About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, September 29, 2013

Misi Gelandangan Kindness.my Bersama Maybank (FT)


Team Utara Kindness.my selesai dengan Projek Slipar hari ini dan team Kindness.my di Kuala Lumpur pula meneruskan rutin dengan misi gelandangan, Projek Feed The Homeless kali ini mendapat tajaan Maybank (Federal Territory). Empat ratus pek asas kebersihan seperti berus dan ubat gigi diagihkan kepada warga gelandangan. Sukarelawan Kindness.my dan Maybank berkumpul di Menara Maybank jam12.30 pagi sebelum bergerak di lokasi-lokasi tumpuan gelandangan seperti Bangkok Bank, Hotel Cintamani, Petaling Street dan Chow Kit. Pengagihan selesai jam 2 pagi.

berkumpul dan taklimat di Menara Maybank


Bersiap sedia untuk misi gelandangan

team dari Maybank

team dari Kindness.my

misi bermula

Kindness.my menyediakan perkhidmatan CSR (corporate social responsibility) event management untuk syarikat korporat. Perkhidmatan ini disesuaikan dengan "requirement" yang diinginkan. Pada syarikat yang memerlukan khidmat Kindness.my dengan harga yang sangat berpatutan, boleh hubungi saya di matt@kindness.my atau 0123377195.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Projek Slipar oleh Kindness.my


Alhamdulillah, selesai sebuah lagi projek kreatif dibawah Kindness.my yang telah berlangsung di Utara Tanah Air, di Alor Setar, Kedah. Projek yang diberi nama Projek Slipar ini telah diilhamkan dari salah seorang sukarelawan yang mendapati masalah kehilangan selipar atau kasut di masjid kerap berlaku setiap minggu lagi-lagi selepas solat Jumaat.

sukarelawan mula sediakan selipar untuk masjid-masjid

ada juga yang pulang tanpa selipar

selipar Kindness diletakkan di rak kasut

selipar buat mereka yang kehilangan selipar

selipar free size

Dengan kos kurang daripada RM5 untuk setiap selipar, team Kindness.my telah menyediakan 30 pasang selipar yang akan diletakkan di beberapa buah masjid di sekitar Alor Setar. Projek ini mendapat respon yang sangat baik daripada orang ramai dan akan dikembangkan ke Kuala Lumpur, Johor dan juga Kuantan.

Buat anda yang berminat dengan aktiviti Kindness.my, ayuh like di fanpage Kindness.my dan bagi mereka yang berminat untuk menjadi penaja bagi aktiviti Kindness.my, boleh email saya di matt@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, September 14, 2013

Projek Darah anjuran Kindness.my di Pusat Darah Negara


Alhamdulillah selesai sudah sebuah lagi projek di bawah Kindness.my, iaitu Projek Darah. Para penderma darah tiba seawal jam 9 pagi di Pusat Darah Negara melibatkan lebih tiga puluh orang yang kebanyakannya dari Kuala Lumpur malahan ada juga yang tiba dari Kedah dan Johor. Pada hari yang sama, pihak polis juga turut datang beramai-ramai untuk menderma darah.

Projek darah yang kali pertama diadakan oleh Kindness.my ini mendapat respon yang menggalakkan apabila ia diwar-warkan di laman Facebook. Ramai yang mengambil peluang ini untuk turut serta menderma darah, dan terdapat juga yang mengambil kesempatan untuk menaja snek ringan untuk para penderma darah. Setiap projek yang dianjurkan pasti akan dapat sambutan yang amat memberangsangkan. 

sukarelawan dari UIA dan UM

Para penderma darah bersama tag Kindness.my


isi borang sebelum menderma darah

pemeriksaan darah dahulu
sampai dua tempat kena cucuk


Fadli antara yang pertama kali derma darah

wajah tenang menderma darah

selesai derma darah, dengan nasi lemak
antara yang terakhir tiba untuk derma darah
selesai derma darah

Misi Kindness.my untuk menyebarkan kebaikan tidak kira tempat, masa atau lokasi mula diterapkan kepada orang ramai dan hasilnya dapat dilihat dalam setiap projek yang dijalankan. Contohnya para penderma hadir kerana perihatin untuk menderma darah bagi kegunaan mereka yang memerlukan. Ada pula yang ingin lakukan kebaikan dengan menaja mereka yang menderma darah. Malah ada juga yang menaja sekumpulan terakhir penderma darah untuk makan tengahari.


InsyaAllah akan datang lebih banyak projek akan dijalankan bagi memastikan aktiviti menyebarkan kebaikan terus dilaksanakan. Pada yang ingin turut serta atau ingin menjadi penaja untuk projek sedia ada atau projek baru, boleh email kepada saya di matt@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, September 11, 2013

Projek Cadar Bersama Penghuni Badan Kebajikan Siti Khadijah


Projek Cadar anjuran Kindness.my diteruskan lagi dan kali ini penerimanya ialah warga penghuni Badan Siti Khadijah, Kota Damansara. Tiga puluh set cadar telah disampaikan kepada mereka dan fundraising yang dilakukan hanya mengambil masa kurang dari tiga hari. Respon daripada orang ramai cukup memberansangkan apabila team Kindness.my memuatnaikkan poster untuk Projek Cadar ini.

Jenis kualiti cadar juga dipilih dengan teliti bagi memastikan keselesaan penerima manfaat ini. Kain 100% cotton dipilih dengan harga istimewa dimana harga asal bagi setiap cadar ini hampir RM200, namun begitu harga yang kami dapat hanyalah RM29.90.


anak-anak BKSK dengan sumbangan cadar baru

harga asal cadar RM189

poster yang dimuatnaik dalam Facebook


Projek Kindness.my dapat liputan di rancangan Nona TV3

InsyaAllah lebih banyak projek untuk sebarkan kebaikan akan dilakukan bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi di negeri-negeri lain. Sertai perancangan projek Kindness.my dengan menyertai kumpulan sukarelawan Kindness.my dan like fanpage Kindness.my sebagai tanda sokongan anda untuk menyebarkan kebaikan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Saturday, September 7, 2013

Pelajar bekas ASDAF Lanjut Pelajaran Ke Acheh



Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan untuk bertemu dengan adik Baharuddin dan kakaknya (Wanghasa) yang juga bekas pelajar Asrama Darul Falah (ASDAF) serta keluarga di Sepang. Mereka datang ke LCCT untuk menghantar Wanghasa yang telah mendapat tawaran sambung belajar ijazah sarjana muda dalam pengurusan dakwah di sebuah universiti di Acheh.


bersama Wanghasa dan keluarga sebelum berlepas

Sedih ibu dan nenek Wanghasa

Julung kali juga saya lihat bekas pelajar ASDAF dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Wanghasa sebelum ini sambung belajar di Kuantan selepas tamat SPM. Ayah kepada Wanghasa, Pakcik Bah Genut sungguh bangga dengan pencapaian anaknya ini, dan menurutnya, Wanghasa adalah anak pertama orang asli di Cameron Highland yang dapat melanjutkan pelajaran di luar negara. 

Mereka sekeluarga tiba di Sepang sehari sebelum flight Wanghasa dan menetap di sebuah hotel bajet di Bandar Baru Salak Tinggi. Mereka bermusafir tujuh orang dengan menggunakan kereta pinjam dari rakan mereka di Cameron Highland. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjadi penaja untuk penginapan serta makan minum mereka di Sepang.

10 pelajar yang telah terima tawaran untuk sambung belajar di Acheh

Saya sendiri turut rasa bangga apabila ada anak orang asli yang gigih belajar dan dapat sambung pelajaran hingga ke peringkat ijazah lagi-lagi ke luar negara. Bukan mudah untuk anak-anak orang asli ini terus konsisten belajar hingga di peringkat universiti. Mereka perlukan pelbagai dorongan terutama daripada pihak keluarga mereka sendiri. Ramai yang masih selesa dengan keadaan di perkampungan orang asli dan ada lagi yang beranggapan pendidikan tidak menjadi suatu yang penting dalam hidup. Namun begitu, banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan di kalangan masyarakat orang asli.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada para dermawan dan sukarelawan yang sentiasa "support" semasa mereka di ASDAF. Sekurang-kurangnya selepas bertahun-tahun di ASDAF, kini dah mula nampak hasilnya. Semoga benih-benih yang disemai ini bercambah dan memberi kemudahan kepada lebih ramai orang, insyaAllah

Muhammad bin Kamarulazizi
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...