Alhamdulillah, baru-baru ini Program amal Ramadhan Fast 2 Feed telah mendapat liputan di rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1 dan Berita Radio Nasional pada 23 Julai 2011 yang lepas. Program Fast 2 Feed ini merupakan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dimana ia memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja anak-anak yatim dan miskin, warga OKU, ibu tunggal dan pelarian untuk berbuka puasa. Dengan hanya RM30 (pakej A), orang ramai dapat menaja seorang anak yatim/miskin berbuka puasa, duit raya dan sedikit sumbangan barangan. Bagi pakej B pula, iaitu RM50, penderma dapat turut serta untuk berbuka puasa bersama mereka.
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)
“Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala orang yang berpuasa itu, tanpa dikurangi walaupun sedikit daripada pahala orang yang berpuasa itu.”
(Hadis riwayat Tirmidzi)
Program tahunan ini akan merangkumi beberapa lokasi lain di seluruh semenanjung Malaysia, dari Perlis hingga ke Johor. Kepada para orang ramai yang berminat untuk menaja, atau ingin turut serta sekali program Fast 2 Feed ini, boleh layari blog Fast 2 Feed di http://fast2feedmuslimaidasia.blogspot.com/ atau ikuti perkembangan Fast 2 Feed di laman Facebook di http://www.facebook.com/fast2feed. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996. Setiap sumbangan dan tajaan diberi resit pengecualian cukai.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment