About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, February 28, 2014

Misi Kemanusiaan di Pulau Cebu, Filipina


Alhamdulillah, genap sebulan selepas misi kemanusiaan ke Pulau Cebu, Filipina untuk membantu mangsa Taufan Haiyan. Peluang yang diberikan oleh Malaysian Relief Agency (MRA), sebuah NGO antarabangsa yang beribu pejabat di Kuala Lumpur telah membuka minda kami dengan pengalaman yang cukup bermakna. Team Kindness yang terdiri daripada dua orang, iaitu diri saya sendiri dan juga Amir Effendi ke sana bersama empat sukarelawan MRA yang terdiri daripada dua orang doktor dan dua orang jururawat.

salah satu pengkalan MRA di Pulau Bentayan


ketika dalam tugas.

nilai murni ketimuran tidak ditinggalkan

misi dari pulau ke pulau


Misi kali ini lebih fokus kepada bantuan perubatan dan team kami merupakan team yang ke sembilan. Pelbagai bekalan ubatan telah dibawa bersama dan sudah ada wakil MRA yang bertapak di Bentayan untuk koordinasi pasukan perubatan yang datang dari Kuala Lumpur. Perancangan yang teliti sebegini amat penting bagi memastikan perjalanan misi lancar. Apa yang saya sedari, pihak MRA sangat mahir dengan pemahaman budaya tempatan dan juga cara menguruskan pihak berkuasa apabila berada di lapangan. Asimilasi sebegini sangat penting kerana misi akan berjalan dengan sempurna dengan adanya sokongan dari pihak berkuasa dan juga penerimaan yang baik daripada masyarakat setempat.

Projek Vitamin C

Projek Selipar di salah sebuah masjid di Pulau Cebu

Misi berlangsung lebih seminggu dan ramai orang diberi bantuan perubatan. Berpusat di hospital, kawasan kampung dan lokasi terpilih telah membuatkan lebih ramai mangsa Taufan Haiyan dapat diberi rawatan. Saya lihat penerimaan orang ramai begitu baik, dan ada warga tempatan di Bentayan mengatakan NGO MRA ini adalah antara NGO yang mereka sangat suka. 

pengalaman yang cukup berharga

Kami di Kindness sempat juga untuk melakukan Projek Vitamin C kepada masyarakat di Pulau Bentayan dan lebih 8000 biji vitamin C diagihkan kepada mereka. Pihak Kindness ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MRA kerana memberi peluang untuk bersama bagi misi kemanusiaan kali ini. Tunjuk ajar dari abang senior MRA kepada kami yang masih baru ini cukup bermakna. Semoga hubungan Kindness dan MRA berpanjangan dan lebih banyak aktiviti dapat dijalankan bersama.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my


Tuesday, February 18, 2014

Feed the Homeless oleh Kindness di Pulau Pinang



Alhamdulillah Team Kindness Pulau Pinang berjaya meneruskan misi ‘’Feed the Homeless” kali ini. Misi mencari seramai 50 gelandangan di Masjid Kapitan Keling “Town Area" terhasil dengan bantuan sukarelawan dan juga penaja makanan yang turut serta menjayakan program ini . Seramai 15 orang sukarelawan mula burkumpul dari jam 9.30 malam dan misi memberi pek makanan (air+roti+keropok+coklat+buah) berakhir pada jam 11.30 malam.

Sukarelawan sedang membungkus pek makanan


Misi bermula "jalan2 cari gelandangan"

Misi kali ini berjalan dengan lancar sehingga sukarelawan terjumpa dengan seorang makcik bersama anaknya yang duduk disebelah gerai nasi kandar sambil menagih simpati org ramai yang sedang beratur untuk membeli nasi untuk mereka,akan tetapi tiada sesiapa yang sanggup untuk membantu. Sukarelawan memberi pek makanan yang kami sediakan kepada makcik tersebut dan respon pertama yang keluar dari mulut anaknya ialah “nasi”. Disebabkan pek makanan kami tidak mengandungi nasi, lantas sukarelawan kami bertanya kepada makcik tersebut “makcik dah makan nasi ka belum?”, makcik tersebut agak segan untuk memberikan jawapan tetapi anaknya terus menggelengkan kepala dan seketika selepas itu anaknya seakan menangis. Tersentuh dengan keadaan tersebut,sukarelawan kami membeli nasi untuk mereka jamah. Itulah realiti kehidupan yang terdapat pada hari ini.

Sukarelawan beratur untuk membeli nasi buat gelandangan....

Kegembiraan terpancar di wajah kanak-kanak kecil tersebut

Kami juga terserempak dengan seorang pakcik yang mana hanya berkaki ayam. Niat kami untuk memberi selipar terbantut kerana beliau menolak dengan alasan tidak boleh memakai selipar kerana kedua-dua  tapak kakinya berdarah. Terdapat sukarelawan yang menghubungi pihak hospital untuk memanggil ambulance dan mendapatkan rawatan kepada pakcik tersebut tetapi pihak hospital menolak dengan alasan mereka adalah warga gelandangan. Kami terfikir juga, bukankah mereka juga rakyat Malaysia?

InsyaAllah misi akan diteruskan lagi pada akan datang. Pada yang berminat untuk turut serta dengan misi Feed the Homeless edisi Pulau Pinang, boleh hubungi saya di 0125420520.

Muhammad Khairul
Projek Koordinator
Kindness (Pulau Pinang)
www.facebook.com/kindness.my

Sunday, February 16, 2014

Projek Free di Free Market TTDI



Alhamdulillah, selesai sudah lagi sebuah aktiviti oleh team Kindness dan kali ini bertempat di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Penganjur Free Market TTDI kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan bukan sahaja dari TTDI sendiri, malahan dari sekitar Lembah Kelang. Aktiviti bermula seawal jam lapan pagi dimana orang ramai mengambil meja dan menyusun barang-barang yang ingin diberikan percuma. Pelbagai jenis barangan dapat dilihat dari pakaian kanak-kanak hingga ke set televisyen dan stroller bayi.

Ramai yang ingin tahu dengan lebih lanjut tentang Kindness

antara pengunjung yang tertarik dengan Projek Selipar

Team Kindness juga bawa beberapa buah buku, pakaian dan kit Kindness untuk diberikan percuma kepada orang ramai. Acara kali ini memberi peluang kepada Kindness untuk menerangkan apa itu Kindness serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan kepada para pengunjung. 

mini Projek Seringgit turut dijalankan di Free Market TTDI

antara yang jumpa nota RM1

Bagi pihak Kindness, kami mengucapkan tahniah kepada penganjur Free Market TTDI atas usaha yang sangat baik. Semoga lebih banyak projek dapat dijalankan di masa akan datang, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...