About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, January 29, 2009

Muslim Aid: Status Terkini Bantuan Ke Gaza



Alhamdulillah dengan sumbangan orang ramai kepada rangkaian Muslim Aid, ramai mangsa di Gaza telah mendapat bantuan makanan, perubatan, bekalan air bersih dan juga ORS (Oral Rehydration Salt). Report terkini yang telah kami terima, lori bantuan yang membawa 50 mesin pembersihan air 10 juta unit tablet air dan 220 000 paket ORS sudah berada di Rafah, menunggu giliran untuk memasuki Gaza. Rangkaian Muslim Aid bekerjasama dengan GlobalMedic dalam menyalurkan bantuan air bersih ini. Ikuti video diary salah seorang staff Muslim Aid, Abdi-Qani Hussain, (Pegawai Kecemasan dan Program Khas) di sempadan Rafah.

Bantuan kemanusiaan akan sentiasa disalurkan secara berterusan kepada Gaza dalam tiga bentuk iaitu bantuan makanan, ubat-ubatan dan bekalan sumber air bersih. Alhamdulillah, sehingga kini selain dari bantuan air bersih, rangkaian Muslim Aid juga telah menghantar 2 buah ambulan, 3 orang doktor serta 2 buah lori yang sarat dengan ubat-ubatan ke Gaza. Bantuan makanan juga telah dihantar kepada lebih 2000 orang mangsa konflik di Gaza.

Kami di Yayasan Kamusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) masih mengalu-alukan sumbangan untuk membantu mengurangkan penderitaan saudara kita di Gaza. Kini, setiap sumbangan yang disalurkan, pihak YKMAM akan menyediakan resit untuk pengecualian cukai.

Setiap sumbangan boleh disalurkan ke
Bank CIMB: 1422-0000070-10-8 atas nama (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
Sila kepilkan sekali slip pembayaran beserta dengan
nama penuh:
alamat rumah:
nombor telefon:
Untuk sumbangan melebihi RM5000, sila sertakan sekali nombor kad pengenalan.

Setiap sumbangan, kami akan poskan resit yang dapat digunakan untuk pengecualian cukai. Semoga dengan sumbangan kita ini mendapat keberkatan dariNya. Anda juga boleh bantu untuk menghebahkan email ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara.


Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pejabat YKMAM di 03-2282 1996 atau 03-2288 1996.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Wednesday, January 28, 2009

ASDAF: Berkelah di Ulu Yam


Alhamdulillah semalam saya berkesempatan bersama anak-anak ASDAF berkelah di Ulu Yam. Cuti panjang raya cina ini memang saya gunakan sebaiknya untuk berehat. Kami bertapak di P2 Ulu Yam, sungainya agak bersih, boleh lihat sehingga ke permukaan pasir. Udara pun bersih dan tak bergitu ramai pengunjung. Kami tiba Ulu Yam jam 9.30 pagi.

Kaksu dan Kak Sulis datang bawa nasik bersama ayam goreng dan gulai bendi untuk makan tengahari. Kami pulang jam 2 selepas makan tengahari.

dalam bas ke Ulu Yam

Kaksu memberi arahan

mandi manda


Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Friday, January 23, 2009

My Kitchen Garden: Tanam Anak Pokok


Lokasi: Kitchen Garden ASDAF
Tarikh: 22 Jan 09
Masa: 5pm

Alhamdulillah semalam saya berkesempatan untuk menanam anak-anak pokok labu, bayam, bendi, kacang botol, kancang panjang bersama anak-anak ASDAF. Tanah di batas digemburkan sebelum memasukkan anak-anak pokok ini.

Projek My Kitchen Garden ini merupakan salah sebuah projek Muslim Aid Asia yang bertujuan untuk mengurangkan kos makanan rumah kebajikan ASDAF disamping mendidik anak-anak ASDAF ini tentang penanaman lestari (sustainable agriculture) dan khasiat sayur-sayuran.

Kitchen Garden sebelum ini telah menghasilkan sayur-sayuran seperti kacang panjang, sawi, bayam, kailan, petola, cili padi, serai dan pelbagai lagi.

Faizlan, Fadhilah dan Amirul

anak-anak ASDAF bergotong-royong

menanam anak-anak pokok

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muslim Aid Asia

Sunday, January 18, 2009

COMPLETE: Save The Palestinians


Lokasi: Bangsar Sport Complex dan Bukit Bintang
Tarikh: 18 Jan 09

Masa: 9am-4pm


Alhamdulillah hari ini selesai salah satu agenda utama COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS (COMPLETE), yang merupakan gabungan lebih 50 NGO di seluruh Malaysia yang bersatu menentang pengeboman Zionis ke atas rakyat Palestine di Gaza.

Kempen kesedaran ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang ramai, tentang konflik yang berlaku di Gaza. Apa yang berlaku di Gaza ini bukanlah hanya isu Islam dan Yahudi, tetapi tentang isu kemanusiaan, di mana pihak Zionis telah menyebabkan kematian ribuan kanak-kanak, kaum wanita dan warga tua. Disamping itu bertujuan untuk menekan kerajaan Malaysia untuk bertindak dengan lebih efektif dalam menangani isu Gaza ini.

di dalam Bangsar Sport Complex

booth Muslim Aid

booth JIM

persembahan dari pelajar sekolah

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (YKMAM) juga merupakan salah satu NGO yang telah bersama-sama COMPLETE. YKMAM telah berkongsi pengalaman rangkaian Muslim Aid dalam menyalurkan bantuan kepada masyarakat Gaza. Antara NGO dan agensi yang terlibat ialah JIM, MSRI, MPF, PACE, RMC, dan kumpulan gereja dan pelbagai lagi.


RMC bersedia untuk gempur Bukit Bintang

Pada sebelah tengahari, sukarelawan dari pelbagai NGO telah menggempur KL, dan sekitar Selangor seperti KLCC, Bukit Bintang, Putrajaya dan Pasar Seni dengan menyebarkan risalah tentang situasi di Gaza. Semoga dengan usaha ini, lebih ramai akan sedar tentang kesengsaraan saudara kita di Gaza, dan bersama-sama mengambil inisiatif untuk bertindak, tidak kira sumbangan wang ringgit, atau memboikot barangan yang menaja Israel atau cara-cara yang lain.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

Muslim Aid Asia



Friday, January 16, 2009

Anak-anak ASDAF dan Gaza


Semalam saya telah ke ASDAF untuk menjaga kelas ujian Bahasa Inggeris. Semalam, malam ini dan esok petang ASDAF akan menjalani ujian Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, matematik, pendidikan agama Islam dan sains. Ujian ini bertujuan untuk mengetahui tahap pembelajaran anak-anak ASDAF.

semua menonton klip Gaza melalui youtube

Saya sempat berkongsi dengan anak-anak ASDAF mengenai situasi di Gaza. Walaupun mereka juga dikalangan golongan asnaf, mereka juga amat simpati kepada saudara gi Gaza. Bertalu-talu soalan yang mereka tanya kepada saya. Walaubagaimanapun, saya mengajak anak-anak ASDAF untuk bersama-sama doa kesejahteraan saudara kita di Gaza, amin.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muslim Aid Asia

Wednesday, January 14, 2009

Bantuan Makanan untuk Gaza


Alhamdulillah, bantuan makanan telah dapat disalurkan kepada masyarakat Gaza melalui NGO Gaza tempatan iaitu Families Relief Palestines. Sebanyak 320 bungkusan makanan telah disalurkan untuk mangsa di Gaza.

Kami di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia masih menerima sumbangan orang ramai untuk Tabung Kemanusiaan Gaza. Kami bersyukur dengan sumbangan yang amat memberangsangkan. Sumbangan ini akan disalurkan melalui Muslim Aid Australia dan terus kepada NGO tempatan di Gaza.




Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996, 03-2282 1996 (Muhammad). Sumbangan tunai akan disalurkan terus ke Muslim Aid Australia, dan pihak Muslim Aid Australia akan menguruskan sumbangan tersebut dengan bantuan makanan dan ubatan bersama organisasi tempatan di Palestin. 100% sumbangan tunai akan disalurkan untuk masyarakat Palestin.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke Tabung Kemanusiaan Gaza di

CIMB Bank: 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
atau
EON Bank: 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd)

Sila pos/faks/emailkan slip pembayaran kepada pejabat Muslim Aid Asia tujuan sumbangan untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza.

Pembayaran online di sini

Muslim Aid Asia
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Faks: 032288 1966
Email: mail@muslimaidasia.com

Semoga dengan usaha dan sumbangan kita ini, dapat meringankan beban saudara kita di Gaza, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Muslim Aid Asia

Monday, January 12, 2009

Ziarah dan Sumbangan Untuk Keluarga En Fadil


Lokasi: Flat Sri Pahang
Tarikh: 12 Januari 2009
Masa: 10.30am

Alhamdulillah hari ini Muslim Aid Asia dapat menyalurkan sumbangan untuk En Fadil sekeluarga. Kami bersyukur kerana mendapat respon yang bagus sejak berita tentang keluarga En Fadil ini disiarkan dalam blog saya bulan lepas. Kali ini dengan hasil sumbangan orang ramai, untuk tabung OKU Muslim Aid Asia, kami dapat menghantar barangan mentah seperti beras, minyak masak, ikan bilis, vitamin C, telur, bawang kecil, susu tepung, susu pekat dan air Musoffa (menurut En Fadil, dengan titisan air Musoffa, alhamdulillah penglihatan anaknya dapat menjadi terang sedikit).

En Fadil dan isterinya Pn Norasmawati merupakan OKU penglihatan. Mereka mengharapkan jualan tisu pada siang hari untuk menampung keperluan sekeluarga. En Fadil dan isterinya dikurniakan dua orang anak iaitu Nur Ain, 4 tahun dan Firdaus, 3 tahun. Kedua dua anaknya ini juga mengalami masalah penglihatan, dan telah disahkan bahawa Firdaus kini mengidap katarak.


sumbangan bahan-bahan keperluan

Eyta bersama Nur Ain

En Fadil begitu bersungguh-sungguh untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Walaupun dengan penglihatan yang hanya 15% nampak, ia tidak menghalang untuk En Fadil dan isteri untuk terus menjual tisu di kawasan Chow Kit dan sekitar. Menurutnya lagi, buat masa ini hanya dengan menjual tisu sahaja mereka dapat peroleh pendapatan.

En Fadil dan isterinya berharap untuk memulakan perniagaan kecil, seperti menjual surat khabar, prepaid, gula-gula, dan mereka berdua amat memerlukan sebuah tapak stall perniagaan. Kawasan yang pernah dipohon oleh En Fadil seperti di Putra LRT, KL Sentral tetapi tidak mendapat respon yang memberangsangkan.

saya, Amir bersama keluarga En Fadil

Kami di Muslim Aid Asia berharap kepada pembaca blog ini, yang ingin membantu En Fadil untuk memulakan perniagaan, agar dapat menghubungi kami di 03-2288 1996. Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, juga boleh hubungi saya di nombor tersebut. Jutaan terima kasih juga pada sukarelawan Muslim Aid Asia, Nizam dan Eyta juga pada penaja yang telah membantu memberi maklumat dan telah membantu mendapatkan barangan sumbangan ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia



Friday, January 9, 2009

Dua Lori Perubatan Tiba di Gaza

Alhamdulillah, dua buah lori yang membawa bekalan perubatan telah dibenarkan masuk ke Gaza. Rangkaian Muslim Aid telah bekerjasama dengan Doctors Worldwide dan Arab Medical Union sejak beberapa bulan yang lepas. Kini pihak Israel sudah membenarkan bantuan kemanusiaan untuk masuk ke perkarangan Gaza untuk tiga jam setiap hari.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Muslim Aid Asia di

EON Bank: 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
atau
CIMB Bank: 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)

Sila pos/faks/emailkan slip pembayaran kepada pejabat Muslim Aid Asia tujuan sumbangan untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza.

Pembayaran online di sini

Muslim Aid Asia
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Faks: 032288 1966
Email: mail@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi
muhammad@muslimaidasia.com
Muslim Aid Asia

Thursday, January 8, 2009

Update: Qurban For Life 08 (Q4L08)


Dalam kesibukan untuk bantuan kemanusiaan Gaza ini, saya sempat menerima update terkini tentang Q4L08 dari Muslim Aid Australia. Alhamdulillah hampir 10,000 ekor kambing biri-biri telah disembelih pada Hari Raya Qurban dan hari-hari tasyrik dan telah diproses di Ararat,Victoria, Australia. Pada peringkat sekarang, daging-daging qurban ini kini berada di Pertima Terengganu setelah tiba di Pelabuhan Klang Ahad lepas dan daging ini akan dimasak dan ditinkan.

Untuk Q4L08 kali ini, daging akan dimasak dengan dua resipi iaitu, masak kari dan masak brine. Proses untuk masak dan pengetinan ini akan mengambil masa lebih kurang sebulan. Daging Q4L08 ini akan dihantar untuk pelarian Palestin, serta negara yang mengalami konflik makanan seperti di negara-negara Afrika dan juga Yaman. Daging bagi seekor kambing biri-biri Q4L08 yang sudah ditinkan ini insyaAllah dapat memberi bekalan makanan selama sebulan untuk sebuah keluarga. Semoga setiap penyertaan Q4L ini mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.

daging yang sedang diproses

daging yang siap dibungkus

bungkusan daging yang akan dihantar ke Pertima Terengganu



Muhammad bin Kamarulazizi
Muslim Aid Asia

Tuesday, January 6, 2009

Update Bantuan Kemanusiaan Gaza


Kini fasa kedua serangan ke atas Gaza sedang rakus dijalankan oleh regim Zionis, dengan serangan darat mula masuk ke Gaza sejak hari Sabtu (3 Desember 2009) yang lepas. Lebih 500 orang terkorban, lebih 2,300 cedera parah dan hampir 13,000 telah kehilangan tempat tinggal.

Serangan puak Zionis seolah-olah tiada kesudahan, dan angka kematian dilihat kian meningkat. Bantuan kemanusiaan semakin amat diperlukan di mana Gaza yang mempunyai 1.5 juta penduduk mengalami kekurangan sumber makanan, air, elektrik dan minyak. Kumpulan perubatan terpaksa bergerak dalam keadaan bahaya di hospital dan klinik. Bantuan perubatan dari luar masih tersekat di sempadan Gaza.

Rangkaian Muslim Aid telah menghantar bantuan kemanusiaan di Palestin melaui kerjasama dengan organisasi tempatan Palestin sejak dua dekad yang lalu. Melalui kerjasama ini juga, bantuan dalam bentuk bungkusan makanan telah dihantar kepada mangsa keluarga dan ubat-ubatan ke hospital dan klinik sejak konflik bermula minggu lepas.

Organisasi Tempatan Gaza yang bekerjasama dengan Rangkaian Muslim Aid

Palestine Trauma Centre
Rangkaian Muslim Aid telah member sokongan kepada Palestine Trauma Centre (Pusat Trauma Palestin) dimana pusat ini menyediakan perkhidmatan psikologi, social dan servis kesihatan kepada mangsa-mangsa trauma kesan daripada kecederaan, dan kematian ahli keluarga, atau kemusnahan tempat tinggal dan tempat kerja.

Projek di sini akan merangkumi rawatan psikologi untuk mangsa dan juga kaunseling untuk mangsa keluarga. Pamplet pendidikan juga akan diagihkan untuk memberi tunjuk ajar serta cara-cara untuk berhadapan situasi yang sulit ini. Bungkusan makanan juga akan diagihkan kepada Pusat Trauma Palestin.

Projek ini akan dilaksanakan melalui dua unit, satu di Bandar Gaza di sebelah utara dan sebuah lagi di Hospital Al-Aqsa yang dapat menampung 200 buah keluarga.

Families Relief
Rangkaian Muslim Aid telah bekerjasama dengan Families Relief dengan mengagihkan 320 bungkusan makanan kepada mangsa keluarga di sepanjang Gaza. Setiap bungkusan makanan mempunyai minyak masak, gula, beras, teh, keju, kekacang dan manisan yang mampu digunakan selama sebulan.

Kerjasama dengan organisasi lain
- National Association for Development
- Nour El Marifa El Khairia Association
- UNRWA

Pada yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996, 03-2282 1996 (Muhammad). Sumbangan tunai akan disalurkan terus ke Muslim Aid Australia, dan pihak Muslim Aid Australia akan menguruskan sumbangan tersebut dengan bantuan makanan dan ubatan bersama organisasi tempatan di Palestin. 100% sumbangan tunai akan disalurkan untuk masyarakat Palestin.

Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Muslim Aid Asia di
EON Bank: 0518-11-000311-5 (Muslim Aid Asia Sdn Bhd)
atau
CIMB Bank: 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
Sila pos/faks/emailkan slip pembayaran kepada pejabat Muslim Aid Asia tujuan sumbangan untuk Bantuan Kemanusiaan Gaza.

Pembayaran online di sini

Muslim Aid Asia
8-1-2 Menara Mutiara Bangsar,
Jalan Liku,
59100 Kuala Lumpur
Faks: 032288 1966
Email: mail@muslimaidasia.com

Muhammad bin Kamarulazizi
muhammad@muslimaidasia.com
Muslim Aid Asia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...