About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, February 23, 2016

Perlawanan Persahabatan Menjelang Futsal Piala Kindness 2016



Menjelang Futsal Piala Kindness 2016 anjuran Kindness Malaysia, sudah banyak pasukan futsal dari rumah-rumah kebajikan memulakan latihan mereka setiap petang. Pengurus pasukan pula sibuk mencari tajaan bagi mendapatkan jersi, kasut, sarung tangan penjaga goal dan juga bola futsal bagi pasukan masing-masing.

Baru-baru ini bertempat di Indoor Futsal Center (IFC) Setapak telah berlangsungnya perlawanan persahabatan antara Madrasah Hashimiah, Rumah Baitul Kasih dan Rumah Nur Iman dari Setapak. Setiap rumah menghantar satu pasukan futsal dan mereka berumur dari 9 hingga ke 17 tahun.

anak-anak semua memanaskan badan

taklimat dari pengadil

Perlawanan bermula jam 10.30 pagi dan selesai hampir jam 1 tengahari. Latihan juga diberikan kepada pasukan yang berehat sementara menunggu giliran untuk bermain. Perlawanan persahabatan ini menyaksikan pasukan futsal dari Madrasah Hashimiah mendominasi semua perlawanan.

Setiap pasukan telah menerima tajaan air isotonik dari Pocari Sweat dan juga multivitamin dari CCM. Pengangkutan pula ditaja oleh Haval M4. 100 muffin juga disediakan untuk para pemain yang telah ditaja leh Preloved4Charity. Sukarelawan pula telah membawa 50 bungkus nasi lemak dan air mineral pada hari kejadian.

nasi lemak yang menjadi kegemaran

kaki krem

Pada yang berminat untuk mengatur perlawanan persahabatan dengan mana-mana pasukan futsal rumah kebajikan, boleh email terus ke support@kindness.my. Sumbangan untuk pasukan futsal juga terbuka kepada orang ramai yang berminat.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my

Tuesday, February 16, 2016

Projek Darah oleh Kindness Malaysia



Pada tanggal 14 Febuari 2016 yang lepas, Alhamdulillah sekali lagi Kindness Malaysia menganjurkan Projek Darah iaitu projek yang mengajak orang ramai menderma darah. Namun kali ini, Kindness Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (HSE Practitioner).

Projek Darah ini yang dijalankan di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai lebih 50 orang para sukarelawan yang datang untuk menyertai projek ini. Para sukarelawan yang datang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sukarelawan perlu mendaftarkan diri di kaunter Kindness Malaysia yang dibuka bersebelahan dengan kaunter pendaftaran PDN. Mereka diberi Button Badge sebagai saguhati dan selepas itu mereka perlu mengisi borang butiran diri sebelum menderma. Berikut adalah carta aliran Projek Darah :

Proses untuk derma darah
Projek bersurai pada jam 12 tengahari dengan jayanya. Semoga projek ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berbuat kebaikan dengan apa jua cara yang termampu. Diharap juga lebih ramai penderma yang boleh sama-sama menderma darah kerana ia mampu memberi peluang untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan izin-Nya. 

Beberapa sukarelawan yang datang, berkongsi pengalaman di media sosial.

Beberapa sukarelawan yang datang, berkongsi pengalaman di media sosial.

Terima kasih kepada penaja yang bermurah hati menaja Button Badge. Walaupun ia berbentuk saguhati namun penaja mahukan agar projek ini berlangsung dengan lebih sempurna. Kepada penaja, para sukarelawan, para dermawan dan rakan-rakan seperjuangan yang hadir untuk memberi sokongan, kami di Kindness Malaysia sentiasa mendoakan agar anda semua dirahmati Allah. Doakan juga agar Projek Darah ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. InsyaAllah.

Projek Darah yang mendapat liputan di Kosmo


Norharirdayu Hashim
Pengarah Projek
Kindness Malaysia

Saturday, February 6, 2016

Go Auto Taja Haval M4 Untuk Futsal Piala Kindness 2016



Alhamdulillah, julung kalinya Kindness Malaysia menerima tajaan berupa dua buah kereta kompak SUV jenama Haval M4 untuk digunakan bagi mempromosikan Futsal Piala Kindness 2016. Haval atau sebelum ini dikenali sebagai Great Wall Motor  ini merupakan pengeluar SUV terbesar di China dan telah mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2012. Terdapat pelbagai aktiviti kebaikan yang akan berlangsung dan kenderaan rasmi Kindness Malaysia ini bakal memudahkan lagi kelancaran program. Kerjasama ini merupakan kerjasama strategik kerana jenama Haval M4 lebih fokus kepada target market di bawah 40 tahun.

Dato Mohd Azli bersama sukarelawan Kindness Malaysia di program Feed the Homeless
Kenderaan rasmi Haval M4 ini akan digunakan disetiap aktiviti Kindness Malaysia dan tidak tertumpu pada Futsal Piala Kindness 2016 sahaja. Sehingga kini Kindness Malaysia telah menerima penyertaan futsal Piala Kindness bukan sahaja di sekitar Lembah Klang, malah dari rumah kebajikan dari Kuantan, Pulau Pinang dan juga Alor Setar. Pada peringkat awal ini, Haval M4 akan memulakan lawatan pertama di rumah kebajikan di Pulau Pinang dan Alor Setar yang merupakan antara pasukan futsal awal yang terawal mendaftar untuk Futsal Piala Kindness 2016.

Haval M4 dengan pelekat baru

Pandangan bahagian belakang

Kereta rasmi Futsal Piala Kindness 2016
Kerjasama antara Kindness Malaysia dan GO Auto yang merupakan pengedar eksklusif Haval di Malaysia ini menjadi titik tolak permulaan dalam misi melakukan kebaikan sebagai CSR (corporate social responsiblity) utama bagi tahun 2016. Pihak Kindness Malaysia mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Go Auto serta kepada CEO GO Auto; Dato SM Azli Tan Sri SM Nasimuddin kerana memilih misi kebaikan sebagai agenda utama CSR mereka.

Kereta rasmi Kindness Malaysia yang ditemui oleh fan Kindness Malaysia

Lagi ditemui oleh fan Kindness Malaysia ketika dalam perjalanan ke Utara Tanah Air

Kindness Malaysia mengalu-alukan syarikat korporat yang lain untuk memilih misi kebaikan sebagai agenda utama CSR mereka di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, boleh terus email ke support@kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Malaysia
www.facebook.com/kindness.my


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...