About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, June 27, 2012

Inspirasi Seni: Sebuah Senyuman Buat Semua


sukarelawan bersama dengan anak-anak dari Rumah Titian Kaseh

Alhamdulillah program Inspirasi Seni Pertandingan Melukis dan Mewarna untuk Rumah Kebajikan seluruh Kuala Lumpur dan Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Lebih seratus anak-anak yatim dan kurang berkemampuan telah hadir dan menunjukkan bakat mereka dalam melukis dan mewarna. Anak-anak dari sekolah rendah diletakkan dalam kategori mewarna manakala sekolah menengah diletakkan di kategori melukis.

Penyampaian hadiah dari Puan Habsah Marjuni
Juri memilih lukisan terbaik
antara lukisan mereka
mewarna sehingga tergolek
Pejabat Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada sukarelawan dan juga penaja-penaja yang telah bersama-sama dengan Muslim Aid bagi menjayakan program ini. InsyaAllah program ini akan dijadikan program tahunan bagi mengembangkan lagi bakat anak-anak yatim dan kurang berkemampuan ini.


Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, June 17, 2012

Perasmian Muslim Aid Charity Shop


Alhamdulillah, perasmian pembukaan Muslim Ad Charity Shop dibawah seliaan Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia berjalan dengan lancar dengan kehadiran para dermawan, sukarelawan, media dan rakan-rakan Muslim Aid. Kedai amal ini telah dirasmikan oleh Nora Ariffin yang juga seorang artis yang telah giat bersama dengan kerja-kerja amal.

Pembukaan ini menyaksikan ramai yang telah membeli barang-barang dari Muslim Aid Charity Shop. Barang-barang yang dijual adalah dari sumbangan orang ramai seperti pakaian dewasa dan kanak-kanak, peralatan sukan, alat elektronik buku-buku, pinggan dan mangkuk kaca, lukisan khat, alatan bayi seperti stroler serta produk hasil dari penerima bantuan Muslim Aid seperti barang perkahwinan (door gift), gelang manik, kerongsang dan sebagainya. Barangan 'merchandise' Muslim Aid seperti tag, jam dinding, button (butang pin) dan stiker kereta juga boleh didapati di sini.

Wakil dari Muslim Aid Indonesia dan Malaysian Relief Agency (MRA)
orang ramai di Muslim Aid Charity Shop


Pelanggan yang telah membeli beg golf


Setiap barang yang dijual di sini akan disalurkan ke tabung pendidikan Muslim Aid yang bakal digunakan untuk anak-anak yatim, keluarga kurang berkemampuan, komuniti pelarian dan mereka yang memerlukan. Orang ramai yang ingin menderma barangan mereka yang masih elok amatlah dialu-alukan. Pada yang berada di sekitar Bangsar, boleh datang ke Muslim Aid Charity Shop yang beralamat di 8-1-6 Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, Kuala Lumpur. Berhadapan dengan bangunan NSTP. Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau email di mail@muslimaid.org.my

Muhammmad bin Kamarulazizi

Wednesday, June 13, 2012

Inspirasi Seni: Pertandingan Melukis dan Mewarna Untuk Rumah Kebajikan Kuala Lumpur dan Selangor


Seminggu sahaja lagi sebelum program Inspirasi Seni, Pertandingan Melukis dan Mewarna yang terbuka kepada rumah-rumah anak yatim dari Kuala Lumpur dan Selangor anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid). Program pertama kali ini mensasarkan 200 orang anak-anak yatim dan kurang berkemampuan dengan tujuan untuk mencungkil bakat mereka dengan aktiviti melukis dan mewarna. Program cetusan idea pelajar latihan industri Muslim Aid akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menaja sebahagian daripada kos program seperti penajaan hadiah, makanan dan juga alat tulis.



Tajaan masih dibuka dan akan tutup menjelang promosi Fast 2 Feed. Pada yang punya sumber pendapatan lebih, bolehlah menyumbang kepada program Inspirasi Seni ini. Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau email mail@muslimaid.org.my

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, June 11, 2012

Program Pembangunan Komuniti Bersama Masyarakat Orang Asli


Tarikh: 28-29 Mei 2012
Lokasi: Kampung Sentoi, Pos Betau, Pahang
Program: Pembangunan Komuniti, Penghasilan Produk Makanan dari Hasil Hutan dan Tanaman
Kerjasama: Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) dan Bom Kitchen

Baru-baru ini pasukan sukarelawan Muslim Aid bersama dengan pasukan Bom Kitchen telah bersama ke Kampung Sentoi untuk aktiviti pembangunan komuniti. Program yang diketuai oleh Pak Karim ini berlangsung selama dua hari satu malam. Fokus utama program ziarah kali ini ialah untuk berkongsi bersama masyarakat Semai Pos Betau tentang bagaimana untuk menghasilkan produk makanan dari hasil hutan dan tanaman mereka. Turut serta sukaralawan Muslim Aid dari Iran yang juga merupakan pelajar pasca ijazah di UTM.

Pasukan Bom Kitchen yang diketuai oleh chef Azry telah memberi tunjuk ajar untuk penghasilan tapai dari ubi kayu serta cara membuat ikan pekasam hasil dari tangkapan ikan dari air tawar. Hasil dari produk mereka ini berpotensi untuk dipasarkan di pekan yang berhampiran dengan kampung mereka. Melalui hasil produk ini masyarakat orang asli di Kampung Sentoi berpeluang untuk menambah hasil pendapatan mereka.

Pemberian Vitamin C oleh Chef Azry
Aktiviti di Sungai
Pertandingan Menyumpit
Chef Azry dibantu oleh Chef Zek mengajar cara-cara membuat tapai ubi

Masyarakat orang asal ini tertarik dengan apa yang mereka boleh lakukan dengan ubi kayu dan ikan air tawar. Aktiviti-aktiviti lain turut diadakan seperti sukaneka dan tarian sewang di sebelah malam. Program ziarah sebegini merupakan "follow up" dari program-program ziarah sebelum ini. InsyaAllah pasukan Muslim Aid akan datang ziarah lagi Kampung Sentoi dimasa akan datang dengan program pembangunan komuniti yang lain.

Orang ramai dialu-alukan untuk turut serta sebagai sukarelawan atau menyumbang untuk program pembangunan komuniti bersama masyarakat orang asli. Untuk maklumat lanjut, boleh email kepada pejabat Muslim Aid di mail@muslimaid.org.my atau hubungi di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...