About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Monday, March 31, 2008

Seminar on Islamic Will and Bequest (Sydney)


Hari Ahad yang lepas saya menghadiri seminar dalam berkaitan dengan wasiat dan Faraid di Sydney Australia, anjuran Muslim Aid Australia. Seminar ini dihadiri oleh CEO Amanah Raya Berhad Legacy dan seorang Professor dari Al Azhar, Mesir.

En Rafie (CEO ARB Legacy) dan Prof Ali Shaaban (Al-Azhar University)


Q & A Session

Seminar ini menekankan aspek kepentingan menyediakan wasiat sebelum meninggal dunia. Kepentingan wasiat:

1- Mengelakkan dari perebutan wang dan harta dikalangan keluarga sendiri
2- Dapat menetapkan sejumlah harta (kurang dari 1/3) untuk disumbangkan kepada badan kebajikan (untuk saham akhirat).

InsyaAllah, dalam tempoh terdekat ini, Muslim Aid Asia akan bekerjasama dengan Amanah Raya Berhad dalam menekankan kepentingan wasiat.
Bersama CEO Amanah Raya Legacy

Pada yang berminat untuk info atau seminar tentang wasiat dan faraid, boleh hubungi Muslim Aid Asia atau Amanah Raya Berhad Legacy untuk maklumat lanjut.

-Muhammad-
012-3377 195

Sunday, March 23, 2008

Silma Ihram


Last Friday I went to hear a talk on "Bracing Muslim Youth For a Shifting World, by Silma Ihram. She had innovative ideas and approaches on being a good Muslim.

Let me share a little bit about Silma Ihram.

Silma Ihram, born Frances Anne Beaumont, grew up in Sidney and accepted Islam more than 5 years ago. A woman of diverse talents and accomplishments, she is a recipient of the Centenary Medal 2002, Australian Muslim Woman 2005, 2006 Women of Faith Award and was a candidate for the Australian Democrats in 2007 Federal and State elections.

Her battle to save her school, Noor Al Houda Islamic College was made into a documentary, Silma's School. It was greeted with a standing ovation at the Sydney Film Festival 2006 and was a sell out in London, earning her description 'Erin Brokovich in a Hijab'. Married with six children and author of several books, she now teaches and works as a consultant in Muslim education and community relations.


-Muhammad-

Tuesday, March 18, 2008

Ziarah ke Rumah Anak Yatim Rohingya

Hari ini saya telah buat kunjungan ke sebuah rumah anak yatim untuk anak2 pelarian Rohingya yang terletak di Selayang. Dengan bantuan rakan gym saya masa di UIA, saudara Azhar (asal Myanmar), saya dapat mengenali rumah anak yatim ini.
Rumah Kedai di belakang Pasar Borong Selayang

Rumah anak yatim Rohingya ini terletak di belakang Pasar Borong Selangor. Kebanyakannya seperti rumah kedai, dan penduduk kawasan ini majoritinya dari Myanmar, dan kebanyakan pelarian Rohingya.
Saya bersama Azhar di pintu masuk

Saya tiba di pintu masuk, rasa agak berdebar, kerana sebelum ini, saya biasa dengan anak yatim melayu, tapi kali ini situasi agak berbeza, anak yatim pelarian Rohingya.
Ustaz Hashim, guru besar anak yatim pelarian Rohingya
Rak baju anak2 Rohingya nih
Kami disambut oleh Guru Besar rumah anak yatim ini iaitu Ustaz Hafiz Hashim bin Qassim, juga merupakan pelarian Rohingya. Ustaz Hashim dedicate his life sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab memastikan anak2 yatim pelarian Rohingya ini terbela dengan baik.
Anak2 pelarian Rohingya ini tidak mendapat peluang untuk belajar di sekolah biasa
Cikgu Azwan, guru sukarelawan yang berasal dari Australia

Semasa melangkah masuk, Ustaz bertanyakan pada saya dan Azhar, apa yang ingin diminum, saya kata xperlu, tapi dia tetap ingin menghidangkan minum pada kami. Saya meminta air kosong, dia meminta saya pilih air lain. Saya pun air milo dan beliau senyum tanda setuju. Terharu sangat bila saya lihat cara Ustaz layan kami sebagai tetamu, walaupun beliau dan anak2 Rohingya ini hidup dalam keadaan dhaif dan tersepit.
Anak cikgu Azwan juga merupakan guru sukarelawan di sini (kiri, belakang)

Menurut Ustaz, jumlah anak2 Rohingya ini, dalam 80 orang. Pendidikan diajar oleh guru2 sukarelawan. Dua orang dari mereka merupakan Australian Muslim (anak beranak), dan lagi tiga orang merupakan orang Melayu kita. Anak2 Rohingya ini tidak mendapat peluang untuk belajar di sekolah tempatan, kerana status mereka sebagai pelarian berdaftar bawah UNHCR

Bersama guru sukarelawan tempatan

Kerajaan negara kita tidak mempunyai program atau perancangan khusus untuk pelarian Rohingya ini, terutama anak2 yatim ini. Mereka dibenarkan masuk ke negara kita sebagai pelarian, tetapi tidak mendapat hak untuk belajar, bekerja dan sebagainya. Kesemuanya perlu ambil inisiatif sendiri untuk survive.
Masih ada lagi orang Melayu yang sanggup membantu saudara seagama tanpa mengira bangsa

Apa yang menyedihkan saya, Ustaz ada mengatakan, pernah ada persatuan Budhist yang datang melawat, dan memberikan bantuan dalam bentuk makanan seperti beras, minyak masak, dan persatuan Budhist ini juga telah menyumbang mesin basuh untuk kegunaan anak2 pelarian Rohingya ini. Kebanyakan organisasi tempatan hanya datang ziarah sekali dua, dan terus hilang tanpa berita.
Kekadang, anak2 ini yang kita lihat berkeliaran meminta sedeqah meraih simpati

InsyaAllah, dengan sokongan rakan2, saya bercadang untuk merancang sesuatu yang dapat membantu anak2 yatim pelarian Rohingya ini. Mereka juga beragama Islam, mereka juga saudara kita. Saya amat berharap kita semua dapat bersama saya dan Muslim Aid Asia untuk bantu mereka yang kurang bernasib baik ini.

Pada yang ingin membantu, bolehlah bank in duit ke akaun Rumah Anak Yatim Rohingya ini:

Bank: Bank Islam
No akaun: 14-069-02-008512-3 (Abdul Jalil Ahmad)

-Muhammad-
ym: matasura

Monday, March 17, 2008

Daging Qurban di Hantar ke Bangladesh untuk Bantu Mangsa Taufan ‘Sidr’

Wan Rusli (Pengarah Muslim Aid Asia) menunjukkan daging korban yang ditinkan untuk diagihkan kepada mangsa taufan Bangladesh. - Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.


Oleh: Farezul Fadzal

Muslim Aid Asia (MAA) akan menghantar bantuan berupa 48,500 tin daging qurban kepada mangsa ribut taufan ‘Sidr’ yang melanda Barat Daya Bangladesh selewat-lewatnya April ini. Bencana taufan Sidr adalah taufan tahap keempat yang melanda Barat daya Bangladesh sekitar 9.45 petang waktu tempatan pada 15hb November 2007 lalu, dengan kelajuan angin 240 kph (150 mph) yang mengakibatkan banjir kilat selama lima jam di kawasan Lembah Bengal, Bangladesh.

Pengarah Muslim Aid Asia (MAA), Encik Wan Rusli Wan Muda, berkata bantuan ke Bangladesh adalah yang pertama dan tidak menolak kemungkinan menghantar bantuan qurban tambahan jika diperlukan. “Kita melihat kepada keperluan. Buat masa ini pihak MAA akan menghantar satu kontena yang membawa muatan 48,500 tin daging qurban siap untuk dimakan ke lokasi bencana,”katanya. Encik Wan Rusli berkata, pihaknya telah berurusan dengan Pertima Sdn Bhd (Pertima) sejak 2005 lagi bagi memproses daging qurban tersebut. “Kerjasama pertama dimulakan pada 2005 lalu dan sehingga kini pihak kami telah memproses enam kontena (204 tan) di Pertima,” katanya ketika ditemui Warta Hadhari di Kilang Pemprosesan Pertima, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini (13 Mac). Katanya, bagi urusan pengagihan qurban tersebut pihak MAA akan berurusan dengan badan bukan kerajaan (NGO) di Bangladesh. “Buat masa ini kami masih belum membuka pejabat di kawasan bencana dan kemungkinan merancang berbuat demikian kelak,”katanya.

Taufan Sidr melanda Bangladesh meragut lebih 3,000 nyawa serta mengakibatkan 300,000 lagi hilang tempat berlindung. Kerajaan Bangladesh menganggarkan 360,000 orang kehilangan tempat tinggal mengalami kekurangan sumber air bersih, makanan dan bantuan perubatan. Serangan taufan ini juga memusnahkan mata pencarian nelayan sekitar Kepulauan Dublar Char dan para petani Lembah Benggal.

Berita ini dipetik dari : http://www.terengganu.gov.my/v5/bm/

Thursday, March 13, 2008

Pelarian Rohingya di Bumi Malaysia

Pernahkah anda lihat wajah2 ini ditepi jalan sedang mengemis? Adakah anda juga menganggap mereka sebagai sindiket?


Sama-sama kita hayati artikel yang diterbit di majalah Milenia Muslim Jan 08


Oleh: Mohd Sukki Othman, diedit oleh saya

(Artikel ini telah disiarkan di majalah Milenia Muslim keluaran Januari 2008)


Ajaran Islam amat menekankan mengenai pentingnya konsep persaudaraan. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang mengetengahkan isu persaudaraan ini. Namun, sebagai umat Islam, apakah kita prihatin terhadap apa-apa yang telah dibentangkan di dalam al-Quran dan hadis nabi saw? Tepuk dada, tanya iman!

Allah SWT telah menyatakan dengan jelas mengenai konsep persaudaraan ini melalui surah al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud:

Sesungguhnya orang mukmin itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara saudara-saudaramu dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat’.

Manakala dalam hadis nabi saw pula, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

Perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang, cinta mencintai, dan kasih mengasihi ibarat satu tubuh, iaitu apabila terdapat salah satu anggota badan yang sakit, maka seluruh tubuh turut berasa sakit dengan tidak boleh tidur dan demam’. (Hadis Riwayat Imam Muslim).

Justeru, apabila kita meneliti dan memahami isi kandungan al-Quran dan hadis serta ajaran murni yang terdapat di dalam Islam, maka sudah tentu kita akan terpanggil untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Setiap muslim sama ada yang mewakili individu, organisasi mahu pun pemerintah hendaklah bertanya pada diri apakah sumbangan yang telah dilaksanakan setakat ini untuk membantu saudara seIslam lain yang menghadapi kesusahan dan keperitan hidup? Kalau pun ada sumbangan yang telah diberikan, maka apakah ia sudah mencukupi?

Persoalan seumpama ini ditimbulkan apabila melihat kepada kesengsaraan dan penderitaan yang terpaksa dilalui oleh saudara Islam Rohingya yang menjadi pelarian di bumi Malaysia. Kehidupan mereka yang amat daif kadang-kala tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh masyarakat Islam kita yang hidup dalam serba kemewahan. Masyarakat Rohingya adalah juga saudara Islam kita, jadi menjadi kewajipan kita untuk membantu mereka sedaya yang mampu.

Golongan Muslim Rohingya bukan memilih untuk menjadi pelarian, tetapi mereka terpaksa berbuat demikian ekoran diskriminasi melampau yang dikenakan terhadap mereka di Myanmar. Lalu ada di antara mereka memilih Malaysia sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah Muslim untuk dijadikan sebagai tempat berlindung dan mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan. Terdapat lebih kurang 10 atau 12 ribu orang pelarian Muslim Rohingya yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) di Malaysia. Namun, di negara ini, undang-undang yang ada di bawah Akta Imigresen 1959/1963 tidak menjelaskan secara khusus perbezaan di antara pelarian dan pendatang yang berhijrah bagi tujuan ekonomi.

Sehubungan dengan itu, ia menjadikan pelarian terperangkap dalam beberapa situasi seperti tidak mempunyai pekerjaan yang sah selain anak-anak mereka tidak diberikan akses kepada pendidikan. Begitu juga tiada kemudahan perubatan dan hospital sebagaimana yang dinikmati oleh warganegara. Tambah menyedihkan ialah terdapat sesetengah majikan mengeksploitasi kehidupan susah mereka dengan membayar gaji terlampau sedikit dan tidak setimpal dengan kerja yang dilakukan. Natijahnya, terdapat di antara mereka yang terpaksa bekerja sebagai pengemis untuk mencari sesuap nasi di samping meningkatnya masalah sosial yang sudah tentu akan merugikan semua pihak.

Penderitaan Muslim di Myanmar bermula pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang dikenakan kepada mereka.

Dr Said Ramadhan al-Buti dalam bukunya Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah telah menyatakan dengan jelas bahawa wajib bagi umat Islam untuk membantu umat Islam yang lain walaupun berbeza negeri dan negara sekiranya mampu berbuat demikian. Para ulama’ juga bersependapat bahawa berdosa besar bagi orang Islam yang berkemampuan yang tidak menghulurkan bantuan dan pertolongan kepada saudara Islam lain yang lemah dan dizalimi di mana sahaja mereka berada.

Jelasnya, membantu dan menghulurkan pertolongan kepada saudara seIslam yang lain adalah sesuatu yang wajib tanpa mengira bangsa, keturunan dan warna kulit. Apatah lagi saudara muslim tersebut berada dalam kalangan masyarakat kita.

Sehubungan dengan itu, masyarakat Islam di negara ini hendaklah ’membuka mata’ dengan melihat penderitaan pelarian muslim Rohingya yang berada dalam masyarakat kita dengan berusaha sedaya-upaya untuk membantu mereka di atas semangat persaudaraan Islam sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat. Jangan hanya menuding jari dengan menyalahkan mereka apabila mereka ’terpaksa’ menjadi pengemis untuk mencari ’sesuap nasi’ , namun dalam masa yang sama kita tidak begitu prihatin terhadap kesusahan mereka.


Fikir2 kan my friend....

-Insan yang terlalu dhaif-

Monday, March 10, 2008

Aktviti bersama Famili Kak Norehan

Sehari selepas pilihanraya umum ke 12, saya mengambil kesempatan masa terluang untuk bawak keluarga kak Norehan keluar jalan2. Walaupun kehangatan pru12 masih terasa, ini tidak menghalang saya untuk ke rumah Kak Norehan pada pagi ahad jam 10.30 untuk mengajar tusyen untuk anak2 nya.

Selepas Amylia, Shahira, Anwar, Fasihah dan Ain (anak2 Kak Norehan) penat belajar, kami makan tengahari dulu dan solat Zohor. Dalam 2.30, kami gerak ke Bandar Baru Sentul, nak ziarah rumah saya. Sejak 3 bulan saya pindah di sini, kali ini baru berpeluang nak bawak famili Kak Norehan ke rumah saya.

Jam 3.30 kami bertolak ke Flamengo, untuk main bowling. Ini kali ke 2 main bowling bersama famili Kak Norehan. Sebelum nih, main di Sunway Pyramid.

Syahira, kali ke 2, dia main bowling.

Hebat gak amylia (anak sulung) main bowling, dua kali dapat strike!

Amylia, anak sulung tingkatan satu


Kak Norehan pun turut main bowling sekali. Terharu saya tgk, peluang seperti ini tidak selalu dapat dirasa oleh mereka.
Kak Norehan sekeluarga

Jam 5.30, kami pun bercadang untuk pulang. si Anwar dan Fasihah asyik sebut nak pergi makan pulak. Aiseh, duit dalam poket xcukup nak belanja 7 org anak beranak nih.Rasa kesian pada famili nih pun ada, tapi poket nih pun xbanyak duit.huhu...Dengan tekadnya, terus singgah ke Petronas Taman Melati, cucuk duit kat situ. Maklum la bulan ni dapat bonus ckit dari Muslim Aid Asia.
Anwar dgn satenya, Ain suka plak makan timun

Bersama abg Zul (suami Kak Norehan)

Jam 6.30 saya pun hantar famili Kak Norehan pulang. InsyaAllah minggu depan, sambung tusyen seperti biasa, hari ahad pagi jam 10am.

Berikut adalah detail famili Kak Norehan

Ahli keluarga: 7 org
Suami: Lumpuh sebelah kanan badan.
Anak2: 5 org, 4 perempuan dan seorang lelaki.
(tingkatan 1, darjah 6, 4, 2 dan seorang lagi tadika.)
Pendapatan keluarga: Kak Norehan bekerja sebagai pembantu gerai makan, income dianggar dlm rm500-rm600.
Bantuan zakat: YA.
Lokasi: Batu 9, Gombak

Pada yg mengenali famili2 susah sekitar kawasan anda, boleh hubungi saya. Pada yang ingin buat aktiviti bersama untuk famili susah, juga boleh hubungi saya. Saya alu2kan cadangan dan sokongan anda semua!

-Muhammad-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...