Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengurangan subsidi minyak sebanyak dua puluh sen dan haga terbaru bagi seliter RON 95 kini ialah RM2.30 berbanding dengan sebelum ini sebanyak RM2.10 perliter. Laman sosial terus dihujani dengan pelbagai reaksi dan kebanyakan respon daripada orang ramai ada yang sinikal, mahupun yang sedih.
sukarelawan bersiap sedia dengan duit petrol dan nota Kindness |
ada yang seperti tidak percaya |
nak ambil atau tidak ambil |
Sehubungan dengan itu, warga komuniti Kindness Dot My (Kindness) telah mengambil inisiatif kecil untuk menceriakan orang ramai dengan Projek Petrol. RM2 dikepilkan bersama nota dan diberikan kepada orang ramai yang sedang mengisi minyak. Beberapa lokasi di Lembah Kelang seperti di Subang Jaya, Shah Alam, Cheras, Desa Mentari, Jalan Ipoh dan Bangsar dikenal pasti untuk perlaksanaan projek ini.
penerima di Subang Jaya |
duit petrol percuma |
pemandu bas juga tidak ketinggalan |
eh betul ke ni? |
yang memberi dan menerima sama-sama gembira |
Projek bermula jam 9 malam dan sukarelawan Kindness sudah bersiap sedia dengan hadiah petrol. Pelbagai reaksi daripada orang ramai apabila menerima duit petrol beserta nota ini. Ada yang begitu gembira dan berulang-ulang kali ucapkan terima kasih. Ada juga yang pada awalnya tidak mahu mengambil, tetapi setelah dibaca nota yang diberikan, terus ambil dengan senyuman. Dalam pemberian kepada orang ramai, ada seorang atau dua yang langsung tidak mahu ambil, mungkin berasa skeptikal dengan idea memberi duit petrol kepada orang ramai secara percuma tanpa mengharap apa-apa balasan ini sukar diterima akal.
duit petrol dan nota Kindness |
Walauapapun, sukarelawan Kindness sangat gembira apabila berpeluang untuk buatkan orang ramai ceria dengan pemberian hadiah petrol ini. Terima kasih kepada penaja bagi projek kali ini dan juga sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment