About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, July 27, 2012

Fast 2 Feed 2012, Rumah Penawar, Ijok

bersama pengurusan dan penghuni Rumah Penawar

Jelajah Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia diteruskan ke Ijok dengan meraikan warga penghuni Rumah Penawar. Rumah Penawar ini yang terletak di dalam kawasan tanaman kelapa sawit ini menempatkan penghuni-penghuni yang gigih menjalani kehidupan seperti biasa selepas terjebak dengan najis dadah.

berbuka puasa dalam talam

tempat tinggal yang dibina sendiri
kolam ikan
tanaman kacang panjang
ternakan lembu
sebelah pejabat Rumah Penawar

Seramai lebih 40 orang penghuni di sini dengan tiada bekalan elektrik dan air yang tetap. Makanan mereka juga hampir semuanya datang dari hasil tanaman sayur-sayuran serta ternakan ikan dan lembu. Modul yang digunakan oleh pengurusan Rumah Penawar adalah dengan pendekatan kerohanian. Apabila saya berada di sini, sukar hendak dipercayai yang kebanyakannya penghuni ini sebelumnya merupakan seorang penagih.

Pengurusan Rumah Penawar serta Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang telah menaja bagi program Fast 2 Feed ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, July 26, 2012

Fast 2 Feed 2012, Chenor, Pahang

bantuan makanan disalurkan

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah diteruskan lagi ke Chenor, Pahang dengan meraikan keluarga yang kurang berkemampuan di sana. Hampir 40 buah keluarga telah menerima sumbangan bantuan makanan dan duit raya sebelum majlis berbuka puasa bersama dengan masyarakat Kampung Pesagi.
majlis iftar bersama penduduk kampung
kegembiraan jelas terasa
penerima sumbangan





Program Fast 2 Feed di Chenor ini telah melibatkan sukarelawan dari Bom Kitchen yang juga telah datang dari Kuala Lumpur. Program Fast 2 Feed seterusnya akan berlangsung di Rumah Penawar, Ijok. Peluang untuk menaja bagi program Fast 2 Feed masih dibuka dan boleh layari laman Fast 2 Feed di sini.


Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, July 22, 2012

Pembukaan Fast 2 Feed 2012 di Puchong

penghuni Rumah Limpahan Kasih

Alhamdulillah program Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah berlangsung dengan jayanya di Silverspoon International Colleague. Program Fast 2 Feed kali ini dilangsungkan bersama dengan penyerahan sijil untuk peserta kulinari yang selesai menjalankan kursus selama 4 bulan. Peserta kulinari ini terdiri daripada warga ibu tunggal dan anak-aak yatim lepasan Rumah Titian Kaseh. Lebih 60 anak yatim dan miskin dari Rumah Limpahan Kasih serta warga ibu tunggal dari Puchong diraikan untuk program Fast 2 Feed yang pertama ini.

Anak-anak Limpahan Kasih bersama goodie bag



warga ibu tunggal turut hadir
penyerahan sijil untuk warga ibu tunggal
Para penderma bersama dengan anak-anak yatim

Program Fast 2 Feed seterusnya akan berlangsung di Chenor, Pahang dengan meraikan 50 keluarga yang kurang berkemampuan. Kepada yang berminat untuk menaja mereka berbuka puasa, boleh layari laman blog Fast 2 Feed di sini. Setiap summbangan dan tajaan akan diberi resit pengecualian cukai.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, July 16, 2012

Majlis Tilawah Al-Quran dan Azan untuk Rumah Kebajikan Selangor 2012

Adik Anwar dari Madrasah Hashimiah dinobatkan sebagai juara Qari


Alhamdulillah, Sabtu lepas bersamaan 14 Julai 2012 telah berlangsungnya Majlis Tilawah al-Quran dan Azan untuk Rumah Kebajikan Selangor bertempat di Masjid Shah Alam yang telah menyaksikan lebih 10 rumah kebajikan hadir bagi program ini. Program ini diadakan setiap dua tahun dan telah dianjurkan oleh Badan Amal Siti Khadijah dengan kerjasama Masjid Sultan Salahudidin Abdul Aziz. Kategori baru telah diperkenalkan iaitu azan telah memberi peluang kepada anak-anak yatim dan kurang berkemampuan untuk menunjukkan bakat mereka sebagai seorang muazin.

Majlis Tilawah al-Quran ini bertujuan untuk menyemaikan sifat cintakan al-Quran terutama kepada anak-anak di rumah kebajikan dan secara tidak langsung dapat membentuk peribadi yang mulia. Pertandingan kali ini telah dimenangi oleh adik Anwar selaku juara bertahan bagi kategori Qari, manakala bagi kategori Qariah dan Azan dimenangi oleh peserta dari Badan Amal Siti Khadijah. Johan bagi setiap kategori telah membawa pulang wang RM1000, piala, sijil dan pakej Umrah.

Peserta dari Badan Amal Siti Khadijah yang telah mendapat johan bagi kategori Qariah
Para pemenang bergambar bersama penganjur dan pengurus
Adik Anwar di hadapan Madrasah Hashimaiah




InsyaAllah program sebegini akan diteruskan lagi pada 2014. Tahniah kepada Badan Amal Siti Khadijah atas penganjuran program yang cukup bermakna ini.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, July 10, 2012

Sebuah tempat bernama Arakan


Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan secara kejam terhadap masyarakat Rohingya di Myanmar. Gambar mangsa-mangsa pembunuhan tersebut tersebar dengan meluas di media sosial seperti Facebook dan Twitter. Peristiwa ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada masyarakat Rohingya yang berada di Malaysia. Kami di Muslim Aid telah menjalankan beberapa program pembangunan komuniti yang melibatkan masyarakat pelarian Rohingya di Malaysia juga terkesan dengan peristiwa yang telah berlaku. Melalui temubual bersama mereka, ramai yang menyatakan kebimbangan mereka terhadap saudara-mara mereka di sana. Pelbagai khabar angin tersebar, situasi sebenar di sana juga agak kabur dan ada sumber yang mengatakan telah berlaku 'genocide' dengan anggaran lebih 35 ribu orang telah terbunuh.




situasi di Arakan baru-baru ini

Beberapa panggilan telefon telah saya terima menyuarakan kesedihan yang berlaku terutama dari warga komuniti Rohingya. Ramai yang mula tertekan dan tidak tenteran. Panggilan serta email untuk menyalurkan bantuan ke sana juga saya terima tetapi cabarannya ialah bagaimana bantuan dapat disalurkan ke sana. Laluan darat melalui Yangon hampir mustahil kerana jalan ke Arakan (Rakhine) dipenuhi dengan sekatan jalan raya. Dipercayai visa untuk masuk ke Myanmar juga diperketatkan. Jalan lain untuk ke Arakan adalah melalui Bangladesh yang juga masih samar berkenaan dengan prosedurnya.


Peristiwa yang berlaku di Arakan ini hampir sama dengan apa yang berlaku di Gaza, Palestine. Penghapusan etnik yang dijalankan amat teratur dan sistematik. Pendidikan disekat, pemilikan tanah, perniagaan serta hak-hak asasi yang lain juga disekat. Terdapat sumber yang menyatakan peratusan buta huruf di kalangan masyarakat Rohingya adalah lebih 80%.

InsyaAllah dengan segala upaya kita di Malaysia, bantuan tetap akan diberikan kepada komuniti pelarian Rohingya dan juga Myanmar Muslim yang melarikan diri ke Malaysia, memegang status sebagai pelarian di Tanah Air kita. Mereka juga saudara seagama kita, yang amat memerlukan bantuan dan sokongan. Perancangan untuk penghantaran bantuan ke Arakan akan tetap diteruskan, dan sementara itu komuniti pelarian Rohingya di Malaysia akan terus dibantu.

Program berbuka puasa Fast 2 Feed
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang situasi di Arakan, boleh rujuk pada 'slide presentation' yang dihasilkan oleh seorang individu Rohingya sendiri di sini. Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan kepada masyarakat Rohingya, boleh lakukan di sini atau melalui pejabat Muslim Aid. Program yang terdekat yang akan melibatkan masyarakat Rohingya ialah di bulan puasa ini bertempat di Klang pada 31 Julai 2012 untuk program Fast 2 Feed anjuran Muslim Aid. Untuk pengetahuan lanjut, boleh hubungi saya di pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, July 5, 2012

Hikmah di Pulau Mabul

rumah asal sukarelawan
Yayasan Kemausiaan Muslim Aid Malaysia kini sedang menjalankan projek air bersih di Pulau Mabul Sabah dimana kebanyakan penduduk di Pulau Mabul masih belum mempunyai bekalan air bersih yang sempurna. Projek yang telah bermula beberapa bulan lepas ini telah ditaja oleh sebuah syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Atalanta, Amerika Syarikat. Beberapa sumber air telah dihasilkan dengan menggunakan teknologi solar dan akan dapat menampung lebih 200 buah keluarga.

tinggal rangka sahaja

Namun baru-baru ini kami dikejutkan dengan kejadian kebakaran di salah sebuah tuan rumah yang telah banyak membantu projek air bersih ini. Dengan tempoh yang singkat, seluruh rumahnya telah dijilat api. Perancangan kami di Muslim Aid yang sepatutnya ke sana hujung minggu ini (7 Julai 2012) terpaksa ditangguhkan.

Justeru itu, pejabat Muslim Aid membuka tabung derma kilat untuk sukarelawan kita yang telah ditimpa bencana ini. Sumbangan dapat disalurkan ke akaun CIMB atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di 1422-000000-10-8. Sila emailkan butiran berikut ke mail@muslimaid.org.my

Nama:
Alamat:
Tel:
Masa transaksi:
Tarikh transaksi:
Jumlah:
Derma: Mangsa kebakaran Pulau Mabul.

Semoga diringankan beban sukarelawan kita di Pulau Mabul, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
 

Meraikan Para Huffaz Dari Masyarakat Pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim


Alhamdulillah pada 1 Julai 2012, Majlis Penyampaian Hadiah Madrasah Hashimiah telah berjalan dengan lancar. Majlis ini berlangsung untuk meraikan kejayaan tiga anak murid madrasah yang telah berjaya menghafal 30 juzuk al-Quran yang kesemuanya berumur dibawah 17 tahun. Setiap tahun, Madrasah Hashimiah melahirkan ramai Huffaz dari kalangan anak-anak yatim dan miskin pelarian Myanmar Muslim dan Rohingya. Majlis ini juga meraikan kejayaan anak-anak madrasah dalam bidang akademik seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Anak-anak Madrasah Hashimiah yang kini para Huffaz
barisan sukarelawan yang kebanyakannya merupakan pelajar dari Universiti Malaya
sukarelawan bersama Ustaz Hashim, pengetua Madrasah Hashimiah
sukarelawan bermesra dengan anak-anak Madrasah Hashimiah

Hampir 30 orang sukarelawan dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) telah turut serta bagi membantu menjayakan majlis penyampaian hadiah ini. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan dan sukarelawan yang telah bersama memastikan majlis penyampaian hadiah ini diadakan dengan jayanya. 

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...