Minggu ini lagi tiga orang pelajar praktikal telah mendaftar diri di Muslim Aid dari jurusan Sains Management Universiti Malaya. Tugasan telah diberikan semalam yang akan merangkumi 2 projek. Yang pertamanya mereka akan ditugaskan untuk membuat sebuah buku manual tentang kitchen garden. Buku manual ini akan mengandungi cara-cara untuk menanam sayur, cara penjagaan serta khasiat. Buku ini dapat dijadikan rujukan kepada rumah-rumah kebajikan yang ingin memulakan tanaman kitchen garden. Dengan menggunakan kaedah kitchen garden ini, secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pembelian sayur-sayuran di dapur.
Projek kedua mereka ialah membina sebuah blog untuk jualan barang-barang terpakai. Blog ini bertujuan untuk mengumpul dana Muslim Aid bagi projek-projek di Malaysia. Barang-barang terpakai ini akan diserahkan kepada Muslim Aid, dan melalui blog ini, barang-barang ini akan diiklankan dan dijual. Dengan setiap penjualan ini, wang akan terus disalurkan ke dana Muslim Aid. Blog ini sesuai juga bagi mereka yang ingin pindah rumah, dan mahu meninggalkan perabut-perabut yang tidak dipakai lagi. Untuk pengetahuan lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996.
Apa yang buat saya tertarik tadi semasa di ASDAF ialah kehadiran Asrul yang pernah meninggalkan ASDAF tahun lepas kerana tidak dapat menyesuaikan diri di ASDAF. Tapi kali ini dia kembali ke ASDAF selepas bapanya baru sahaja meninggal dunia minggu lepas. Saya berharap kali ini saya diberi peluang untuk membantunya di ASDAF, insyaAllah.
Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
0 comments:
Post a Comment