About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, September 24, 2010

Sumbangan Buku dari British Council Untuk Madrasah Hashimiah


Semalam saya bersama sukarelawan Muslim Aid, Yusuf Glanfield ke Madrasah Hashimiah untuk menghantar buku yang telah disumbangkan oleh pelajar-pelajar British Council. Ziarah ini merupakan yang pertama sejak raya Aidilfitri dan kelas sudah bermula seperti biasa di Madrasah Hashimiah.

Kehadiran kami disambut ustaz Hashim yang pada ketika itu sedang membantu seorang warga pelarian tentang masalah keluarganya. Ustaz Hashim yang merupakan pengetua Madrasah Hashimiah juga merupakan antara individu Myanmar Muslim yang dihormati di Selayang.

Sementara menunggu ustaz Hashim, saya ternampak seorang pelajar baru di Madrasah yang mempunyai kecacatan pada kakinya. Kecacatan pada kakinya ini adalah sejak dia dilahirkan. Menurut ustaz Hashim, pelajar tersebut mempunyai ibu bapa, tetapi bapanya sudah hilang dan tidak dapat dikesan dan kini hanya ibunya sahaja yang menyara pelajar tersebut. Segala makan dan minum ditanggung oleh pihak Madrasah.

sumbangan buku cerita untuk anak-anak pelarian di Madrasah Hashimiah


Yusuf bersama adik Azim yang kecacatan pada kakinya

Ustaz Hashim menyatakan hasratnya sekira ada dermawan yang mampu menaja guru yang mengajar di Madrasah. Kini guru sepenuh masa hanya tinggal 5 orang, dan beberapa orang guru lain sudah meninggalkan Madrasah. Ustaz Hashim memperuntukkan antara RM500 ke RM700 untuk seorang guru di Madrasah Hashimiah. Kini guru-guru di Madrasah Hashimiah hanya akan mendapat bayaran sekiranya Ustaz Hashim dapat meraih dana yang mencukupi pada setiap bulan selain daripada perbelanjaan makanan untuk anak-anak yatim yang menetap di Madrasah Hashimiah dan juga pelajar-pelajar dari keluarga fakir miskin.

Kepada para dermawan yang ingin menaja guru di Madrasah Hashimiah, antara RM500 hingga RM700 sebulan, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996. Pihak Madrasah Hashimiah juga memerlukan sukarelawan yang berminat untuk mengajar pengetahuan asas tentang komputer dan Microsoft Word. Tentang masa dan hari boleh dibincangkan. Dan sekiranya ada sukarelawan yang berminat, boleh hubungi saya dinombor seperti di atas.


Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, September 21, 2010

Muslim Aid Fc vs Somalia 1 FC


Tarikh: 19 Sept 2010
Masa: 10 pagi
Lokasi: Taman Pudu Ulu, Cheras

Seminggu selepas raya Eidilfitri, La Liga UNHCR sudah kembali dengan perlawanan Muslim Aid FC dan Somalia 1. Perlawanan bermula jam 10 pagi, dimana matahari sudah mula terpacak dan keadaan amat panas. Namun begitu keadaan ini tidak menghalang para sukarelawan Muslim Aid untuk beraksi perlawanan kedua ini menentang pasukan Somali 1 dari komuniti pelarian Somalia dari Gombak.

bergambar bersama pemain-pemain Somalia

Kali ini pihak Muslim Aid mengimport 3 orang anak ASDAF untuk turut serta dalam pasukan Muslim Aid FC. Ada beberapa sukarelawan yang tidak dapat hadir kerana masih di kampung halaman dan ada juga yang tidak sihat.

Pertandingan La Liga UNHCR ini telah memberi peluang kepada komuniti pelarian untuk bersama-sama bersukan dan berkomunikasi dengan warga tempatan. Hal ini dapat memupuk kerjasama untuk membantu meningkatkan taraf hidup warga pelarian. Alangkah bagusnya sekiranya mereka diberi peluang untuk terlibat dengan sukan di negara kita. Sudah pasti dapat memberi saingan yang sihat kepada warga tempatan tidak kira diperingkat daerah hingga ke peringkat nasional.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, September 9, 2010

Sumbangan Food Aid di Sekitar Sg Dua, Gelugor, Pulau Pinang


Lokasi: Sekitar Sg Dua, Gelugor Pulau Pinang
Tarikh: 8 September 2010
Program: Ramadhan Food Aid

Alhamdulillah, lagi 2 hari untuk ketibaan hari raya Eidilfitri, saya bersama sahabat saya, saudara Effuan sempat mengagihkan bantuan food aid ke beberapa buah rumah di sekitar Sg Dua, Gelugor Pulau Pinang. Sumbangan food aid ini merupakan antara pemberian fidyah kepada pejabat Muslim Aid. Pengagihan bermula sekitar jam 2.30 petang kepada keluarga miskin yang terdiri daripada orang tempatan dan juga pelarian Rohingya. InsyaAllah esok (9 September 2010) adalah masa terakhir untuk pengagihan food aid kepada mereka yang memerlukan di sekitar Pulau Pinang.


sumbangan diberikan kepada keluarga yang memerlukan di Jalan Helang, Sg Dua

bersama salah seorang pelarian yang baru mendapat cahaya mata di Hospital Pulau Pinang

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, September 8, 2010

Fast 2 Feed di Gelugor, Pulau Pinang



Lokasi: Restoren Kampungku, Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh: 7 September 2010
Program: Fast 2 Feed

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed di Gelugor berjalan dengan lancar dengan 10 buah keluarga ditaja berbuka puasa dan telah mendapat bantuan food aid dan duit raya. Program di Gelugor ini diuruskan oleh sukarelawan Muslim Aid, saudara Khairul Ali yang merupakan pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

sementara menunggu masa berbuka

warga tua dan fakir miskin


penerima mewakili keluarga ibu tunggal

Tamat sudah program Fast 2 Feed bagi Ramadhan 1431H, tahun 2010 dan pihak Muslim Aid mengucapkan tahniah kepada semua dermawan, sukarelawan dan individu-individu yang terlibat dalam menjayakan program Fast 2 Feed ini. Semoga Allah memberkati usaha yang baik ini, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, September 7, 2010

Fast 2 Feed di Gunung Semanggol, Perak


Lokasi: Kampung Tebuk Matau, Gunung Semanggol, Perak
Tarikh: 5 Sept 2010
Program: Fast 2 Feed

Alhamdulillah, lagi sebuah program Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia selesai disempurnakan di Kampung Tebuk Matau, Gunung Semanggol Perak. 10 buah keluarga fakir dan miskin yang terpilih telah mendapat bantuan food aid dan juga duit raya hasil dari pengumpulan dana Fast 2 Feed yang dijalankan pada awal bulan Ramadhan.

Program Fast 2 Feed di Gunung Semanggol diuruskan oleh sukarelawan Muslim Aid, en Aznan Hj Hamad yang juga menetap di Kampung Tebuk Matau. Bagi majlis berbuka puasa, lebih 150 orang telah hadir bagi memeriahkan program Fast 2 Feed dan di sini Muslim Aid berpeluang untuk memperkenalkan gerak kerja Muslim Aid kepada penduduk kampung. Penduduk kampung memberi respon yang baik apabila mendapat tahu tentang program Qurban For Life (Q4L) dimana daging qurban ini ditinkan sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan.


sumbangan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan

wajah gembira menerima food aid dan duit raya

wakil sukarelawan Muslim Aid, en Aznan Hj Hamad bersama ketua kampung Tebuk Matau, Pakngah Hashim

bersama ketua kampung Pakngah Hashim

sesi berbuka puasa

Program Fast 2 Feed seterusnya akan berlangsung di Gelugor Pulau Pinang pada petang ini (7 September 2010) dimana 10 buah keluarga juga telah dipilih untuk diberi sumbangan food aid dan juga duit raya. Seperti biasa pihak Muslim Aid merakamkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang untuk program Fast 2 Feed anjuran Muslim Aid ini. Semoga usaha murni ini mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, September 5, 2010

Fast 2 Feed 2010 di Sungai Ara Pulau Pinang


Lokasi: Pak Husin Tomyam, Sungai Ara Pulau Pinang
Tarikh: 4 September 2010
Program: Fast 2 Feed

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed kini sudah berlangsung di Pulau Pinang dengan 10 buah keluarga telah menerima sumbangan food aid dan berbuka puasa. Program Fast 2 Feed di Sg Ara ini sudah masuk tahun kedua dan kali ini berlangsung di restoren Pak Husin Tomyam.

Program bermula jam 6.30 dengan ucapan dari wakil sukarelawan Muslim Aid dan saya sendiri sebelum majlis penyerahan sumbangan food aid dan duit raya. Program selesai selepas majlis berbuka untuk memberi laluan kepada solat Maghrib.

pemberian food aid kepada wakil keluarga fakir miskin

bersama sukarelawan Muslim Aid, en Zali

Pihak Muslim Aid sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang untuk program Fast 2 Feed. Sememangnya pada perancangan asal, hanya 3 lokasi sahaja dipilih untuk program Fast 2 Feed ini. Namun begitu dengan respon yang cukup memberangsangkan, program Fast 2 Feed ini telah berkembang ke lebih dari 10 lokasi di seluruh Malaysia dan hampir 1000 warga yang memerlukan mendapat manfaat daripada program ini. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memberkati para dermawan juga individu-individu yang telah memberi sokongan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Pengagihan food aid kepada golongan pengemis dan fakir miskin sekitar Pulau Pinang


Lokasi: Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
Tarikh: 4 September 2010

Masa: 4.45 petang

Program: Pengagihan food aid kepada golongan pengemis dan fakir miskin sekitar Pulau Pinang


Alhamdulillah, program Pengagihan Food Aid Kepada Golongan Pengemis dan Fakir Miskin di Sekitar Pulau Pinang berjalan dengan lancar. Program bermula jam 4.45 petang di Masjid Kapitan Keling dengan kehadiran 5 orang sukarelawan Muslim Aid yang semuanya dari golongan sukarelawan dan seorang masih menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Hampir 150 tin Qurban For Life diagihkan beserta dengan 100 buah buku roti benggali diagihkan kepada hampir 150 orang golongan pengemis dan fakir miskin di situ.

Assessment yang dilakukan sebelum ini mendapati kebanyakan pengemis dan fakir miskin dari kalangan orang-orang tempatan serta pelarian akan sentiasa berlegar di perkarangan Masjid Kapitan Keling untuk mengharap simpati orang ramai. Tidak sampai 15 minit kesemua food aid sudah habis diagihkan kepada mereka yang memerlukan.

pasukan sukarelawan Muslim Aid bersedia dengan kotak daging qurban dan roti benggali

pengagihan dilakukan untuk mereka yang memerlukan

salah seorang pengemis di Masjid Kapitan Keling

food aid diagihkan kepada hampir 150 orang yang memerlukan


semuanya habis!

bergambar di Masjid Kapitan Keling dahulu sebelum pulang

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang melalui Muslim Aid terutama pada bulan Ramadhan ini dan juga ketika musim Qurban Eidiladha. Semoga dengan sumbangan anda semua, maka lebih ramai golongan yang memerlukan dapat dibantu dan moga usaha ini mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, September 2, 2010

Fast 2 Feed ep 3 di Politeknik Tuanku Sirajjuddin, Perlis


Lokasi: Pauh Inn, Politeknik Tuanku Sirajjuddin, Perlis
Tarikh: 1 September 2010
Program: Fast 2 Feed

Alhamdulillah, sebuah lagi program Fast 2 Feed sudah selesai dijalankan dan kali ini di Politeknik Tuanku Sirajjuddin, Perlis dengan kerjasama kelab Clickers. Seramai 41 orang anak-anak yatim dan miskin dari Pertubuhan Anak-anak Yatim Perlis telah hadir dan telah ditaja untuk berbuka puasa. Program kali ini nampak lebih menarik kerana berlangsung di hotel Pauh Inn dan pelbagai jenis makanan telah dihidangkan dengan kos yang amat minima.

Cik Junniza, salah seorang sukarelawan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, juga pensyarah di Politeknik Perlis ini berperanan merancang dan memastikan program Fast 2 Feed ini berjalan dengan lancar. Program bermula jam 6 petang, diikuti dengan ucapan serta pemberian hamper dan duit raya kepada anak-anak yatim dan miskin dan kemudian berbuka puasa ringan sebelum menikmati juadah sepenuhnya selepas solat Magrib.



penderma bermesra dengan anak yatim

pelbagai jenis juadah dihidangkan

anak-anak yatim dari Pertubuhan Anak Yatim Perlis

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang bermurah hati menaja anak-anak yatim dan miskin ini untuk berbuka puasa dan mendapat duit raya. InsyaAllah program seterusnya akan berlangsung di Sg Ara Pulau Pinang pada 4 September 2010 dimana 10 buah keluarga miskin telah taja untuk berbuka puasa serta diberi duit raya dan bantuan food aid. Semoga para dermawan dan mereka yang telah memberi sokongan dimurahkan rezeki dan diberkati Allah Taala.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...