"Jika kau bukan anak raja juga bukan anak ulama besar, maka menulislah." ~Imam Al-Ghazali
Kata-kata terlintas dalam kepala saya. Saya perlu kembali menulis. Bila menulis ini barulah idea boleh datang lagi dengan mencurah. Dalam dunia kebajikan, penulisan itu penting kerana dengan cara inilah inspirasi kebaikan dapat disebarkan kepada lebih ramai orang.
Alhamdulillah tahun 2020 bermula, Nasi Lemak Sedap yang dihasilkan Rumah Al Haq juga mula beroperasi sekali lagi. Nasi Lemak Sedap ini adalah satu inisiatif untuk membantu Rumah Al Haq dapatkan dana bagi menampung kos operasi mereka.
Nasi Lemak Sedap lengkap dengan telur, kacang, ikan bilis dan sambal asing. |
sedekah Nasi Lemak Sedap untuk orang sekeliling yang memerlukan |
Jualan Nasi Lemak Sedap bermula seawal jam 6.30 pagi di Bandar Baru Sentul. Sasaran pelanggan merupakan dari murid-murid sekolah dan juga orang ramai yang mula pergi kerja. Pada waktu ini juga ada sebahagian dari Nasi Lemak Sedap ini disedekahkan kepada golongan yang kurang mampu seperti tukang sapu dan pekerja am.
Jika ada yang berminat untuk membeli atau menempah Nasi Lemak Sedap ini boleh hubungi Syafiq di 012-2016430 atau Hany di 013-6077696. Penghantaran untuk sekitar KL ialah RM15. Bagi yang ingin sedekahkan Nasi Lemak Sedap juga dialu-alukan. Boleh lakukan tempahan sedekah di Shopee. InsyaAllah Nasi Lemak Sedap ini akan dihantar ke masjid-masjid, rumah kebajikan dan juga sekolah.
Semoga Allah berkati dan murahkan rezeki kita semua.
Muhammad bin Kamarulazizi
Strategist
Matasura Services
0 comments:
Post a Comment