
Alhamdulillah, hari ini program gotong-royong berjalan dengan lancar. Pelajar praktikal
Muslim Aid iaitu
Izham,
Naim,
Ika dan Alias bersama rakan-rakan mereka dari UM dan tidak lupa
Ain dan keluarganya bersama-sama membersihkan lokasi baru untuk tanaman k
itchen garden. Turut serta seorang pelajar dari Jepun (student exchange) turut serta dalam gotong-royong ini. Tempat asalnya yang amat semak dengan sampah sarap, ranting dan dahan pokok, ketulan-ketulan simen, batu bata telah berjaya dibersihkan sepenuhnya. Kira-kira hampir 30 orang bersama anak-anak
ASDAF terlibat dengan gotong-royong ini. Program ini bermula jam 9 pagi dan selesai pada jam 12.30 tengahari. Terima kasih daun keladi kepada semua yang terlibat. Moga usaha ini mendapat ganjaran yang baik, insyaAllah.
anak-anak ASDAF yang gigih
membersihkan rating dan dahan
Naim menggergaji dahan pokok
tempat yang perlu dibersihkan untuk kitchen garden
sukarelawan dari UM
anak-anak ASDAF bersama pelajar dari Jepun
Muhammad bin KamarulaziziYayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
2 comments:
salam...
membersihkan rating dan dahan..
rating ke ranting?
hehehehe.......
isk...
sat nak adjust balik...
hehehe
Post a Comment