About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Saturday, July 30, 2011

Pengagihan Daging Beku Untuk Rumah Kebajikan, Madrasah dan NGO


Beberapa hari sahaja sebelum ketibaan bulan Ramadhan, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mengagihkan bantuan makanan dalam bentuk daging beku kepada rumah-rumah anak yatim, madrasah dan NGO di seluruh Kedah, dan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Hampir 8000kg diagihkan dimana setiap organisasi menerima lebih 50kg daging lembu beku Australia.

wakil madrasah di Kedah

dengan kerjasama kerajaan negeri Kedah

wakil dari ASDAF menerima daging beku

wakil rumah kebajikan di Selangor

wakil pelarian Palestine menerima sumbangan daging beku

team Muslim Aid

Daging beku ini dapat disimpan untuk mengurangkan kos harian bagi berbuka puasa di bulan Ramadhan tahun ini. Pengagihan di Kedah telah dilakukan di Sekolah Intergrasi Faizin dan di Kuala Lumpur pula bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF).

p/s tajaan untuk program Fast 2 Feed masih dibuka! Taja anak-anak yatim, keluarga miskin, OKU dan ibu tunggal sekarang!

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, July 29, 2011

Anak-anak ASDAF dan Otak-otak


Lebih kurang sebulan yang lepas salah seorang sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) yang baru berkecimpung dalam dunia keusahawanan telah menyatakan hasratnya untuk menyalurkan sedikit sumbangan hasil dari keuntungannya berniaga pakaian seperti baru kurung dan baju melayu. Tanpa disangka, bisnes yang beliau baru sahaja mulakan dalam sebulan dua ini mendapat respon yang cukup baik!


400 otak-otak disumbangkan

pertama kali menikmati otak-otak

keuntungan perniagaan dikongsi bersama

bersama anak-anak ASDAF

Alhamdulillah baru-baru ini hasil dari keuntungan perniagaannya, beliau telah menaja lebih 400 batang otak-otak untuk anak-anak ASDAF. Anak-anak ASDAF amat menyukainya kerana amat jarang sekali mereka menikmati otak-otak. Beliau sebelum ini juga kerap menyumbang melalui Muslim Aid untuk tabung 'orphan aid' dan juga tabung pelarian. Semoga perniagaan beliau (Izz Collection) bertambah maju dimasa akan datang.

Buat peniaga-peniaga yang ingin salurkan sumbangan melalui tabung 'orphan aid' Muslim Aid atau program-program yang lain, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, July 24, 2011

Program Fast 2 Feed anjuran Muslim Aid Kembali Tahun ini 1432H / 2011



Alhamdulillah, baru-baru ini Program amal Ramadhan Fast 2 Feed telah mendapat liputan di rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan Berita Radio Nasional pada 23 Julai 2011 yang lepas. Program Fast 2 Feed ini merupakan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dimana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja anak-anak yatim dan miskin, warga OKU, ibu tunggal dan pelarian untuk berbuka puasa. Dengan hanya RM30 (pakej A), orang ramai dapat menaja seorang anak yatim/miskin berbuka puasa, duit raya dan sedikit sumbangan barangan. Bagi pakej B pula, iaitu RM50, penderma dapat turut serta untuk berbuka puasa bersama mereka.

“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Tirmidzi)

hebahan di Berita Radio Nasional

bersama penerbit Radio Nasional

Program tahunan ini akan merangkumi beberapa lokasi lain di seluruh semenanjung Malaysia, dari Perlis hingga ke Johor. Kepada para orang ramai yang berminat untuk menaja, atau ingin turut serta sekali program Fast 2 Feed ini, boleh layari blog Fast 2 Feed di http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/ atau ikuti perkembangan Fast 2 Feed di laman Facebook di http://www.facebook.com/fast2feed. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996. Setiap sumbangan dan tajaan diberi resit pengecualian cukai.

Muhammad bin Kamarulazizi

Muslim Aid Launches Urgent Emergency Appeal for the Horn of Africa



Muslim Aid today launched an urgent emergency appeal to provide humanitarian relief to people affected by the severe drought and malnutrition occurring in the countries of eastern Horn of Africa.

An estimated 10 million people in Djibouti, Somalia, Ethiopia, Kenya, Uganda and Sudan are at risk of starvation. A shortage of food, water and medicines, made worse by persistent drought conditions in the region have forced thousands of people to flee their homes and seek refuge in camps in Mogadishu, as well as on the border of Northern Kenya and Ethiopia.

Launching the appeal, a Muslim Aid spokesperson said: “The onslaught of drought in eastern Horn of Africa is not an overnight disaster event. It has been building up for months. Food and water reserves in these countries have depleted to the extent that governments are unable to meet the needs of their populations. Livestock are dying and food supplies have collapsed. Hundreds of villages have been totally abandoned. The time has come for the international community to take notice of this alarming situation and act fast to help the affected people before it is too late.”

“Muslim Aid Field Offices in Somalia and Kenya are providing relief to the refugees. Muslim Aid appeals to its donors and partner institutions to urgently come to the aid of the victims of drought and save precious lives."

DONATE NOW!

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, July 21, 2011

Sukarelawan Muslim Aid di Rumah Titian Kaseh


Saya berkesempatan untuk ke Rumah Titian Kaseh (RTK) baru-baru ini untuk bertemu dengan pengasas RTK iaitu Puan Sharifah atau lebih dikenali dengan Makpah. Pertemuan kali ini adalah untuk mengaturkan kelas tusyen bagi anak-anak RTK yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM tidak lama lagi. Kelas yang akan merangkumi subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains akan diajar pada hari Ahad dengan bantuan dari dua orang sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid).

RTK masih memerlukan sukarelawan untuk bantu ajar anak-anak RTK bagi bagi subjek lain. Waktu yang sesuai ialah hujung minggu atau waktu bekerja dari jam 3 hingga 5 petang. Pada yang berminat untuk mengajar anak-anak RTK ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau ke pejabat RTK terus di 03-40255246 atau 03-40235769.

popia simpul yang sedap!


kuih raya yang lain

p/s popia simpul dan kuih-kuih raya yang lain boleh didapati di Rumah Titian Kaseh.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, July 18, 2011

Sambutan Ulang Tahun Rakan Muslim Aid, D'Tandoor bersama Persatuan Down Syndrom Malaysia


Baru-baru ini saya berkesempatan untuk menghadiri majlis ulang tahun Restoren D'Tandoor yang ke 20 di salah satu cawangannya di Menara Kuala Lumpur. Turut dijemput sebagai tetamu istimewa ialah warga Persatuan Down Syndrom Malaysia. Ini kali pertama saya bersemuka dengan warga Down Syndrom dan merupakan pengalaman yang baru bagi saya. Sebelum ini saya pernah bersama dengan anak-anak Dylexsia dan Cerebral Palsy, yang ternyata memberi cabaran dan kesabaran yang tinggi buat ibu bapa mereka.

Tahniah saya ucapkan kepada Restoren D'Tandoor yang juga merupakan rakan amal Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) atas ulang tahun mereka yang ke 20. Semoga lebih banyak kerja-kerja amal yang dapat dilakukan bersama D'Tandoor dan insyaAllah saya boleh pelajari lebih banyak pengetahuan tentang Down Syndrom dari Persatuan Down Syndrom Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, July 14, 2011

Ziarah Anak ASDAF di Hospital Kuala Lumpur


Baru-baru ini saya mendapat berita salah seorang anak ASDAF telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Adik Rahmatul Yunus yang baru sahaja menyertai ASDAF tahun ini dikatakan mengidap kencing manis dan juga darah tinggi. Saya agak terkejut apabila mendapat tahu tentang hal ini kerana adik Rahmatul baru menjangkau umur 16 tahun. Tahap gula yang tinggi serta tekanan darah yang tinggi menyebabkan adik Rahmatul terpaksa tidur di hospital untuk beberapa hari sehingga tahap tekanan darah dan gula kembali normal.

Saya sempat melawatnya dua hari lepas dan melihat keadaannya bertambah baik. Rahmatul merupakan salah seorang anak ASDAF yang saya suka kerana kerajinannya mengulang kaji dan membaca al-Quran bersama saya setiap kali saya di ASDAF.

Sama-sama kita doakan agar adik Rahmatul cepat sembuh dan dapat kembali bersekolah seperti biasa. Amin.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, July 6, 2011

Fund For Food 2011 sukses!


Tarikh: 3 Julai 2011
Lokasi: Pasar Tani Mega Stadium Melawati Shah Alam
Program: Fund For Food

Alhamdulillah program Fund For Food yang diilhamkan oleh Puan Habsah Marjuni yang merupakan ahli lembaga pengarah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah dijalankan dengan jayanya. Program yang melibatkan lebih 30 orang sukarelawan ini bermula pada jam 12 tengah malam pada hari Ahad dengan bantuan dari Hilux Tuners Club yang telah membantu untuk membawa peralatan memasak, barang-barang tajaan dan bahan mentah untuk persediaan bubur lambuk dan buburma. Pengurusan logistik telah diuruskan oleh cik Farihah, pejajar praktikal (latihan industri) di Muslim Aid.

Sukarelawan yang kebanyakannya mahasiswa di IPT telah diketuai oleh cik Nadhirah yang juga pelajar praktikal di Muslim Aid. Setiap kumpulan sukarelawan telah diberi tugas masing-masing. Sepuluh orang anak yatim dari Madrasah Hashimiah telah membantu untuk menyiapkan buburma, iaitu bubur yang berasal dari Burma yang menjadi hidangan istimewa berbuka puasa golongan pelarian di bulan Ramadhan. Satu lagi bubur merupakan bubur lambuk Terengganu yang telah disediakan oleh Chef Zam.


sukarelawan menyiapkan bahan

bersama team Hilux Tuners Club

anak-anak Madrasah sedangsiapkan bahan

buburma dalam proses untuk masak

pengunjung yang berminat untuk menderma


Empat kawah bubur telah "dijual" dan lebih 1500 bungkus bubur habis! Program 'menjual' bubur tersebut bermula seawal jam 7 pagi dimana para pengunjung mula membanjiri kawasan Pasar Tani dan orang ramai telah mula menyumbang. Media seperti TV alHijrah, TV1, Bernama dan Utusan Malaysia telah hadir untuk membuat liputan. Bagi media, cik Marliyana (pelajar praktikal Muslim Aid) telah bertangggungjawab untuk jemputan dan protokol.

sukarelawan yang dedikasi

Program telah selesai jam 1 tengahari dan semua bubur selesai dijual. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penajar seperti Fama, D'Tandoor, Coca Cola, Iltizam Vetures, Agromas dan Pasar Mega Shah Alam dan tidak lupa kepada sukarelawan-sukarelawan yang telah bertungkus-lumus bagi menjayakan program amal Fund For Food ini. Moga Allah memberkati anda semua.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, July 5, 2011

Kelas Kulinari HIPACK bersama Chef Zam untuk Warga Ibu Tunggal


Tarikh: 2 Julai 2011
Lokasi: Silverspoon International College
Program: Kelas Kulinari HIPACK bersama Chef Zam untuk Warga Ibu Tunggal

Program yang berlangsung selama sehari ini telah memberi peluang kepada warga ibu tunggal yang telah berdaftar dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) untuk mempelajari cara-cara menyediakan juadah secara komersil. Chef selebriti iaitu Chef Zam telah dipilih untuk berkongsi cara-cara memasak juadah komersil yang bakal membantu warga ibu tunggal untuk memperoleh pendapatan tambahan.

Para ibu tunggal yang telah mengikuti program ini akan mempelajari cara-cara untuk membuat pemasaran agar skill yang mereka peroleh ini dapat dimanfaat dengan sebaiknya. Pejabat Muslim Aid akan memantau progress ibu tunggal ini hingga mereka berjaya.

acar buah

wajik durian

daging


menikmati hasil masakan yang telah dipelajari

bersama sukarelawan Muslim Aid yang telah menjadi tulang belakang kepada program HIPACK

penyampaian sijil kepada peserta

Pejabat Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada para penaja terutama sekali Syarikat Siti Payung yang telah membekalkan dengan door gift kepada para peserta. Muslim Aid masih mengalu-alukan sumbangan bagi mengisi tabung modal insan ibu tunggal agar lebih banyak program berbentuk skill dapat diadakan. Pada individu atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...