About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, November 26, 2013

(Episod 3) Hadiah Hari Lahir yang Bermakna Buat Ibu Tercinta


Misi Kindness Ali diteruskan dan kali ini kami singgah di sebuah pasaraya di Wangsa Maju. Sebelum itu Ali kemaskan mainannya di rumah yang merupakan Kindness #15 Pasaraya ini mempunyai salah satu playland kegemaran Ali. Di sini aktiviti Kindness #16 dilakukan dengan meletakkan RM2 di kiosk mesin air.  Kemudian aktiviti Kindness #17 dengan meletakkan 50 sen di kiosk mesin bola getah. Bola getah ini pasti Ali akan beli setiap kali berkunjung ke pasaraya ini. Pasti gembira kepada rakan sebaya Ali yang menjumpai 50 sen ini, lagi-lagi ibu bapanya. Adakala saya sendiri tidak mempunyai lima puluh sen syiling di dalam poket.

kan best kalau dapat tengok wajah budak yang jumpa syiling nih

Aktiviti Kindness #18 Ali di teruskan di surau dengan meletakkan sebuah botol air mineral untuk pengunjung surau. Kebetulan surau tidak penuh dan botol air mineral diletakkan di atas rak buku.

jemput minum

Berdekatan dengan surau, Ali ke playland kegemarannya. Setengah jam bermain, Ali pun teruskan misinya Kindness #19 dengan meletakkan token di arked permainan bowling mini. Arked permainan bowling mini ini juga antara kegemaran Ali.

game bowling kegemaran Ali

Kertas dah basah pulak
Selesai di playland, aktiviti Kindness #20 dilakukan di astaka (food court) dengan meletakkan sabun tangan di sinki. Saya juga biasa hadapi masalah tangan berminyak selepas makan. Dengan adanya sabun tangan ini akan memudahkan orang lain basuh tangan hingga bersih. Aktiviti Kindness #21 diteruskan di babyroom dengan meletakkan baby wipe dan lampin pakai buang.

Baby wipe dan diapers di babyroom

Sebelum bergerak pulang, aktiviti Kindness #22 Ali ialah dengan meletakkan duit di mesin parkir. Salah satu masalah utama membayar tiket parkir ialah duit kerap tidak diterima. Oleh itu kami sediakan duit lama yang nampak seperti baru untuk memudahkan orang yang menjumpai duit ini.

RM2 pun sudah cukup


Ali penat dah bertugas untuk hari ini

Keesokan harinya, Ali meneruskan aktiviti Kindness di sekitar Bandar Baru Sentul. Sasaran seterusnya ialah Masjid Amru Al-Asr. Kindness #23 ialah derma duit syiling dalam tabung dan Kindness #24 ialah bagi carrot cheese cake pada seorang tetamu masjid yang sedang membaca al-Quran. 


Ali tanya, nanti pakcik tu marah. Papanya jawab, tak marahlah kalau bagi kek

Kemudian kami ke UTC Bandar Baru Sentul untuk meneruskan misi kebaikan. Kebetulan Pejabat Pos, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dibuka hingga malam. Aktiviti Kindness #24 ialah meletakkan pen di Pejabat Pos dan Kindness #25 ialah meletakkan pen di JPN. Saya pernah merasai kesukaran mencari pen terutama sekali apabila tiada pen untuk mengisi borang. Semoga pen dua batang ini akan memudahkan orang ramai kelak.

happy nak bawa pen ke JPN

antara aktiviti yang mudah

UTC Bandar Baru Sentul ini sememangnya memudahkan orang ramai dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Kami terus ke bahagian gerai makanan dan aktiviti Kindness #26 ialah meletak sabun di sinki basuh tangan. Sebelum bergerak keluardari UTC, aktiviti Kindness #27 ialah dimana Ali memberi carrot cheese cake kepada abang polis yang sedang bertugas di balai polis UTC.

Ali tunggu juga tengok ada orang nak guna tak

Carrot Cheese Cake untuk balai polis di belakang tu

Carrot Cheese Cake pun sudah habis, tetapi lagi satu hasrat untuk beri makanan kepada abang Bangla construction masih belum tercapai. Di kedai jual kepak ayam, Kindness #28, Ali dah bayarkan siap-siap tiga kepak ayam untuk pelanggan seterusnya.Kami beli kepak ayam paling sedap di Bandar Baru Sentul dan terus mencari abang Bangla atau sekurang-kurangnya abang Indonesia yang sedang membetulkan jalan, tetapi tidak menemui mereka. Maka aktiviti seterusnya terpaksa diubah suai dengan memberi kepak ayam tersebut kepada abang sekuriti di flat kami, menjadikan aktiviti Kindness #29.

kepak ayam madu sodap!

Main nyorok-nyorok

Rupanya susah juga nak cari idea-idea lain untuk Ali lakukan kebaikan secara rawak. Tiba di rumah, Ali pun bermain dengan adiknya untuk aktiviti Kindness #30. Aktiviti Kindness #31 ialah Ali tidur tanpa ganggu papanya buat kerja sekolah. Maklumlah papanya pun bersekolah lagi di hujung minggu.

Ali sebenarnya dah penat, dah selesai mandi dan terus tidur (tidur pun nak pakai jeans)

Maka selesailah misi Kindness Ali yang dituju khas untuk ibunya tercinta. Nak lakukan 31 kebaikan ini pun ambil masa lebih kurang tiga hari dan kos kurang dari RM100. Semoga Ali besar nanti boleh jadi anak yang soleh, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan mak bapaknya dunia dan akhirat, ameen!
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Apabila seseorang itu meninggal dunia maka terputuslah amalannya kecuali dari tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh mendoakan untuknya." Riwayat Muslim
Buat mama Ali, Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 31! :)

Aktiviti Ali sebelum ini.
Kindness nombor 1 - 8 (Episod 1)
Kindness nombor 9 - 14 (Episod 2)

Muhammad bin Kamarulazizi
Papa kepada Ali bin Muhammad

Sunday, November 24, 2013

(Episod 2) Hadiah Hari Lahir yang Bermakna Buat Ibu Tercinta


Hari kedua untuk Ali selesaikan lagi 23 aktiviti Kindness sempena hari lahir ibunya. Hari sebelumnya Ali sudah selesaikan lapan aktiviti kebaikan. Sebelum keluar dari rumah, Ali Kindness #9 telah berikan carrot cheese cake kepada jiran depan rumah. Kemudian kami terus ke destinasi pertama iaitu Madrasah Hashimiah, rumah kebajikan yang menempatkan anak-anak yatim pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Dengan berbekalkan beberapa biji bola getah, Ali pun laksanakan aktiviti Kindness #10 iaitu bermain bersama rakan-rakan penghuni Madrasah Hashimiah. 

Gembira Ali dan Junaid melihat kucing yang sedang makan


Selesai solat Zohor, Ali bersama adik Junaid (anak yatim dari Madrasah Hashimiah) pun berjalan bersama untuk meneruskan aktiviti Kindness #11 iaitu memberi makan kepada kucing jalanan. Ali sudah siap sedia dengan dua pek Friskies, satu untuk kucing dewasa dan satu lagi untuk anak kucing. Junaid pada mulanya risau kerana berjalan jauh dari asramanya, tetapi saya maklumkannya yang saya sudah minta kebenaran Ustaz warden untuk keluar sebentar di sekitar Madrasah Hashimiah. Junaid turut gembira kerana dapat berikan kucing makan.

burung merpati yang sakit diletakkan di tempat yang lebih teduh

Ali dan Junaid terus berjalan dan tiba-tiba terserempak dengan seekor burung merpati yang terbaring di tepi kaki lima, di tengah panas. Dua kawan baik ini pun angkat burung merpati tersebut dan diletakkan di sebelah tiang yang redup dan menjadikan ini aktiviti Kindness #12 yang tidak dirancang.

ais krim untuk semua!

Berikutnya saya telah berikan Ali RM10 untuk dibelanjakan di kedai runcit bersama Junaid untuk aktiviti seterusnya. Saya tanya pada Ali dan Junaid, nak beli apa di kedai runcit? Ali terus jawab nak ais krim! Saya dapat lihat Junaid terus senyum lebar, kebetulan rakan sekolahnya juga ada berdekatan dengan kedai runcit. Ali pun beli sepuluh batang ais krim untuk dirinya, Junaid dan rakan-rakan sekolah Junaid. Semua kelihatan gembira! Aktiviti ini dijadikan aktiviti Kindness #13.

jumpa kucung lagi!

Sebelum kami bergerak dari Madrasah Hashimiah, saya ada tanyakan adik Junaid, sekiranya ada apa-apa yang dia inginkan lagi dari kedai runcit. Junaid jawab tak ada apa-apa. Saya tanyakan lagi ada apa-apa yang dia mahukan? Dia jawab sekali lagi tak ada. Kemudian katanya lagi, nanti abang punya duit habis, dengan wajah penuh sirius. Saya tersenyum, perihatin juga adik Junaid ini. Barangkali ada benda yang dia inginkan di kedai runcit, tetapi malu untuk beritahu. Sebelum kami gerak, saya masukkan RM2 dalam poket baju Junaid, tanda terima kasih kerana bantu Ali untuk misi Kindness, dan ini menjadikan aktiviti Kindness #14.

Aktiviti Kindness Ali diteruskan lagi selepas ini :)

Episod 1 di sini. (Kindness 1-8)
Episod 3 di sini (Kindness 15-31)

Muhammad bin Kamarulazizi

Saturday, November 23, 2013

(Episod 1) Hadiah Hari Lahir yang Bermakna Buat Ibu Tercinta



Bulan November ialah hari lahir isteri saya dan sememangnya setiap tahun tiada sambutan yang dilakukan. Cuma sekadar bawa makan di luar sahaja bersama dengan anak-anak. Namun begitu bagi tahun ini, saya ingin lakukan kelainan dan alhamdulillah telah mendapat ilham dari Random Act of Kindness (RAOK) edisi birthday di Pinterest. Setiap malam sebelum tidur, menjadi rutin bagi saya untuk mendapatkan idea-idea RAOK yang amat popular di Amerika Syarikat melalui gambar-gambar yang dikongsikan di Pinterest.

Setelah meneliti beberapa blog, maka tergerak hati saya untuk laksanakan 31 kebaikan sempena hari lahir isteri saya yang ke 31. Anak sulung saya, Ali yang akan melaksanakannya, dan saya menjadi pemandu dan sediakan senarai 31 aktiviti kebaikan yang perlu dilakukan.

Buang sampah di tempat sepatutnya

Kindness #1 ialah membuang sampah. Pertama aktiviti kebaikan perlulah bermula di rumah. Hujung minggu, biasanya kami akan beli sarapan di luar. Ali memulakan aktivitinya dengan membuang sampah. Kemudian kami terus keluar beli sarapan dan siap bungkus kuih cucur paling sedap di Bandar Baru Sentul untuk makcik cleaner yang rajin sapu flat kami awal pagi setiap hujung minggu. Kindness #2 ialah beri makcik cleaner kuih cucur paling sedap. Makcik cleaner mula sangkakan Ali berikan plastik sampah, tapi bila disentuh plastik tersebut, rasanya suam-suam panas. Tersenyum makcik tu sambil ucap terima kasih beberapa kali pada Ali.

Makcik cleaner yang rajin dapat cucur paling sedap di Bandar Baru Sentul

Kindness #3 ialah beri carrot cheese cake yang mak Ali buatkan kepada Pakgad, atau pakcik sekuriti. Hari ini isteri saya siapkan sebuah carrot cheese cake dan dimuatkan dalam bekas-bekas kecil untuk aktiviti Kindness Ali. Pakgad ini orang asing, tapi selalu beri salam bila kami lalu sebelahnya. Kebetulan sebelum keluar dari pagar flat, Ali pergi serahkan carrot cheese cake kepada pakgad tersebut. Ali siap boleh tanya, pakcik tu ke? Saya jawab ya! Pakgad tu senyum lebar bila buka bekas tu nampak carrot cheese cake.

Alahai Ali, lepas ini jangan guna tangan kiri ya :p

Kami meneruskan misi Kindness Ali ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL). Di sini misinya ialah Kindness #4 serah bunga dan Kindness #5 carrot cheese cake kepada kakak nurse yang bertugas pada hari itu. Kami ke wad bersalin dimana adik Ali telah dilahirkan di situ lapan bulan yang lepas. Disebabkan servis yang bagus, maka Ali pun datang kembali dengan ucapan terima kasih kepada kakak-kakak nurse di situ. Kakak nurse boleh tanya, untuk siapa ya bunga ini. Ali jawab untuk kakak semua!

Adik kepada Ali dilahirkan di sini lapan bulan yang lepas

Masih di wad bersalin, kami ke ruang menunggu. Saya teringat sebelum ini saya juga pernah duduk di wad menunggu untuk beberapa jam bersama Ali sementara tunggu isteri saya diperiksa oleh doktor. Kami lihat ramai juga kanak-kanak dan kaum bapa di ruang menunggu. Oleh itu kami  Kindness #6 tinggalkan buku mewarna dan pensel warna untuk kanak-kanak di situ. Sekurang-kurangnya tidaklah bosan menunggu begitu lama di situ.

siapalah kanak-kanak yang bertuah dapat rasmikan buku mewarna ini

Kami bergerak keluar dari hospital dan terus ke perhentian bas berdekatan dengan pintu masuk hospital. Di situ ramai jururawat dan makcik cleaner yang menggunakan perkhidmatan bas. Kindness #7 ialah meletakkan baju hujan pakai buang di perhentian bas. Selamba sahaja Ali tempek pek baju hujan dengan selotep di dinding perhentian bas. Ada kakak nurse yang perhatikan saja dan sebaik kami beredar dari situ mereka terus pergi lihat dengan lebih dekat. Saya pun usap rambut Ali dan kata good job!

Ali dan baju hujan yang sudah ditempek

sesuai dengan musim hujan sekarang

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah sebentar di sebuah restoran makanan segera di Jalan Pahang. Kebetulan semasa saya cuba mendapatkan idea, ada rakan sekelas saya berikan kupon RM5 restoran tersebut. Kami pun terus ke sana dan Kindness #8 Ali serahkan kupon RM5 kepada pelanggan yang beratur di belakang. Yang menerimanya seorang gadis sekolah menengah. Wajahnya terkejut pada mulanya, sambil memandang meja belakang di mana ibu dan adik-adiknya sedang menunggu. Saya dan Ali pun pulang ke rumah dan akan teruskan misi keesokan harinya.

Alhamdulillah lapan aktiviti dapat dilakukan hari ini dan insyaAllah esok akan habiskan lagi 23 aktiviti Kindness. Terima kasih kepada yang menaja! :)

p/s Ikuti episod 2 di sini. dan episod 3 di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...