About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Resolusi Sejak Tahun 2010

Resolusi ini ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan dan pembaca blog. Resolusi ini telah saya mula sejak tahun lepas (2010/1431) untuk menambahbaikkan diri saya agar saya dapat jadi insan yang lebih baik, dan seterusnya membawa kebaikan kepada orang lain. Resolusi yang saya semai ini akan saya cuba laksanakan semata-mata kerana Allah Taala. Rakan-rakan dan pembaca blog boleh usahakan resolusi masing-masing mengikut keupayaan sendiri. Resolusi yang dilaksanakan haruslah berpandukan konsep SMART.

Specific (jelas akan sesuatu yang ingin dilakukan)
Measureable (boleh diukur dan bukan secara umum)
Attainable (boleh dilaksanakan)
Realistic (berpijak pada bumi yang nyata)
Timely (boleh dilakukan secara istiqomah)

RESOLUSI 2018/1438
Menambah sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- Solat jemaah Subuh setiap hari

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh.”(HR Muslim)

”Berikan kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki di kegelapan malam menuju masjid, bahawa mereka akan mendapatkan cahaya terang yang sempurna di hari kiamat”. (HR Tirmizi dan Ibnu Majah)

Ikhtiar:
Setiap pagi seawal Subuh akan solat berjemaah di masjid. Sekiranya terlepas solat Subuh berjemaah, maka akan diganti dengan solat berjemaah waktu lain. Biasanya waktu Maghrib dan Isya. Resolusi ini adalah kesinambungan dari resolusi 2017/1437. Qiam jam 4.30, dan seterusnya bersiap sedia untuk solat Subuh berjemaah.

RESOLUSI 2017/1437
Menambah sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- Bangun malam untuk qiam sekurang-kurangnya seminggu sekali.

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makanan, sambunglah tali persaudaraan dan sholatlah ketika manusia terlelap tidur pada waktu malam niscaya engkau akan masuk surga dengan selamat” (HR. Ibnu Majah)

Ikhtiar:
Dalam masa seminggu, sekurang-kurangnya sehari perlu bangun qiam, solat tahajjud, berzikir dan berdoa sepenuh hati padaNya. Malam tersebut perlu tidur awal, dan tanam niat untuk bangun, maka insyaAllah akan terjaga sendiri untuk qiamullail.

RESOLUSI 2016/1436
Menambah sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- Mengamal pemakanan yang sihat dengan menambah kurma dalam sarapan.

“Barang siapa setiap pagi makan tujuh butir kurma ‘Ajwa, maka pada hari itu ia akan terhindar dari racun dan sihir” (Shahih Bukhari, no 5025; Shahih Muslim, No 3813)

Ikhtiar.
Setiap pagi sarapan akan makan oat, ditambah dengan dua biji kurma ajwa (atau kurma lain), biji-biji habatusauda dan juga biji-biji chia seed tanpa susu atau gula. Hanya dengan air panas. Makanan lain sarapan termasuk air lemon, cinnamon dan madu. Juga hirisan bawang putih dan juga halia.

RESOLUSI 2014/1435
Menambah sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- memberi makan percuma kepada yang memerlukan

Kisah Nabi dengan peminta sedekah

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, "Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kamu mendekatinya maka kamu akan dipengaruhinya".

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW.

Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.
Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, "Anakku, apakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?".

Aisyah RA menjawab, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja". Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA.
"Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke hujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada di sana", kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik, "Siapakah kamu ?".Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa."
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", bantah si pengemis buta itu.
"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan padaku", pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...."


Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu dia menjadi muslim.

Ikhtiar
Kisah di atas menjadi tauladan buat diri saya untuk istiqamah dalam perihal sedekah. Setiap pagi saya akan hantar anak saya ke sekolah, dan akan melalui beberapa gerai nasi lemak dan kuih muih. Saya akan belikan satu atau dua pek nasi lemak bungkus atau roti canai atau kuih untuk diberikan kepada golongan miskin bandar seperti makcik cleaner, pakcik sekuriti (pakgad), pekerja bandaraya dan lain-lain. Biarpun mereka ini kebanyakannya orang luar, tetapi sudah pasti mereka selalu ikat perut untuk jimatkan wang. Hari Jumaat pek sarapan yang dibeli istimewa sedikit, ditambah dengan air teh tarik panas atau air lain yang sesuai. Dana pula diambil dari poket kindness (Ikhtiar sunnah 2013).

RESOLUSI 2013/1434
Cuba mengikut sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- menyediakan duit khusus khas untuk menyumbang kepada mereka yang memerlukan.

"Dari Abu Hurairah  dia berkata: Rasulullah  bersabda: “Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim)

Ikhtiar
Poket seluar di bahagian belakang sebelah kiri dikhususkan untuk duit sumbangan bagi membantu sesiapa sahaja yang memerlukan. Setiap pembelian dengan pecahan wang kecil, RM1 akan dimasukkan dalam poket tersebut dan akan digunakan bila-bila masa bila perlu untuk meringankan beban orang lain. Poket ini dinamakan Poket Kindness.

RESOLUSI 2012/1433
Cuba mengikut sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- memakai serban sekurang-kurangnya semasa perayaan Eid (Aidilfitri dan Aidiladha)

“Adalah Nabi s.a.w. apabila memakai serban, baginda melepaskan ekor serbannya di antara dua bahunya”. Berkata Nafi’; Ibnu Umar apabila memakai serban, beliau melepas ekor serbannya antara dua bahunya (yakni kerana mengikuti perbuatan Nabi s.a.w.). 
(Riwayat Imam at-Tirmizi dengan sanad yang hasan)

Ikhtiar
Serban putih dan hitam sudah ada di rumah, dan berazam untuk gunakannya pada hari raya aidilfitri dan aidiladha setiap tahun.

RESOLUSI 2011/1432
Cuba mengikut sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh

1- mengamalkan pengambilan madu sekurang-kurangnya 1 sudu setiap hari

dari surah anNahl ayat 69
"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Ikhtiar
Madu Asli yang dibeli sekarang ialah madu yang biasa didapati di pasaraya yang harga sebotol antara RM9 hingga RM15. Perbelanjaan untuk membeli madu ini hanya 1 botol setiap bulan.

2 - mengamalkan pengambilan habatusaudah sekurang-kurangnya sekali sehari

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda “Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)


Ikhtiar

Habatus sauda yang dibeli adalah dalam bentuk gel keluaran As sauda gel. Kos sebulan RM18 untuk 30 biji habatussauda gel.

RESOLUSI 2010/1431
Cuba mengikut sunnah Rasulullah seikhlas yang boleh.

1- Setiap kali solat, seluar dilipat atas buku lali
“Dari Abu Hurariah radiallahu ‘anhu berkata: Diketika seorang lelaki solat dalam keadaan labuh (mencecah bumi/isbal) kainnya, maka Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Pergilah berwuduk, kemudian (setelah berwuduk) dia datang semula. Kemudian Rasulullah berkata kepadanya: Pergilah berwuduk. Maka berkata seorang lelaki lain kepada Rasulullah: Wahai Rasululla! Engkau menyuruhnya berwuduk kemudian engkau diam (tidak menerangkan sebabnya). Maka Baginda bersabda: Sesungguhnya dia bersolat dengan keadaan iabal (kainnya labuh menutupi mata kaki/mencecah tanah), sesungguhnya Allah tidak menerima solat lelaki yang isbal (melabuhkan) pakaiannya”. (Dikeluarkan oleh Abu Daud 1/419-420 No. 638.)

Ikhtiar
Melipatkan seluar supaya atas buku lali bagi mengelakkan isbal (pakaian/seluar labuh) setiap kali waktu solat

2- Sekurang-kurangnya membaca yasin setiap minggu.
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda "Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hatinya dan hati al-Quran ialah surah Yasin. Sesiapa yang membaca surah Yasin, Allah menulis baginya dengan membacanya seperti membaca al-Quran 10 kali." (riwayat As-Darimi dan at-Tirmizi).

Ikhtiar
Download software al-Quran di dalam handphone, dan surah yasin ini boleh dibaca bila2 masa terluang.


Setiap resolusi yang dilakukan ini nampak mudah, tetapi perlukan kesabaran yang iltizam untuk istiqomah agar dapat dilakukan secara berterusan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...