About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, February 26, 2009

200 batang serai di Kitchen Garden

Lokasi: Asrama darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 26 Feb 09

Masa: 5.30pm

Alhamdulillah semalam projek My Kitchen Garden di ASDAF mengeluarkan hasil lagi. Lebih kurang 200 batang serai telah diperoleh, dan suku dari serai-serai tersebut telah diberikan kepada tukang masak ASDAF. Selebihnya pula telah dijualkan kepada guru-guru tusyen ASDAF. Satu ikat serai mempunyai dari 8 batang ke 10 batang, dan dijual dengan harga RM1. Duit tersebut diberikan terus kepada anak-anak ASDAF yang telah rajin berusaha menjaga My Kitchen Garden.

Arin mendapatkan serai

serai-serai dibersihkan

pokok labu yang mula membesar


RM1 setiap ikat!

Pokok-pokok lain seperti terung, pokok labu dan pokok kacang sudah mula membesar. Semoga mereka yang telah menyumbang untuk projek My Kitchen Garden ini mendapat rahmat dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, February 24, 2009

Sumbangan Baju Terpakai oleh Jaya Jusco AU2


Lokasi: Jaya Jusco AU2
Tarikh: 24 Feb 09
Masa: 10.30am

Alhamdulillah, hari ini pihak Jaya Jusco AU2 Setiawangsa telah beerusaha menghimpunkan pakaian terpakai dari pelanggan serta staf mereka. Hampir 28.5kg pakaian terpakai seperti baju kurung, tudung, tshirt dan seluar dari kecil hingga besar telah disumbangkan kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM), untuk diagih-agihkan kepada golongan yang memerlukan.

Pada petang tadi, saya telah agihkan baju-baju tersebut kepada anak-anak ASDAF dan selebih pakaian tersebut akan dihantar untuk keluarga miskin orang asli di Pahang. Pihak YKMAM mengucapkan syabas atas usaha murni yang dilakukan oleh pihaj Jaya Jusco AU2.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, February 23, 2009

My Kitchen Garden Terima Lagi Anak Pokok

Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 21 Feb 09

Masa: 2pm

Alhamdulillah, hari Sabtu yang lepas, sekumpulan sukarelawan dari Universiti Malaya telah ke ASDAF untuk berkongsi info dan pengetahuan tentang kitchen garden. Kali ini pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak juga turut hadir berkongsi input-input yang cukup bermakna. Projek My Kitchen Garden ini telah menerima sumbangan anak-anak pokok dari sukarelawan UM serta dari Jabatan Pertanian. Antara pokok yang telah ditanam ialah anak pokok nangka, cili merah, dan daun kari. Sukarelawan UM memberi pendedahan kepada anak-anak ASDAF tentang kepentingan kitchen garden serta penanaman pokok secara kesuluruhan. Pegawai dari Jabatan Pertanian pula telah mengajar cara-cara untuk menjaga anak-anak pokok, serta kaedah penggunaan baja dan racun organik. Kami di YKMAM mengucapkan terima kasih atas usaha sukarelawan UM dan pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak yang telah bersama-sama menjayakan kesinambungan My Kitchen Garden Fasa II ini.

cop tangan pada banner

pegawai dari Jabatan Pertanian Gombak memberi taklimat

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Thursday, February 19, 2009

Rakaman Dokumentari Muslim Aid


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 19 Feb 09
Masa: 3pm

Alhamdulillah hari ini pihak JAKIM - RTM telah menyambung rakaman untuk dokumentari Muslim Aid dan kali ini di ASDAF. Rakaman kali ini meliputi program Orphan Aid yang merangkumi bantuan dalam bentuk pendidikan dan juga projek My Kitchen Garden. InsyaAllah tayangan mengenai dokumentari ini akan ditayangkan di RTM1 pada 9 Mac 2009 sempena dengan Maulidul Rasul. Masanya belum dikenalpasti lagi.


cameraman shoot anak-anak ASDAF bergotong royong di Kitchen Garden

ramai yang telah turut serta di Kitchen Garden

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, February 18, 2009

Orphan Aid: Kismis untuk Anak-anak ASDAF


Alhamdulillah, hasil sumbangan orang ramai untuk projek Orphan Aid anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM), kismis telah digunakan semasa pembelajaran anak-anak ASDAF. Kismis ini bertujuan untuk membantu anak-anak ASDAF supaya tidak mengantuk dan sentiasa cerdas di dalam kelas tusyen yang diadakan hampir setiap malam. Pihak YKMAM ingin mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang Orphan Aid anjuran YKMAM ini. Semoga Allah memberkati dan murahkan rezeki mereka yang telah terlibat.

dalam kelas tusyen

anak pokok labu dan tembikai yang akan ditanam esok di kitchen garden

p/s InsyaAllah esok akan pihak RTM - JAKIM akan datang ke ASDAF untuk shooting dokumentari YKMAM mengenai bantuan pendidikan Orphan Aid dan projek My Kitchen Garden.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Sumbangan perigi dari SMK Felda Jelai, Gemas


Lokasi: SMK Felda Jelai, Gemas
Tarikh: 17 Feb 09
Masa: 2.30pm

Alhamdulillah semalam saya bersama staf baru Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM), Hafiz berkesempatan ke SMK Felda Jelai untuk berkongsi tentang peranan YKMAM di Malaysia dan luar negara. Hampir 70 orang guru telah turut serta dalam taklimat dari kami, YKMAM. Pihak sekolah telah menyumbang sebuah perigi untuk masyarakat fakir miskin di Bangladesh hasil sumbangan dari pelajar-pelajar dan guru-guru. Pihak kami di YKMAM mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha murni SMK Felda Jelai dalam misi kemanusiaan ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Booth di Institut Perguruan Teknik Cheras


Lokasi: Institut Perguruan Teknik Cheras
Tarikh: 14 Feb 09
Masa: 9am

Alhamdulillah Sabtu lepas Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) telah dijemput untuk membuka booth di Institut Perguruan Teknik Cheras sempena dengan Hari Kemanusiaan Gaza. Program tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar institut perguruan tersebut. Kami sempat menerangkan tentang aktiviti-aktiviti kemanusiaan yang dijalankan di Gaza. InsyaAllah bulan Mac ini, daging qurban dalam tin Q4L sebanyak 1 kontena akan dihantar terus ke Gaza.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, February 13, 2009

Q4L mendapat liputan media akhbar


Alhamdulillah, kini Q4L diperingkat pemprosesan di PERTIMA, Terengganu. Dua jenis masakan daging qurban yang akan ditinkan iaitu brine mutton dan curry mutton. Daging Q4L ini insyaAllah akan diagihkan kepada 5 buah negara iaitu Palestin, Sudan, Somalia, Pakistan dan Yaman. Selebihnya akan diagihkan untuk masyarakat miskin di Malaysia. Daging beku juga telah diagihkan masyarakat miskin di Kemaman. Pengagihan dilakukan di SMK Sultan Ismail, yang telah diusahakan oleh sukarelawan Muslim Aid di sana iaitu En Wan Ghani. Lebih 200 keluarga miskin telah menerima 4kg daging kambing biri-biri.


Sumbangan di Kemaman

pemprosesan daging Q4L di PERTIMA

sumbangan di Kuantan

Di Kuantan juga telah diagihkan daging Q4L ini kepada lebih 300 keluarga miskin. En Hasanin dari ABIM telah bekerjasama dengan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dalam pengagihan daging qurban ini. InsyaAllah pada bulan Mac ini, daging Q4L yang telah siap ditinkan akan mula diagihkan kepada masyarakat miskin yang memerlukan di Malaysia.

Q4L anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mendapat liputan di Utusan Malaysia, Harian Metro, The Star dan Sinar Harian.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia


Wednesday, February 11, 2009

Pengagihan Daging Qurban Beku Fasa I


Lokasi: Rumah Kebajikan di KL dan Selangor
Tarikh: 11 Feb 09
Masa: 10am-5pm

Alhamdulillah, hari ini Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah memulakan pengagihan daging qurban beku fasa pertama bermula di Kemaman Terengganu, kemudian di Kuantan dan pada hari ini di sekitar KL dan Selangor. Lebih kurang 200 keluarga miskin di Terengganu telah menerima daging qurban beku Q4L ini dan lebih kurang 300 keluarga miskin di Kuantan dan Pekan. Hampir 1 tan daging qurban Q4L telah diagihkan kepada rumah-rumah kebajikan sekitar KL dan Selangor.


Rumah Anak Yatim Rohingya

Rumah Anak Yatim Syifa

Rumah Titian Kaseh

Antara rumah kebajikan yang telah menerima daging qurban ini ialah Asrama Darul Falah (ASDAF), Asrama Penyayang Nur Iman Setapak, Rumah Titian Kaseh, Rumah Silaturrahim Nurul Qanaah, Rumah Anak Yatim Syifa, dan dua buah Rumah Anak Yatim Rohingya di Selayang. Setiap rumah menerima lebih kurang 60kg daging qurban biri-biri Q4L. Daging qurban ini adalah sebahagian daripada daging Q4L. Daging Q4L yang ditinkan pula akan mula diagihkan pada hujung bulan Februari ini. Semoga peserta-peserta Q4L tahun lepas ini mendapat rahmat dan dimurahkan rezeki dariNya, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Monday, February 9, 2009

Muslim Aid: Program Belia dan Makan Malam Amal

Tarikh: 8 Feb 2009
Program: Program Belia Bersama RD Club
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa
Masa: 10am-3pm

Alhamdulillah, semalam dua event selesai dalam satu hari. Pada paginya, Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) telah dijemput untuk program belia bersama dengan RD Club di Taman Tasik Titiwangsa. YKMAM berpeluang untuk berkongsi tentang situasi di Gaza bersama pengunjung-pengunjung di program belia tersebut. Pihak YKMAM mengucapkan terima kasih kepada team RD Club kerana telah menjemput YKMAM untuk program bersama belia ini.


Tarikh: 8 Feb 2009
Program: Majlis Makan Malam Amal PERKIM CFS UIA PJ.
Lokasi: UIA CFS Petaling Jaya
Masa: 9pm-11pm

Pada sebelah malam pula, YKMAM pula telah dijemput untuk Majlis Makan Malam Amal anjuran PERKIM CFS UIA di PJ. Majlis Makan Malam Amal ini merupakan program penutup bagi Bulan Amal PERKIM 2009. Yang menarik, terdapat bidaan untuk barang komputer dari thumb drive hingga ke laptop. Pembelian melalui bidaan ini akan terus disalurkan ke Gaza melalui YKMAM. Tahniah kepada pelajar-pelajar PERKIM CFS kerana berjaya menganjurkan program amal sebegini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...