Pengorbanan ibu sukar dinilai dengan wang ringgit mahupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita selaras dengan firman Allah:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikannya susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannyadan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15)
Justeru, bersempena hari Ibu yang jatuh pada 10 Mei yang lepas, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah menawarkan pakej hadiah istimewa untuk ibu tersayang di samping meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka yang lebih memerlukan.
Anda boleh membeli barangan berbentuk sumbangan dengan harga serendah RM600 untuk sebuah perigi bagi pihak ibu tersayang. Perigi atau tangki air ini akan disedekahkan di Bangladesh bagi mengatasi masalah kekurangan air bersih dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan. Untuk pengetahuan kita semua, terdapat segelintir kaum wanita yang terpaksa berjalan 10km demi mendapatkan hanya sebaldi air sahaja.
Bagi setiap sumbangan perigi, Muslim Aid akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama ibu berserta gambar perigi yang telah dihadiahkan. Pastinya hadiah yang anda hadiahkan kepada ibu anda adalah tahan lama, memberi faedah kepada banyak pihak, berharga, bermutu tinggi, dan sentiasa dikenang dan insyaAllah amalan ini boleh dibawa ke akhirat kelak.
Pada yang berminat, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996 (Mira) atau boleh klik link ini untuk maklumat lanjut
Sumbang Perigi
Pada yang berminat, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996 (Mira) atau boleh klik link ini untuk maklumat lanjut
Sumbang Perigi
Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
0 comments:
Post a Comment