About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Saturday, October 31, 2009

Rakaman RTM 1 di Pejabat Muslim Aid


Semalam seharian RTM 1 membuat rakaman di pejabat Muslim Aid. Kali ini adalah untuk rancangan Fitrah Kasih yang akan disiarkan pada Khamis minggu hadapan, 5 November 2009 jam 3 petang. Rancangan Fitrah Kasih kali ini akan menyiarkan tentang aktiviti sukarelawan Muslim Aid dan sumbangan daging qurban Q4L kepada golongan yang memerlukan.


Azmira mendengar nasihat dari krew RTM

rakaman di Gombak untuk aktiviti kesukarelawan

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, October 29, 2009

Muslim Aid bersama Pelajar SMK Jelai (F)

Hari ini Muslim Aid telah ke SMK Jelai (F) untuk memperkenalkan semangat kesukarelawan di kalangan anak-anak Felda. Pihak sekolah telah mengadakan Hari Graduasi dan telah dihadiri oleh pelbagai NGO dan agensi di seluruh Malaysia. Lebih dari 50 pelajar SMK Jelai (F) telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Muslim Aid. Kesediaan mereka untuk bergiat dalam sukarelawan ini seharusnya menjadi contoh kepada golongan remaja zaman sekarang.

Amir memperkenalkan Muslim Aid kepada pelajar-pelajar

sukarelawan nombor dua telah sertai Muslim Aid dari SMK Jelai (F)


pelajar menunggu giliran untuk mengisi borang

ahli kadet bomba juga turut serta

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, October 27, 2009

Isu Rohingya Mendapat Perhatian di Majalah Al-Islam


Majalah Al-Islam bulan November 2009 ada mengeluarkan sebuah artikel yang cukup menarik tentang isu perkahwinan dikalangan masyarakat Rohingya. Masalah timbul kerana tiadanya pengurusan perkahwinan yang teratur untuk golongan pelarian ini. Alhamdulillah wartawan Shamsinor dari Al-Islam dengan ideanya telah berusaha mendapatkan maklumat tentang Rohingya ini bukan sahaja di Rumah Anak Yatim dan Tahfiz Rohingya di Selayang, tetapi juga di UNHCR dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Semoga isu perkahwinan ini dapat diselesaikan dengan kerjasama agensi yang terbabit.

muka dalam majalah Al-Islam November 2009

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, October 23, 2009

Qurban For Life tiba di Iraq


Alhamdulillah, hari ini kami telah menerima laporan tentang pengagihan daging qurban dalam tin Qurban For Life (Q4L) di Iraq. Daging Q4L ini telah diagihkan kepada masyarakat miskin dan susah di Iraq yang kebanyakannya merupakan mangsa konflik perang. Hampir 35,000 tin daging Q4L telah diagihkan kepada saudara kita di Iraq pada bulan Ramadhan 1430 yang lepas. Kini program Q4L telah kembali lagi dengan harga yang sama iaitu 1 bahagian bersamaan RM350 yang merangkumi seekor kambing, penyembelihan, proses, pengetinan dan pengagihan ke destinasi yang memerlukan di dalam dan luar Malaysia. Pada yang berminat untuk sertai program Q4L ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

penerima daging Q4L perasa brine

Boleh layari website Qurban For Life untuk maklumat lanjut
www.qurbanforlife.com

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, October 22, 2009

Mungkinkah Selesai Isu Rohingya di Malaysia?

Semasa ziarah ke rumah anak yatim Rohingya dua hari lepas, kami terserempak dengan sebuah keluarga iaitu seorang ibu dan tiga orang anak di dalam rumah kebajikan tersebut. Ibu tersebut telah memberitahu Ustaz Hashim (pengetua rumah anak yatim Rohingya) ini bahawa suaminya telah ditangkap oleh pihak berkuasa. Walaupun dokumen lengkap dari UNHCR, tetapi masih ditahan. Dan penahanan ini tidak tahu sampai bila.

Kebetulan saya juga berada di situ hanya mampu diam. Anak yang didukungnya masih kecil mengingatkan saya kepada anak saya sendiri di rumah. Sebak rasanya andai kejadian sebegini berlaku kepada diri sendiri. Anak sulungnya yang berusia empat tahun akan ditinggalkan di rumah kebajikan Rohingya ini. Ibu mereka hanya bekerja sebagai pembantu jual sayur di Pasar Borong Selayang dan tidak mampu untuk menyara tiga orang anaknya. Seorang terpaksa dilepaskan kepada jagaan Ustaz Hashim.

Isu pelarian Rohingya di Malaysia sememangnya kurang mendapat sambutan, lagi-lagi mereka bukanlah berbangsa Melayu. Tetapi harus kita ingat bahawa mereka juga beragama Islam, malahan mereka juga adalah manusia yang sepatutnya layak menerima kemudahan-kemudahan asas seperti peluang belajar di sekolah yang telah dinikmati oleh masyarakat yang lain.

Justeru itu, sama-sama kita muhasabah diri, kiranya kita nampak mereka bersedekah di tepi jalan, janganlah terus kita letakkan tanggapan bahawa mereka adalah sindiket. Mereka tiada pilihan. Mereka tidak dibenarkan kerja, mereka tidak dibenarkan ke sekolah. Mereka cuma dibenarkan masuk ke Malaysia atas tiket pelarian sahaja. Sudah tiada pilihan lain dan ini boleh dianggap menyekat hak asasi manusia. Dalam Islam sendiri sudah mengatakan kita perlu adil kepada semua tidak kira agama atau bangsa. Dan saya percaya agama lain turut bersependapat demikian. Sama-samalah kita ikhtiarkan.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, October 21, 2009

Sumbangan untuk warga Rohingya di Selayang


Semalam saya berkesempatan ke Selayang untuk ziarah warga anak yatim dan miskin yang terdiri dari masyarakat Rohingya. Ziarah ini adalah susulan dari usaha seorang penderma tempatan yang tinggal di Melbourne Australia. Usahanya dalam mengutip derma dikalangan masyarakat Islam di Melbourne melalui Madrasah al-Muhajirin pada 6 September 2009 yang lalu telah berjaya mengumpul sebanyak AU$825. Di samping itu, mereka juga telah mengumpulkan duit interest (riba) dari akaun masing-masing untuk diberikan kepada warga Rohingya. Duit interest ini dapat dikumpul sebanyak RM600.

En Fairuz yang mewakili warga Muslim dari Melbourne menyampaikan sumbangan kepada Ustaz Hashim

sedikit perbincangan

anak-anak warga Rohingya bersama barang-barang sumbangan

Menurut Ustaz Hashim iaitu pengetua kepada Rumah Anak Yatim Rohingya ini, wang sumbangan tersebut akan digunakan untuk membaiki wiring rumah kebajiikan tersebut. Pihak Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia pula telah menghantar daging qurban Q4L, telekung dan baju kurung yang juga telah disumbangkan oleh orang ramai melalui Muslim Aid. Semoga usaha baik ini dapat meringankan beban saudara kita, insyaAllah.

Info tentang Rohingya di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, October 12, 2009

Ramli Sarip dan Pyan Habib bersama Muslim Aid


Golongan seni juga tidak ketinggalan untuk bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dalam misi kemanusiaan membantu mereka yang memerlukan. Ramli Sarip dan Pyan Habib sempat melawat pejabat Muslim Aid baru-baru ini. Di dalam blog Pyan Habib sendiri telah bantu untuk promosikan Muslim Aid serta program Qurban For Life (Q4L). InsyaAllah dengan sokongan dari golongan seni ini, lebih ramai orang akan prihatin dalam membantu saudara kita yang kurang bernasib baik.

Ramli Sarip dan Pyan Habib

*Gambar dipetik dari blog Pyan Habib

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, October 9, 2009

Program CSR Memories Entertainment di ASDAF


Sebuah syarikat Event Management iaitu Memories Entertainment telah datang ke ASDAF untuk bersama-sama dengan anak-anak ASDAF. Mereka tiba di ASDAF jam 3 petang dan bermesra dengan permainan indoor. Di sebelah petangnya pula sumbangan barangan dapur dan juga duit raya telah diberikan kepada anak-anak ASDAF ini. Pihak Muslim Aid mengucapkan tahniah kepada cik Syafriza kerana telah mengusahakan program ini di ASDAF.

cik Syafriza menyampaikan sumbangan duit raya kepada anak-anak ASDAF

staff Memories Entertainment bersama anak-anak ASDAF

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, October 7, 2009

Katil Hospital telah tiba Rumah Titian Kaseh



Sebuah katil hospital yang bernilai lebih RM2000 telah disumbangkan kepada Rumah Titian Kaseh untuk kegunaan warga emas. MakPah iaitu penjaga di Rumah Titian Kaseh mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid ) atas sumbangan katil hospital tersebut dan pihak Muslim Aid sendiri mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah menyalurkan sumbangan melalui Muslim Aid.

Dengan lebih banyak sumbangan ke Muslim Aid, lebih ramai golongan yang memerlukan dapat kita bantu bersama. Semoga sifat murah hati golongan penderma ini mendapat ganjaran besar di akhirat kelak, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Tuesday, October 6, 2009

Pokok Timun Jepun Dah Keluarkan Hasil!


Semalam saya sempat menelefon ibu saya di Pulau Pinang untuk bertanyakan khabar dan alhamdulillah semua dalam keadaan sihat. Ibu saya juga ada beritahu pokok timun jepun yang saya tanam semasa kelahiran anak saya Muhammad Ali juga sudah mengeluarkan hasil! (kitchen garden di rumah) MasyaAllah, sungguh besar sekali timun jepun tersebut. Adik saya telah kirimkan mms gambar pokok tersebut. Hasil pokok terung dan bendi masih kecil.

Di sini saya ada ceritakan cara untuk menanam timun jepun. Klik sini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, October 4, 2009

ASDAF di Desa Water Park


Semalam pelajar-pelajar pendidikan jarak jauh dari Universiti Utara Malaysia telah membawa anak-anak ASDAF ke Desa Water Park. Kumpulan pelajar ini menjalankan program kemasyarakatan dan telah memilih Asrama Darul Falah sebagai sasaran mereka.

Program bermula seawal jam 8 pagi, apabila semua anak-anak ASDAF bersama pelajar-pelajar UUM berkumpul di perkarangan parking kereta ASDAF untuk sesi taklimat. Konvoi ke Desa Water Park bermula jam 8.30 pagi dan tiba di sana jam 9 lebih. Anak-anak ASDAF dibahagikan kepada 4 buah kumpulan. Acara seperti sukaneka turut diadakan. Selepas berkelah di Desa Water Park, mereka ke Kajang untuk menikmati juadah seafood.


sesi taklimat

dibahagikan dalam kumpulan

melukis logo

acara sukaneka

acara bebas

anak-anak ASDAF begitu gembira sekali

pelajar-pelajar UUM

sekeluarga turut serta:)

Muhammad bin Kamarulazizi

Friday, October 2, 2009

Gempa Padang Appeal!

Assalamualaikum my brothers and sisters,

A powerful 7.6 magnitude earthquake rocked the city of Padang, capital of the West Sumatra province in Indonesia on Wednesday night. The death toll currently stands at 529, with hundreds more believed to be trapped under the rubble of homes, schools and hospitals. Continuing heavy rain has triggered further landslides, threatening to increase the death toll.

Hundreds of people have been seriously injured and rescue teams continue to find survivors under the debris. However with severely affected telephone communications, the extent of the destruction is yet to be determined. A second earthquake which hit Sumatra Island today, created further panic and hampered the already fragile relief efforts.

Muslim Aid emergency relief teams are currently on the ground carrying out essential needs assessments. We are liaising with UN relief agencies to co-ordinate an emergency response alongside our teams, and hundreds of volunteers have been mobilised for action.

Head of Emergency Programmes at Muslim Aid, Mohammed Bali said, “People are in urgent need of your support. Our priority is to provide clean water, food and temporary shelter to the survivors of the earthquake. Funds are urgently needed to distribute emergency relief so we can continue to save lives. Your donations are urgently needed.”

Donate now at CIMB 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia). Every contribution are entitle for tax exemption (Rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487). Kindly fax or email us your full name, contact number and mailing address for the tax exemption receipt. You may contact our office at +603-22881996 for more info.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Malaysia Humanitarian Foundation

Thursday, October 1, 2009

Gift For Life Adik Firdaus



Alhamdulillah, hari ini selesai pembedahan katarak untuk adik Firdaus. Pembedahan adik Firdaus yang berumur 4 tahun ini dijalankan di Klinik Pakar Mata Shukri dan Singh Jalan Ipoh. Dato Dr Shukri sendiri telah menaja pembedahan katarak adik Firdaus dan pihak Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah menaja ubat bius yang dianggar bernilai lebih RM2000. Keluarga En Fadil mengucapakan amat terharu dan mengucapkan terima kasih kepada penderma-penderma yang prihatin yang telah menyumbang untuk pembedahan katarak melalui katalog amal Muslim Aid.

keluarga En Fadil bersedia untuk pembedahan


memakai baju untuk pembedahan


selepas selesai pembedahan

keluarga En Fadil bersama pasukan doktor selepas pembedahan

Butiran tentang keluarga En Fadil dan adik Firdaus di sini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...