Pada tanggal 14 Febuari 2016 yang lepas, Alhamdulillah sekali lagi Kindness Malaysia menganjurkan Projek Darah iaitu projek yang mengajak orang ramai menderma darah. Namun kali ini, Kindness Malaysia bekerjasama dengan Persatuan Pengamal Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (HSE Practitioner).
Projek Darah ini yang dijalankan di Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur bermula pada jam 8.30 pagi. Seramai lebih 50 orang para sukarelawan yang datang untuk menyertai projek ini. Para sukarelawan yang datang terdiri dari pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sukarelawan perlu mendaftarkan diri di kaunter Kindness Malaysia yang dibuka bersebelahan dengan kaunter pendaftaran PDN. Mereka diberi Button Badge sebagai saguhati dan selepas itu mereka perlu mengisi borang butiran diri sebelum menderma. Berikut adalah carta aliran Projek Darah :
Proses untuk derma darah |
Projek bersurai pada jam 12 tengahari dengan jayanya. Semoga projek ini memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berbuat kebaikan dengan apa jua cara yang termampu. Diharap juga lebih ramai penderma yang boleh sama-sama menderma darah kerana ia mampu memberi peluang untuk menyelamatkan nyawa orang lain dengan izin-Nya.
Beberapa sukarelawan yang datang, berkongsi pengalaman di media sosial. |
Beberapa sukarelawan yang datang, berkongsi pengalaman di media sosial. |
Terima kasih kepada penaja yang bermurah hati menaja Button Badge. Walaupun ia berbentuk saguhati namun penaja mahukan agar projek ini berlangsung dengan lebih sempurna. Kepada penaja, para sukarelawan, para dermawan dan rakan-rakan seperjuangan yang hadir untuk memberi sokongan, kami di Kindness Malaysia sentiasa mendoakan agar anda semua dirahmati Allah. Doakan juga agar Projek Darah ini dapat dijalankan lagi pada masa-masa akan datang. InsyaAllah.
Projek Darah yang mendapat liputan di Kosmo |
Norharirdayu Hashim
Pengarah Projek
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment