About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com
Showing posts with label perigi. Show all posts
Showing posts with label perigi. Show all posts

Monday, May 11, 2009

Hadiah Terbaik Buat Seorang Ibu

Pengorbanan ibu sukar dinilai dengan wang ringgit mahupun harta benda. Kesulitan semasa hamil, melahirkan dan pelbagai cabaran membesarkan, mengasuh serta mendidik anak dihadapi dengan penuh tanggungjawab dan pasrah pada Ilahi. Hari Ibu yang hadir pada bulan Mei setiap tahun tidak harus dibiarkan tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa dan pengorbanan ibu yang membesarkan kita selaras dengan firman Allah:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan bersusah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikannya susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannyadan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15)
Justeru, bersempena hari Ibu yang jatuh pada 10 Mei yang lepas, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah menawarkan pakej hadiah istimewa untuk ibu tersayang di samping meningkatkan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka yang lebih memerlukan.

Anda boleh membeli barangan berbentuk sumbangan dengan harga serendah RM600 untuk sebuah perigi bagi pihak ibu tersayang. Perigi atau tangki air ini akan disedekahkan di Bangladesh bagi mengatasi masalah kekurangan air bersih dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan. Untuk pengetahuan kita semua, terdapat segelintir kaum wanita yang terpaksa berjalan 10km demi mendapatkan hanya sebaldi air sahaja.

Bagi setiap sumbangan perigi, Muslim Aid akan mengeluarkan sijil yang tertulis nama ibu berserta gambar perigi yang telah dihadiahkan. Pastinya hadiah yang anda hadiahkan kepada ibu anda adalah tahan lama, memberi faedah kepada banyak pihak, berharga, bermutu tinggi, dan sentiasa dikenang dan insyaAllah amalan ini boleh dibawa ke akhirat kelak.

Pada yang berminat, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid di 03-2288 1996 (Mira) atau boleh klik link ini untuk maklumat lanjut
Sumbang Perigi

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, October 29, 2008

Door Gift untuk Majlis Perkahwinan


Alhamdulillah majlis perkahwinan saya telah selamat dijalankan di Melaka dan Pulau Pinang. Antara yang menarik semasa majlis ini ialah door gift, atau biasanya tuan rumah pengantin akan memberikan bunga telur sebagai hadiah kepada pengunjung majlis. Tapi untuk majlis perkahwinan saya, saya memilih untuk memberi door gift yang agak berbeza. Saudara-mara saya dari Perak dan Negeri Sembilan telah menaja beberapa door gift yang amat bermakna seperti, labu sayung kecil, pot pouri, kerepek, dan bahulu ikan. Tapi yang paling unik sekali ialah door gift hasil idea Kak Habsah dari Muslim Aid Asia.

kad Gift for Life direka khas dari Muslim Aid Asia

Trend door gift yang terkini

Dengan kos tidak sampai RM600, saya dan pengantin perempuan dapat menyumbang sebuah perigi untuk fakir miskin di Bangladesh melalui program Gift for Life anjuran Muslim Aid Asia. Dan perigi yang disumbangkan ini diniatkan buat pengunjung-pengunjung yang hadir di majlis perkahwinan saya di Pulau Pinang. Lebih kurang 500 keping kad telah dicetak sebagai tanda penghargaan buat pengunjung semua.

Trend door gift yang baru ini mendapat sambutan menggalakkan, selepas beberapa rakan-rakan dan pengunjung telah menghubungi saya tentang program Gift for Life ini. InsyaAllah selepas ini, lebih ramai dapat menghasilkan door gift yang lebih bermakna, disamping kita juga dapat membantu mereka yang amat memerlukan diluar sana.

Pada yang berminat untuk door gift Gift for Life ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 (Muhammad).

p/s bila perkahwinan sudah berlangsung, jangan lupa untuk mendapatkan pelan perlindungan sekeluarga. Klik di sini untuk info lanjut.

-Muhammad bin Kamarulazizi-


Thursday, April 17, 2008

Program Sedeqah Perigi, Muslim Aid Asia


"Bersedekahlah, berderma atau berkorbanlah kalian dan janganlah kalian perhitungkan kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama. Janganlah kalian mengingat-ingat kebaikan kalian, kerana Allah akan membalas kalian dengan sikap yang sama juga." (mafhum HR Muslim)

Bersedekah demi kebaikan diri sendiri berdasarkan apa yang Allah tunjuk dalam Al Quran dan juga Sunnah. Dengan bersedekah akan mudah untuk mencari ilmu dan memahami ilmu. Dengan bersedekah akan memudahkan untuk mendapat isteri atau suami yang beriman. InsyaAllah. Bersedekah itu satu kebajikan yang amat disenangi oleh Allah dan juga adalah sebahagian dari akhlak mulia. Allah akan memberi kelapangan kepada mereka yang gemar bersekedah.


sijil dari Muslim Aid

Muslim Aid Asia kini mengambil langkah untuk membekal air bersih dengan menggali perigi dan membina tangki air di negara-negara yang mengalami masalah kekurangan air bersih. Sumbangan boleh diberikan oleh individu, berkumpulan. Sedeqah perigi ini bolehlah diniatkan untuk diri sendiri mahupun untuk arwah kesayangan kita, seperti ibu bapa kita.

Berikut adalah kos pembinaan perigi bersama lokasinya

Perigi
1- Kemboja - RM1 000
2- Bangladesh - RM 600
Tangki Air
1- Nigeria - RM 4 500
2- Indonesia - RM 6 000

Kaedah Pembayaran

1- Tunai atau cek ( Pejabat Muslim Aid Asia, atau janji temu)
2- Deposit Langsung/intergiro ( EON Bank 0518-11-000311-5, Muslim Aid Asia)
3- Pos ( Wang Pos)

Alamat
Muslim Aid Asia
8-1-2,
Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku 59100,
Kuala Lumpur

Pada individu, kumpulan atau organisasi yang berminat, boleh hubungi Muslim Aid Asia di talian 03-2288 1996 (Ida atau Ilham atau Muhammad). Setiap perigi akan diberikan sijil penyertaan.

Selain dari bersedaqah, anda juga boleh menyumbang dengan mengiklankan sadaqah perigi ini di blog anda. Semoga anda juga mendapat hasanah di akhirat kelak, insyaAllah.





-Muhammad-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...