelum pertandingan pagi tadi, setiap pemain diberi vitamin C lagi dan seulas pisang untuk tenaga. Pertandingan bermula diperingkat kumpulan dimana pasukan ASDAF A telah menjadi naib johan kumpulan dan telah layak untuk pusingan kedua. Manakala ASDAF B pula terkandas diperingkat kumpulan apabila hanya sekadar 2 seri dan 1 kalah. Pasukan ASDAF A berjaya meneruskan permainan hingga pusingan kedua menewaskan pasukan Purelife B (rumah kebajikan Cina dan India) 4-1, di suku akhir menewaskan Peyakin C 2-0, di separuh akhir menewaskan Harapan Ikhlas (rumah kebajikan India) dan di akhir menewaskan Darul Kifayah C 2-2 selepas penalti 3-2. ASDAF merangkul kejuaraan dan telah menerima hadiah RM1000, sebuah piala, medal dan hamper.



Kini ASDAF A memegang status sebagai juara bertahan. Dan insyaAllah akan kembali pada tahun hadapan!

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengurus Pasukan ASDAF A dan B

Monday, March 9, 2009

Perlawanan Persahabatan ASDAF-Muslim Aid


Alhamdulillah, hari ini pasukan futsal ASDAF (A) dan ASDAF (B) telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan sukarelawan Muslim Aid di padang futsal Bangsar Sport Complex. Perlawanan persahabatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pasukan ASDAF yang bakal menyertai pertandingan futsal antara rumah kebajikan di Seksyen 15 Shah Alam Sabtu ini (14 Mac 09). Pasukan futsal ASDAF (A) terdiri daripada Baharuddin, Mahazim, Zarizal, Zamri, Shakur, Nazri dan Amirul manakala pasukan futsal ASDAF (B) terdiri daripada Fadillah, Faizram, Faizlan, Arin, Hasri, Samsa dan Safwan. Setiap pemain ASDAF telah menerima tajaan dari Muslim Aid dalam bentuk jersi, stokin dan kasut futsal.

pasukan ASDAF (A)

pasukan ASDAF (B)

pasukan sukarelawan Muslim Aid

Muhammad bin Kamarulazizi

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, March 6, 2009

Kasut Futsal Team ASDAF


Alhamdulillah, kasut futsal telah ditaja penuh oleh penyumbang-penyumbang yang bermurah hati. Kami dari YKMAM dan anak-anak ASDAF mengucapkan terima kasih kepada Syafriza, Marina, Cikgu Kamal, Ilham, Fiza dan Jeff yang telah menjadi penaja kasut futsal ini. Kasut telah dibeli di kedai sukan Eepro Serdang. Pertandingan futsal antara rumah kebajikan ini akan diadakan di Futsal Frenzy Seksyen 15 Shah Alam jam 8 pagi hingga 4 petang. Hampir 16 buah rumah kebajikan akan turut serta dalam pertandingan futsal ini, dan setiap rumah kebajikan akan menghantar 2 pasukan. Semua dijemput hadir!

ASDAF Team B

ASDAF Team A

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, March 2, 2009

Sahibba Untuk anak-anak ASDAF


Lokasi: ASDAF
Tarikh: 1 Mac 09
Masa: 3pm

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk ke ASDAF untuk berjumpa dengan sukarelawan dari UIA yang ingin membuat program di ASDAF. Saya telah membawa sekali game board Sahibba (Scrabble) yang telah ditaja oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) untuk anak-anak ASDAF latih penggunaan perkataan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.



Anak-anak ASDAF ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua, kerana mereka mempunyai bahasa ibunda tersendiri iaitu bahasa Semai dan bahasa Termiar. Dengan menggunakan permainan Sahibba ini, dapatlah anak-anak ASDAF ini melatih lagi penggunaan perkataan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Sunday, March 1, 2009

Latihan Futsal di ASDAF

Alhamdulillah, hari ini anak-anak ASDAF telah dijemput ke majlis kenduri perkahwinan di Kerinchi. Uniknya majlis ini, dua buah rumah kebajikan telah dijemput iaitu ASDAF dan Rumah Anak Yatim Nur Iman. Setiap anak ASDAF telah menerima sumbangan wang dan cek untuk ASDAF.



Selepas Asar pula, pasukan futsal ASDAF semakin tekun berlatih untuk pertandingan futsal antara rumah kebajikan pada 14 Mac 2009 di Futsal Frenzy, Seksyen 15 Shah Alam. Alhamdulillah kasut futsal dan stokin telah ditaja penuh oleh beberapa individu yang bermurah hati. Dalam masa seminggu sahaja, 14 pasang kasut dan stokin telah sepenuhnya ditaja. InsyaAllah dalam minggu ini, saya akan cuba dapatkan kasut-kasut dan stokin tersebut.


Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...