About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Saturday, May 23, 2009

Kitchen Garden: Gotong-royong Terhebat

Alhamdulillah, hari ini program gotong-royong berjalan dengan lancar. Pelajar praktikal Muslim Aid iaitu Izham, Naim, Ika dan Alias bersama rakan-rakan mereka dari UM dan tidak lupa Ain dan keluarganya bersama-sama membersihkan lokasi baru untuk tanaman kitchen garden. Turut serta seorang pelajar dari Jepun (student exchange) turut serta dalam gotong-royong ini. Tempat asalnya yang amat semak dengan sampah sarap, ranting dan dahan pokok, ketulan-ketulan simen, batu bata telah berjaya dibersihkan sepenuhnya. Kira-kira hampir 30 orang bersama anak-anak ASDAF terlibat dengan gotong-royong ini. Program ini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Moga usaha ini mendapat ganjaran yang baik, insyaAllah.

anak-anak ASDAF yang gigih

membersihkan rating dan dahan

Naim menggergaji dahan pokok

tempat yang perlu dibersihkan untuk kitchen garden

sukarelawan dari UM

anak-anak ASDAF bersama pelajar dari Jepun

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Tuesday, May 19, 2009

Update: My Sweet Dadih


Kini minggu terakhir pelajar praktikal dari UIA menjalani latihan industri di Muslim Aid. Dua projek utama yang telah diberikan mempunyai progres yang baik. Pertamanya projek aqiqah Muslim Aid, blog aqiqah Muslim Aid telah siap dibina dan promosi juga giat dijalankan oleh pelajar-pelajar UIA. Projek kedua iaitu projek mikroenterprise bersama En Fadil juga berjalan dengan lancar. Projek mikroenterprise ini terbahagi kepada dua. Yang pertamanya untuk mendapatkan tapak perniagaan dan kedua ialah projek My Sweet Dadih. Permohonan lesen perniagaan untuk En Fadil kini sedang menunggu status dari pihak DBKL. InsyaAllah dalam minggu ini akan diketahui keputusannya dari pihak DBKL.

Eric, kedai runcit

perbincangan bersama En Fadil di pejabat Muslim Aid

Bagi projek My Sweet Dadih pula, En Fadil kini sudah mula membekalkan dadih ke sebuah kedai runcit dan sebuah kedai makan di bangunan Mutiara Bangsar. Tempahan dadih juga diterima melalui blog My Sweet Dadih, dan kini sudah 4 kali tempahan diterima sejak bermulanya perniagaan dadih awal Mei yang lepas. Semoga dengan usaha pelajar praktikal bersama Muslim Aid ini dapat membantu En Fadil keluar dari kepompong kemiskinan serta memperluaskan lagi ibadah aqiqah di seluruh Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Dari Singapura ke ASDAF


Pada hari Ahad yang lepas, ada dua sukarelawan, Teeya dan ibunya Puan Salehah dari Singapura telah datang untuk menziarah ASDAF. Apa yang menarik, mereka telah mendapat info tentang ASDAF melalui blog saya. Mereka sempat beramah mesra dengan anak-anak ASDAF. Turut berada di ASDAF ialah ibu kepada Niki (anak ASDAF) yang baru sahaja memeluk agama Islam. Kehadiran Teeya dan Puan Salehah ini bertujuan untuk merancang program di ASDAF menjelang bulan Ramadhan kelak. InsyaAllah dalam masa sebulan atau dua, Teeya dan Puan Salehah akan datang lagi ke ASDAF untuk mendapat informasi dengan lebih lanjut.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, May 15, 2009

My Kitchen Garden:Terung, Labu, Cili dan Bendi

Alhamdulillah, kitchen garden telah mengeluarkan hasil lagi dan kali ini ialah kacang panjang, bendi dan cili. Buah labu dan terung pula sudah mula berbuah selepas beberapa kali buah tersebut diserang burung. Projek My Kitchen Garden fasa 2 ini akan diteruskan oleh pelajar praktikal dari UM iaitu Izham, Naim dan Ika. Mereka akan bertanggungjawab untuk membuat sebuah buku manual untuk cara-cara menanam serta penjagaan. Buku manual ini akan dalam bentuk cetakan dan juga pdf. Apabila buku ini siap, orang ramai bolehlah muat turun secara percuma atau datang sendiri ke pejabat Muslim Aid untuk salinan percuma.

pokok terung yang sudah mula berbuah

pokok cili

anak-anak ASDAF bersama pokok bendi

pokok labu yang mula berbuah

Muhammad bin Kamarulazizi
Supervisor My Kitchen Garden

Wednesday, May 13, 2009

Pakistan Crisis: 1 Million internally displaced



50,000 internal refugees. UN says, a million on the move

Tens of thousands of people have been displaced from the districts of Buner and Lower Dir in the North West Frontier Province (NWFP) since fighting flared in northern Pakistan last month. The government is preparing for up to 500,000 internal refugees, the largest displacement crisis in Pakistan's history.

* According to UNHCR (UN High Commissioner for Refugees), in the Swat Valley some 200,000 people had been displaced already and another 300,000 were on the move or about to flee. Added to the more than 550,000 internally displaced in the refugee camps, the crisis threatens to be the largest man-made humanitarian disaster in Pakistan's post-independence history.

Families receive jerry cans to carry water from Muslim Aid

But with the conflict zone itself having become a no-go area for relief agencies, Muslim Aid is concentrating on providing essential life support to those in the refugee camps. Shelter, food, utensils, clean water and medical supplies are urgently needed.

So far Muslim Aid has provided:


• 200 tents for internally displaced families that can accommodate a family of 6/7 benefiting up to 2,500 people.
• Non food items to 1,000 families such as utensils, clothes, jerry cans and blankets.
• 800 mattresses and 500 kitchen sets have already been distributed.
• An emergency medical tent where a 1,000 patients will be treated with basic medical supplies.

Can you help us provide food, tents and medical supplies to the most affected families? Call us now at 03-2288 1996

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, May 12, 2009

Pelajar Praktikal Baru Dari UM




Minggu ini lagi tiga orang pelajar praktikal telah mendaftar diri di Muslim Aid dari jurusan Sains Management Universiti Malaya. Tugasan telah diberikan semalam yang akan merangkumi 2 projek. Yang pertamanya mereka akan ditugaskan untuk membuat sebuah buku manual tentang kitchen garden. Buku manual ini akan mengandungi cara-cara untuk menanam sayur, cara penjagaan serta khasiat. Buku ini dapat dijadikan rujukan kepada rumah-rumah kebajikan yang ingin memulakan tanaman kitchen garden. Dengan menggunakan kaedah kitchen garden ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian sayur-sayuran di dapur.

pelajar praktikal Muslim Aid bersama penolong pengetua ASDAF

Projek kedua mereka ialah membina sebuah blog untuk jualan barang-barang terpakai. Blog ini bertujuan untuk mengumpul dana Muslim Aid bagi projek-projek di Malaysia. Barang-barang terpakai ini akan diserahkan kepada Muslim Aid, dan melalui blog ini, barang-barang ini akan diiklankan dan dijual. Dengan setiap penjualan ini, wang akan terus disalurkan ke dana Muslim Aid. Blog ini sesuai juga bagi mereka yang ingin pindah rumah, dan mahu meninggalkan perabut-perabut yang tidak dipakai lagi. Untuk pengetahuan lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.
bersama Asrul, 9 tahun

Apa yang buat saya tertarik tadi semasa di ASDAF ialah kehadiran Asrul yang pernah meninggalkan ASDAF tahun lepas kerana tidak dapat menyesuaikan diri di ASDAF. Tapi kali ini dia kembali ke ASDAF selepas bapanya baru sahaja meninggal dunia minggu lepas. Saya berharap kali ini saya diberi peluang untuk membantunya di ASDAF, insyaAllah.



Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia



Monday, May 11, 2009

Hadiah Terbaik Buat Seorang Ibu

Pengorbanan ibu sukar dinilai dengan wang ringgit mahupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita selaras dengan firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikannya susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannyadan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15)
Justeru, bersempena hari Ibu yang jatuh pada 10 Mei yang lepas, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah menawarkan pakej hadiah istimewa untuk ibu tersayang di samping meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka yang lebih memerlukan.

Anda boleh membeli barangan berbentuk sumbangan dengan harga serendah RM600 untuk sebuah perigi bagi pihak ibu tersayang. Perigi atau tangki air ini akan disedekahkan di Bangladesh bagi mengatasi masalah kekurangan air bersih dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan. Untuk pengetahuan kita semua, terdapat segelintir kaum wanita yang terpaksa berjalan 10km demi mendapatkan hanya sebaldi air sahaja.

Bagi setiap sumbangan perigi, Muslim Aid akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama ibu berserta gambar perigi yang telah dihadiahkan. Pastinya hadiah yang anda hadiahkan kepada ibu anda adalah tahan lama, memberi faedah kepada banyak pihak, berharga, bermutu tinggi, dan sentiasa dikenang dan insyaAllah amalan ini boleh dibawa ke akhirat kelak.

Pada yang berminat, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996 (Mira) atau boleh klik link ini untuk maklumat lanjut
Sumbang Perigi

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Saturday, May 9, 2009

Kitchen Garden: Gotong-royong bersama ERE Consultant


Alhamdulillah, staf seramai 20 orang dari syarikat konsultan ERE dari Subang telah datang ke ASDAF untuk aktiviti gotong-royong di kitchen garden dan membaiki kemudahan yang rosak di ASDAF. Aktiviti bermula seawal jam 8.30 pagi dimana anak-anak ASDAF bersama staf ERE dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan melakukan gotong-royong ditempat yang telah ditetapkan.


Muhammad meniup kereta berenjinkan belon

kumpulan hijau bekerjasama membina kereta belon

menikmati mysweetdadih

Pada jam 11 pagi, mereka telah membina sebuah kereta kereta yang menggunakan tenaga angin untuk bergerak. Kereta mainan ini dihasilkan menggunakan barang-barang terpakai seperti botol minuman dan sebagainya. Aktiviti ini dapat memupuk daya kreativiti anak-anak ASDAF. Anak-anak ASDAF juga telah dapat merasa mysweetdadih yang merupakan salah satu projek mikroenterprise dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Sunday, May 3, 2009

Kitchen Garden: 40 pokok cili lagi!


Alhamdulillah, hari ini Kitchen Garden menerima lagi 40 anak pokok cili yang bakal ditanam menggunakan kaedah fertigasi. Pokok cili ini telah ditaja oleh Hjh Zakiah, arkitek dari Arkitek Jururancang Sdn Bhd, juga memiliki tanaman cili fertigasi iaitu Jejari Hijau. Sesi gotong royong untuk tanaman fertigasi ini akan diadakan dalam tempoh terdekat bersama anak-anak ASDAF.


pokok bendi yang telah ditanam oleh Pak Anjang

Salah seorang AJK ASDAF iaitu Pak Anjang juga telah membersih kawasan belakang ASDAF untuk ditanamkan pokok-pokok bendi. Kini kitchen garden di ASDAF sudah semakin berkembang di seluruh ASDAF. Pak Anjang telah menanam pokok bendi dan pokok rosel.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...