About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, October 29, 2014

Inisiatif Poket Kindness oleh Kindness Malaysia


Poket Kindness merupakan lagi sebuah inisiatif dari Kindness Malaysia (Kindness) bertujuan untuk memberi galakan kepada orang ramai untuk terus melakukan kebaikan. Konsep Poket Kindness ini sangat mudah. Setiap kali berbelanja, sudah pasti akan ada duit baki. Duit baki ini dimasukkan ke dalam Poket Kindness. Duit yang dikumpul ini dapat digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti kebaikan tidak kira masa, tempat atau pada sesiapa pun.

Biasanya orang ramai mengeluh yang mereka tidak mempunyai masa, lebih lagi jika tidak mempunyai wang untuk lakukan kebaikan. Dengan adanya poket dedikasi untuk aktiviti Kindness ini, maka lebih mudah untuk mana-mana individu melakukan kebaikan. Kebaikan secara rawak (random act of kindness) secara tidak langsung akan memberi manfaat kepada individu yang mempunyai Poket Kindness. Kebaikan dapat dilakukan setiap hari ditempat kerja, jiran dan di tempat awam yang lain.

Peruntukan khas dari Poket Kindness ini memudahkan perlaksanaan aktiviti-aktiviti kebaikan seperti suspended meal, belikan air minuman untuk rakan sekerja, bawa balik kuih untuk pakcik sekuriti, mengisi tabung masjid dan lain-lain.

Contoh konsep Uncang Kindness


Pihak Kindness mempunyai rancangan untuk menghasilkan Uncang Kindness, yang juga sebahagian daripada Poket Kindness. Uncang Kindness ini dapat memudahkan lagi orang ramai untuk mengasingkan wang mereka untuk sebarang aktiviti kebaikan. Bagi yang berminat untuk menaja penghasilan Uncang Kindness, boleh email saya di matt@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, October 23, 2014

Projek Maruku di Hari Diwali


Kindness Dot My (Kindness) kembali dengan sebuah lagi projek kreatif yang dinamakan Projek Maruku. Projek Maruku ini dilakukan bersempena dengan Hari Diwali yang disambut oleh komuniti Hindu di seluruh negara. Team sukarelawan Kindness menyediakan hampir 200 pek muruku untuk diberikan percuma kepada orang ramai.

pelbagai kaum menkmati muruku

anda senyum dan anda akan dapat muruku

hampir 200 pek muruku diberikan kepada orang ramai

Projek Maruku ini dilaksanakan di Taman Tasik Titiwangsa dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai. Orang ramai hanya perlu senyum untuk menerima satu pek muruku daripada sukarelawan Kindness. Menurut projek koordinator Projek Maruku, Cik Aniza, Projek Maruku ini dijalankan bersempena Hari Diwali dan pada yang sama mengajak orang ramai untuk lebih ceria dengan senyuman. Akhir-akhir ini terlalu banyak berita yang negatif menjadi viral di laman media sosial dan aktiviti Projek Maruku ini sedikit sebanyak berusaha untuk mengurangkan kesan negatif yang diterap di media sosial.


Pelancong juga terima muruku

team sukarelawan Projek Maruku
Pihak Kindness mengucapkan terima kasih kepada para penaja yang telah menyumbang bagi menjayakan Projek Maruku ini. Senyuman manis bersama maruku!

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Sunday, October 12, 2014

Kad Kindness Sempena Hari Kindness Sedunia

Hari Kindness Sedunia atau World Kindness Day jatuh pada 13 November 2014, lebih kurang sebulan sahaja dari tarikh hari ini. Bersempena dengan hari istimewa ini, Kindness Dot My (Kindness) akan menghasilkan kad kindness yang bertujuan untuk memberi menggalakkan dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk melakukan kebaikan.

contoh kad dengan tajaan syarikat


Caranya agak mudah. Fikirkan idea untuk lakukan kebaikan. Kemudian laksanakan kebaikan tersebut, Berikan Kad Kindness kepada orang lain dan kongsikan aktiviti yang anda lakukan di media sosial supaya orang lain juga cenderung untuk lakukan kebaikan. Dan tidak lupa untuk hashtag #KindnessMalaysia.

Kindness bercadang untuk mencetak 500 Kad Kindness, bergantung pada penajaan. Kad Kindness ini seperti kad atm dan permukaannya (finishing) adalah matte. Pihak Kindness mengalu-alukan penajaan daripada syarikat mahupun individu. Logo syarikat yang menaja akan tertera di belakang Kad Kindness. Untuk tajaan bagi 500 Kad Kindness adalah RM1000. Bagi individu yang menaja, kad tersebut akan tertera the Kindness People

contoh kad atm dengan finishing matte

Bagi yang berminat untuk bantu sebarkan kebaikan, boleh hubungi saya terus di 0183800961 atau email di matt@kindness.my.

Sertai group volunteers Kindness untuk aktiviti akan datang di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Friday, October 3, 2014

Subsidi Minyak Dikurangkan dan Projek Petrol


Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengurangan subsidi minyak sebanyak dua puluh sen dan haga terbaru bagi seliter RON 95 kini ialah RM2.30 berbanding dengan sebelum ini sebanyak RM2.10 perliter. Laman sosial terus dihujani dengan pelbagai reaksi dan kebanyakan respon daripada orang ramai ada yang sinikal, mahupun yang sedih.

sukarelawan bersiap sedia dengan duit petrol dan nota Kindness

ada yang seperti tidak percaya

nak ambil atau tidak ambil

Sehubungan dengan itu, warga komuniti Kindness Dot My (Kindness) telah mengambil inisiatif kecil untuk menceriakan orang ramai dengan Projek Petrol. RM2 dikepilkan bersama nota dan diberikan kepada orang ramai yang sedang mengisi minyak. Beberapa lokasi di Lembah Kelang seperti di Subang Jaya, Shah Alam, Cheras, Desa Mentari, Jalan Ipoh dan Bangsar dikenal pasti untuk perlaksanaan projek ini.

penerima di Subang Jaya

duit petrol percuma

pemandu bas juga tidak ketinggalan

eh betul ke ni?

yang memberi dan menerima sama-sama gembira

Projek bermula jam 9 malam dan sukarelawan Kindness sudah bersiap sedia dengan hadiah petrol. Pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila menerima duit petrol beserta nota ini. Ada yang begitu gembira dan berulang-ulang kali ucapkan terima kasih. Ada juga yang pada awalnya tidak mahu mengambil, tetapi setelah dibaca nota yang diberikan, terus ambil dengan senyuman. Dalam pemberian kepada orang ramai, ada seorang atau dua yang langsung tidak mahu ambil, mungkin berasa skeptikal dengan idea memberi duit petrol kepada orang ramai secara percuma tanpa mengharap apa-apa balasan ini sukar diterima akal.

duit petrol dan nota Kindness

Walauapapun, sukarelawan Kindness sangat gembira apabila berpeluang untuk buatkan orang ramai ceria dengan pemberian hadiah petrol ini. Terima kasih kepada penaja bagi projek kali ini dan juga sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.


Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...