About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Saturday, September 7, 2013

Pelajar bekas ASDAF Lanjut Pelajaran Ke Acheh



Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan untuk bertemu dengan adik Baharuddin dan kakaknya (Wanghasa) yang juga bekas pelajar Asrama Darul Falah (ASDAF) serta keluarga di Sepang. Mereka datang ke LCCT untuk menghantar Wanghasa yang telah mendapat tawaran sambung belajar ijazah sarjana muda dalam pengurusan dakwah di sebuah universiti di Acheh.


bersama Wanghasa dan keluarga sebelum berlepas

Sedih ibu dan nenek Wanghasa

Julung kali juga saya lihat bekas pelajar ASDAF dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara. Wanghasa sebelum ini sambung belajar di Kuantan selepas tamat SPM. Ayah kepada Wanghasa, Pakcik Bah Genut sungguh bangga dengan pencapaian anaknya ini, dan menurutnya, Wanghasa adalah anak pertama orang asli di Cameron Highland yang dapat melanjutkan pelajaran di luar negara. 

Mereka sekeluarga tiba di Sepang sehari sebelum flight Wanghasa dan menetap di sebuah hotel bajet di Bandar Baru Salak Tinggi. Mereka bermusafir tujuh orang dengan menggunakan kereta pinjam dari rakan mereka di Cameron Highland. Terima kasih kepada rakan-rakan yang menjadi penaja untuk penginapan serta makan minum mereka di Sepang.

10 pelajar yang telah terima tawaran untuk sambung belajar di Acheh

Saya sendiri turut rasa bangga apabila ada anak orang asli yang gigih belajar dan dapat sambung pelajaran hingga ke peringkat ijazah lagi-lagi ke luar negara. Bukan mudah untuk anak-anak orang asli ini terus konsisten belajar hingga di peringkat universiti. Mereka perlukan pelbagai dorongan terutama daripada pihak keluarga mereka sendiri. Ramai yang masih selesa dengan keadaan di perkampungan orang asli dan ada lagi yang beranggapan pendidikan tidak menjadi suatu yang penting dalam hidup. Namun begitu, banyak usaha dilakukan untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan di kalangan masyarakat orang asli.

Akhir sekali, terima kasih juga kepada para dermawan dan sukarelawan yang sentiasa "support" semasa mereka di ASDAF. Sekurang-kurangnya selepas bertahun-tahun di ASDAF, kini dah mula nampak hasilnya. Semoga benih-benih yang disemai ini bercambah dan memberi kemudahan kepada lebih ramai orang, insyaAllah

Muhammad bin Kamarulazizi
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...