About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, May 28, 2012

Pengagihan Daging Beku Untuk Rumah Anak Yatim Kuala Lumpur dan Selangor


Bertempat di ASDAF, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah mengagihkan bantuan makanan dalam bentuk daging beku kepada rumah-rumah kebajikan dari Kuala Lumpur dan Selangor. Lebih 10 buah rumah kebajikan telah dijemput untuk menerima antara 50kg hingga 100kg daging beku lembu Australia yang bernilai lebih dari RM1000.

Pejabat Muslim Aid mengucapkan tahniah kepada orang ramai yang telah menyumbang melalui Muslim Aid. Setiap sumbangan yang diberikan ini akan disalurkan terus kepada mereka yang memerlukan di Malaysia dan di luar sana. Pada yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, May 16, 2012

Program Jalan Amal: A Mile For A Smile Terbaik!

Sumbangan dari pelajar-pelajar UiTM kursus pengurusan acara, kelas Euphoria Event

Pada 5 Mei 2012 baru-baru ini, Muslim Aid dengan kerjasama pelajar jurusan pengurusan acara (event management), UiTM  Puncak Alam telah mengadakan sebuah lagi program kebajikan untuk anak-anak yatim yang diberi nama “A Mile for a Smile”. Program yang bertempat di Taman Metropolitan Kepong ini merupakan program berjalan  sambil beramal sejauh 3 km ini telah bermula seawal pukul 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengah hari dan telah mensasarkan seramai hampir 500 orang telah hadir pada hari tersebut. Program yang diadakan ini merupakan program yang bertujuan menaja dan memberi peluang kepada anak yatim  untuk berhibur disamping menjaga kesihatan dengan aktiviti berjalan kaki ini. Sebanyak 3 buah rumah anak-anak yatim yang telah ditaja sepenuhnya iaitu rumah anak yatim Al Barakh,Madrasah Hashimiah dan warga komuniti pelariaan Somali. 

peserta dari anak-anak yatim Madrasah Hashimiah
Peserta mengambil 'goodie bag'


Program Euphoria ini merupakan program yang diuruskan sepenuhnya oleh pelajar UiTM bermula dari perancangan, penyusunan,pengaturacara dan lain-lain untuk mengumpul dana bagi tabung  pendidikan anak-anak yatim dengan kerjasama pihak Muslim Aid. Semua kutipan akan diberikan kepada pihak Muslim Aid untuk disalurkan kepada rumah anak-anak yatim bagi tujuan program pendidikan seperti kelas tuisyen, komputer dan lain-lain lagi. Muslim Aid yang juga sebuah badan bukan politik, telah banyak melaksanakan aktiviti-aktiviti yang bertujuan ke arah agenda keamanan, pembangunan  sosioekonomi secara mampan dan program kemantapan komuniti bukan sahaja di peringkat kebangsaan malahan ke pringkat antarabangsa.
peserta dari orang ramai

Pada hari program ini  berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan selain aktiviti utama  antaranya aktiviti senam robik, cabutan bertuah,pertunjukan nyanyian dari pelajar UiTM, “Chicken dance  dan pertunjukan hiburan  untuk menghiburkan semua yang telah hadir. Selain dari itu, jelas tergambar kegembiraan di raut wajah anak-anak yatim ini kerana mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini. Hal ini jelas terbukti apabila mereka adalah antara peserta yang paling awal tiba di garisan penamat dan masing-masing telah bersemangat kerana telah  mendapat sijil penyertaan dan minuman percuma. Aktiviti cabutan bertuah sememangnya telah dinanti-nantikan oleh anak-anak yatim ini kerana ada diantara anak-anak yatim ini mendapat cabutan bertuah meloncat kegembiraan hingga jelas terpancar  senyuman di bibir mereka sebagai tanda terima kasih.  Selain itu, para peserta yang hadir juga telah  diberikan “Goodie bag” pada akhir program sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
pelajar UiTM bersama sukarelawan

 Pengarah program “A Mile for a Smile”, Norelyana Binti Ya'cob, beliau berkata “walaupun sedikit gerimis pada hari itu, namun jelas terpancar kegembiraan di hati semua yang hadir kerana mereka tetap tidak berganjak dari tempat program dan merasa terhibur dengan aktiviti yang telah disediakan . Menurut beliau lagi, program yang diadakan ini merupakan satu platform kepada beliau dan rakan-rakan lain untuk menimba pengalaman dalam mengendalikan program amal sebegini  disamping dapat melatih mereka sebagai golongan belia dengan mengambil inisiatif mengadakan program ini demi membantu golongan yang memerlukan ini. Hal ini jelas terbukti apabila beliau dan rakan-rakan lain telah bertungkus lumus mengatur dan mengelola aktiviti sepanjang berlansungnya program ini”.

Menurut ketua pembangunan program Muslim Aid pula, Encik Muhammad Bin Kamarulazizi,  “Program  “A Mile for a Smile”  yang telah berlansung ini merupakan sebuah program terbuka bagi menggalakkan masyarakat agar perihatin dalam membantu golongan yang memerlukan tidak kira agama,warna kulit,dan bangsa. Tambah beliau lagi, program seumpama ini sangat wajar untuk diadakan kerana bukan sahaja dapat memberi kegembiraan kepada anak-anak yatim malahan masyarakat disekeliling dapat menjalinkan hubungan yang erat dengan golongan yang sememangnya memerlukan perhatian dan kasih sayang dari semua pihak. Beliau juga berbangga kerana dengan semangat dan sifat keperihatinan dari pelajar UiTM Puncak Alam ini, maka program amal ini telah berjalan dengan lancarnya. Selain itu, beliau juga tidak lepas mengucapkan infiniti ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat  sempena program amal ini kerana sudi meluangkan masa,tenaga dan juga wang ringgit kerana dapat memberi peluang demi membantu anak-anak yatim melibatkan diri dalam program sebegini”.




Muhammad

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...