About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, February 17, 2012

Madrasah Hashimiah dan Pasukan Futsal Mereka


Anak-anak Madrasah Hashimiah bersama pelajar praktikal di Muslim Aid


Alhamdulillah, baru-baru ini saya dijemput untuk menghadiri majlis khatam Muqaddam dimana 16 orang pelajar di Madrasah Hashimiah telah tamat Muqaddam dan Iqra, dan seterusnya akan mempelajari tajwid dan bacaan al-Quran. Majlis ini dilangsungkan dengan ringkas dan bertujuan untuk memberi perangsang kepada pelajar-pelajar lain agar dapat menghabiskan pengajian Muqaddam.

Majlis Naik Al-Quran di Madrasah Hashimiah

Hadiah untuk pelajar-pelajar yang selesai Muqaddam

Madrasah Hashimiah ini menempatkan hampir 160 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak yatim dan miskin dari komuniti pelarian Myanmar Muslim. Disebabkan tiada ekses ke sekolah harian, maka Madrasah Hashimiah ini telah menjadi pilihan utama bagi kanak-kanak pelarian menuntut ilmu.

Pasukan Futsal Madrasah Hashimiah

Menjelang pertandingan Futsal Amal 2012 anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM, pasukan futsal Madrasah Hashimiah juga giat menjalankan latihan mereka setiap petang. Tahun ini merupakan penyertaan mereka yang keempat dan harapan mereka agar dapat mengorak langkah dengan lebih jauh. Pasukan futsal Madrasah Hashimiah telah mendapat tajaan dari Union Seller yang merupakan 'group' Facebook yang terdiri daripada usahawan-usahawan internet.

Pada yang masih berminat untuk menaja program Futsal Amal 2012, boleh email kepada saya untuk maklumat lanjut di muhammad@muslimaid.org.my

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, February 1, 2012

Pertandingan Futsal Amal 2012

 

Pertandingan futsal antara rumah kebajikan kembali lagi tahun ini dianjurkan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Shah Alam bertempat di Pusat Sukan UiTM Shah Alam pada 7 April 2012. Pertandingan Futsal Amal 2012 ini akan menyaksikan pasukan futsal dari rumah-rumah kebajikan seluruh Selangor dan Kuala Lumpur serta dari komuniti pelarian bertarung bagi merebut kejuaraan pertandingan futsal ini. Pertandingan ini merupakan kesinambungan Kejohanan Futsal Amal Siti Khadijah anjuran Badan Kebajikan Siti Khadijah (BKSK) yang telah berlangsung selama tiga tahun berturut-turut.

Muslim Aid mengalu-alukan sumbangan dan tajaan dari orang ramai dan korporat bagi menjayakan pertandingan futsal amal ini. Jenis sumbangan dan tajaan yang diperlukan adalah seperti berikut:

i- hadiah-hadiah utama dalam bentuk wang, medal dan hamper
ii- makanan tengahari serta minum pagi dan petang
iii- tajaan untuk pengadil bertauliah
iv- lain-lain yang berkaitan

Kepada yang berminat untuk menaja atau memberi sumbangan, boleh hubungi team fundraising iaitu Nur Fatin Dahlia di 017-4831696 atau Mohibah Musa di 019-3363919. Setiap sumbangan ini cukup bermakna bagi menjayakan pertandingan futsal amal yang senantiasa dinanti-nantikan oleh anak-anak yatim dan pelarian di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Setiap sumbangan dan tajaan akan diberi resit pengecualian cukai.

Muslim Aid juga mengalu-alukan sukarelawan yang berminat untuk mengurus pasukan futsal dari beberapa rumah kebajikan seperti

i- Rumah Titian Kaseh, di Taman Tasik Titiwangsa
ii- Asrama Darul Falah, di Bukit Persekutuan

Antara tanggungjawab sebagai pengurus ialah mengurusan pendaftaran pasukan, latihan, logistik dan sebagainya. Pengurus sukarelawan juga boleh melakukan fundraising untuk mendapatkan tajaan jersi serta keperluan futsal yang lain seperti bola atau kasut.

Melalui pengalaman saya sendiri, sememangnya anak-anak yatim dan pelarian ini sentiasa menantikan pertandingan futsal setiap tahun. Hajat mereka untuk menyertai pertandingan futsal ini membuatkan mereka sentiasa bersemangat untuk berlatih, menjadikan mereka lebih disiplin dan dapat menjalani hidup yang sihat. Jangan lepaskan peluang ini untuk menggembirakan mereka! Seperti sabda Rasulullah:

"Seorang muslim itu adalah saudara bagi muslim lain. Beliau tidak boleh menzalimi dan menyusahkannya. Barangsiapa yang mahu memenuhi hajat saudaranya, maka Allah pun akan berkenan memenuhi hajatnya. Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan kepada seorang muslim, maka Allah akan melapangkan salah satu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan Hari Kiamat nanti..."~ Hadis riwayat Bukhari & Muslim


Kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada acara amal ini, boleh hubungi saya terus di 012-3377195 atau email di muhammad@muslimaid.org.my. Sumbangan boleh dibankin ke akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Emailkan butiran seperti berikut

Nama:
Alamat:
No tel:
Masa transaksi:
Tarikh transaksi:
Bank:
Tujuan sumbangan: Nyatakan untuk pertandingan futsal amal (umum) atau untuk tajaan jersi dan lain2. Borang tajaan juga boleh saya emailkan jika dikehendaki.

Semoga Allah memberkati usaha kita, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...