About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Friday, August 4, 2017

Ziarah Aidilfitri Mengembirakan Penduduk Kampung Sentoi





Pada 29 dan 30 Julai 2017 yang lalu, Kindness Malaysia telah mengadakan Projek Ziarah Aidilfitri di perkampungan orang Asli di Pos Betau, Pahang. Kampung Sentoi terpilih untuk projek ziarah kali ini. Seramai 25 orang sukarelawan turut menyertai projek ziarah yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Kampung Sentoi merupakan sebuah perkampungan orang asli yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada suku kaum Semai dan Bateq. Kampung ini mempunyai penduduk seramai 300 orang yang mejoriti penduduk terdiri daripada kanak-kanak yang berusia dua hingga 15 tahun. Pendapatan utama penduduk di sini ialah hasil hutan seperti hasil bercucuk tanam sayur-sayuran, menanam padi huma dan sebagainya. Penduduk kampung sangat peramah dan sangat ringan tulang membantu kami bagi menjayakan projek ziarah kali ini.

Taklimat sebelum bertolak ke Pos Betau

Perjalanan ke Pos Betau mengambil masa selama 4 jam. Semua sukarelawan berkumpul di kawasan Masjid Negara dan bergerak dalam pukul 12 tengah malam. Terdapat beberapa rintangan yang di hadapi sepanjang perjalanan. Antaranya salah sebuah kereta sukarelawan mengalami kenaikan suhu dan perlu berpatah balik untuk menukar kereta. Namun, kami tetap meneruskan perjalanan dan selamat sampai pada jam 5.30 pagi. Sementara menanti waktu subuh, kami sempat merehatkan diri sebelum meneruskan aktiviti di sana.

Sesi memanaskan rendang ayam yang di bawa dari Kuala Lumpur

Nasi himpit antara juadah sarapan pagi pada hari pertama

Seawal 7 pagi, para sukarelawan sudah mula menyediakan tempat untuk memasak dan bergotong-royong untuk menyediakan sarapan pagi. Menu sarapan yang berkonsepkan raya bagi memeriahkan lagi suasana ziarah aidilfitri bersama penduduk kampung. Antaranya ialah rendang daging, nasi himpit dan pelbagai jenis biskut raya. Sambutan daripada penduduk kampung terutamanya kanak-kanak memeriahkan suasana. Selesai sarapan, para sukarelawan turut dibantu kaum ibu daripada masyarakat orang asli meneruskan aktiviti menyediakan bahan-bahan untuk memasak juadah untuk tengah hari. Manakala sebahagian lagi sukarelawan mengadakan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.  Kanak-kanak sangat bersemangat untuk menyertai pertandingan ini. Bakat yang terpendam terserlah apabila mereka mula mewarna dengan penuh semangat.

Pertandingan mewarna antara aktiviti yang menarik minat kanak-kanak

penuh bersemangat kanak-kanak mewarna dan mereka sangat kreatif

Kaum ibu dan sukarelawan bergotong-royong menyediakan 

Semakin ramai penduduk kampung turun membantu di kawasan tempat memasak. Menu makanan tengah hari kali ini ialah kari ayam, dan tumis sayur kubis. Menu yang cukup menaikkan selera penduduk kampung yang jarang dapat makan juadah seperti ini. Sambil bergotong royong memasak, kami mengambil kesempatan untuk bersembang dan bertukar-tukar cerita bersama penduduk kampung. Kami bertanyakan juadah tengah hari pada hari kebiasaan mereka. Mereka menyatakan bahawa, hanya makan sayur-sayur kampung yang dikutip di dalam hutan atau yang di tanam. Kedudukan kampung Sentoi yang jauh daripada kawasan Bandar menyukarkan mereka untuk keluar bagi memperolehi sumber bahan mentah dan kering. Mereka juga menyatakan sekiranya ada wang lebih baru mereka akan beli, kalau tidak hanya menikmati rezeki yang ada di kawasan kampung.



Sukarelawan membasuh ayam sebelum di masak

kanak-kanak menikmati juadah tengah hari yang disediakan

Kari ayam merupakan salah satu menu tengah hari


Selesai solat Zuhur, kami meneruskan aktiviti di sungai. Kanak-kanak di sini tidak sabar untuk mengajak kami turun ke sungai. Air sungai yang jernih dan tidak terlalu deras dan dalam memudahkan kanak-kanak untuk turut mandi di sungai bersama. Mereka sudah pandai berenang walaupun baru berusia 4 tahun. Selesai aktiviti di sungai, kami naik untuk bersihkan diri dan bersiap untuk solat Asar. Selepas asar kami semua bersiap untuk sukaneka kanak-kanak dan dewasa. Semua bersemangat untuk mengambil bahagian dalam acara masing-masing. Antara sukaneka untuk kanak-kanak ialah bawa bola ping pong dalam sudu dan baling belon semakin jauh semakin sayang. Acara sukaneka dewasa wanita pula ialah boling kelapa dan bawa bola dengan memakai kain pelekat. Sukaneka berlangsung dengan jayanya dan sangat meriah. Sukan untuk dewasa lelaki ialah pertandingan bola sepak antara penduduk kampung dengan sukarelawan lelaki. Keputusan memihak kepada penduduk kampung dengan 7-1.

Aktiviti di sungai yang sangat jernih

Gambar kenangan bersama kanak-kanak di sungai

Acara bowling kelapa untuk dewasa perempuan

Acara sukaneka semakin jauh semakin sayang

Hadiah untuk sukan bola sepak yang dimenangi oleh penduduk kampung

Aksi penduduk kampung bermain bola sepak


Sementara itu, sebahagian lagi sukarelawan sedang menyiapkan juadah makan malam dan membuat persiapan menanti waktu Maghrib. Masuknya waktu Maghrib penduduk kampung yang beragama Islam turut turun ke surau bagi menunaikan solat Maghrib secara berjemmah.  Perkongsian tazkirah antara Maghrib dengan Isya’ di sampaikan oleh seorang ustaz yang datang singgah melawat kawasan kampung. Pelbagai ilmu yang dikongsi untuk di jadikan panduan hidup. Selesai solat Isya’, kami semua makan malam bersama-sama. Menu makan malam pula ialah, sup tulang, ulam ulaman seperti jantung pisang dan pucuk ubi kayu serta sambal belacan. Selesai makan malam dan mengemas kawasan memasak, penduduk kampung membawa kami ke salah sebuah rumah di sana untuk melihat upacara sewang. Upacara sewang merupakan salah satu bentuk upacara ritual perubatan untuk mengubati penyakit yang disebabkan oleh semangat jahat. Alatan muzik tradisi yang digunakan semasa upacara sewang ialah  buluh yang di ketuk ke atas kayu dan juga gong. Rentak di mainkan dan pergerakan dilakukan mengikut rentak yang dihasilkan oleh pemain alat muzik. Selesai sahaja pertunjukan upacara sewang, kami semua balik dan merehatkan diri.

Jantung pisang yang dijadikan ulam untuk juadah makan malam

Ubi kayu merupakan salah satu makan ruji penduduk di kampung ini


Upacara sewang di rumah salah seorang penduduk kampung

alatan muzik yang dimainkan oleh penduduk untuk upacara sewang


Azan subuh berkumandang  mengejutkan kami yang masih terlena. Selesai sahaja solat subuh secara berjemaah, kam mula bergerak ke dapur bagi membantu menyediakan sarapan pagi. Menu sarapan pagi ialah nasi goreng dan mee goreng. Selesai sarapan, aktiviti yang seterusnya ialah penyampaian sumbangan dan hadiah. Kelihatan wajah kegembiraan terpancar daripada setiap riak muka penduduk kampung yang menerima sumbangan. Kanak-kanak juga turut gembira mendapat gula-gula dan makanan ringan. Turut diadakan sesi bergambar bersama penduduk. Selepas itu, kami mengemas semua peralatan dan barang dan bersiap untuk pulang. Kami bertolak pulang  ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengah hari.

Antara sumbangan yang diberikan untuk penduduk kampung


Penyampaian sumbangan oleh sukarelawan kepada penduduk kampung

Anak-anak gadis Kampung Sentoi yang pemalu


Barisan sukarelawan yang menyertai projek kali ini


Pelbagai rintangan dan cabaran yang kami hadapi sepanjang projek ini. Namun kami berjaya mengatasi masalah tersebut dengan bantuan dan kerjasama semua sukarelawan yang baik hati. Pengalaman sepanjang program di Kampung Sentoi amat berharga dan menjadi kenangan manis buat kami semua. Diharapkan agar setiap kekurangan yang dihadapi sepanjang program dapat di atasi untuk program yang akan datang. Insya ALLAH, program ini boleh diadakan lagi sekiranya berpeluang dan dapat mengumpul sumbangan bagi menampung kos perbelanjaan. Semoga sukarelawan yang baru menceburkan diri dalam aktiviti kebaikan ini tidak serik untuk menyertai pelbagai lagi projek kebaikan yang dianjurkan oleh Kindness Malaysia. Terima kasih  tidak terhingga kepada semua yang terlibat terutama para sukarelawan dan penaja Projek Ziarah Aidilfitri di Pos Betau. Terima kasih guru-guru daripada SMK Convent Jalan Peel atas sumbangan untuk penduduk kampung. Semoga setiap perkara yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah. Insya ALLAH.

Fatin Amira Nabila binti Tauran
Projek Koordinator
Kindness Malaysia

Thursday, August 3, 2017

Air Mata Dan Penawar

Rombongan berkumpul di Masjid Negara untuk sesi taklimat dan bacaan doa sebelum bergerak ke Pos Betau


Menitis air mata, bila saya sedar yang saya terlambat kenal dengan group Kindness Malaysia. Pengalaman pertama saya join Kindness Malaysia masuk perkampungan orang asli dari suku kaum semai di Pos Betau,Kuala lipis, Pahang memberi beribu ribu makna yang tidak terungkap dengan hanya kata-kata!!! Serius korang kena rasai sendiri!! Dlm hati nie, kenapa la  tak kenal dengan group nie 5-6 tahun dlu.. Kenapa la tidak menjiwai kedamaian ini 6-7 tahun dulu.



Suasana Kampung Sentoi di Pos Betau yang mendamaikan


Saya sedar Allah nak bagi sesuatu tepat pada masanya. Inilah masa yang tepat selepas beberapa ujian kelukaan yg singgah dihati. Allah hadirkan penduduk kampung orang asli ini yang tulus ikhlas cinta mereka melalui kemuliaan hati ahli Kindness Malaysia.


Penulis bersama Cikgu Safwan mewakili SMK Convent Jln Peel KL
Merasa duduk di rumah buluh

Super duper thanks korang!! Baru intro nie! Mula sampai agak kaku sebab tengok toilet kena angkut-angkut air, kena tido dalam surau kayu yang tingkapnya terbuka luas, kiri dan kanan hutan. Mak aii berdebar saya rasa dlm hati, takde binatang singgah ke? aku sakit perut nanti macam mana? bukan tak pernah pergi kem, pernah je tapi kem yang pergi ala-ala kampung versi moden. Ini memang pure kampung, kiri kanan kabus weh gelap lagi pulak masa sampai tuh.. Sejuk dia tak payah cakap la gigil beb!
Bersama dengan sebahagian sukarelawan Kindness Malaysia


Jejak je kaki kat tanah suku kaum asli pagi tu segala takut bertukar jadi excited! Senyum,riang,jerit, tawa buat saya lupa KL weh. Redah hutan berkaki ayam,korek ubi kayu, petik pucuk paku, petik segala daun yang org asli mkn,lawan arus lintasi sungai, semua tuh memang boleh buat korang rasa hubungan alam dengan manusia! Damainya, indahnya Allah yang tahu.. Part paling tak boleh lupa, mandi sungai sangkut kaki atas buluh tengah-tengah sungai tu, kepala turun ke belakang rendam dalam sungai. Perhhhhh nikmatnye!!! Kosong je dalam otak dalam hati dengan sejuk air sungai, tak penah sangka pulak selama nie ade bakat gymnastics walaupun badan tak cukup kecil 😂😂..
Ubi kayu merupakan makanan ruji bagi masyarakat di sini

Mencari pucuk paku dan ubi kayu


Saya boleh rasa bahagia yang wujud dalam hati setiap anak-anak orang asli, keakraban mereka, keutuhan kasih sayang yang wujud antara mereka, penghargaan mereka terhadap alam, manusia dan haiwan, kesetian, kedamaian, cinta, hormat pada adat dan budaya mereka.. Semua nie saya takkan dapat rasa kalau saya tak join program Kindness Malaysia dan tidak melibatkan diri dalam program sekolah! Thanks Puan faridah (Pengetua SMK Convent Jln Peel) Puan Seri Ayu dan cikgu-cikgu lain yang sponsor dan bagi full support utk program masuk ke perkampungan org asli kali ini..




Sungai yang mendamaikan memikat hati sesiapa sahaja yang datang ke sini

Betul la orang cakap untuk mencari bahagia kita kena buat kebaikan.Satu kebaikan yg kita buat,lekat dalam hati setiap individu, kita akan dapat bahagia dan kepuasan yang tidak ternilai.. Inilah penawar selepas mengalami satu fasa duka yg diibaratkan bagai kaca terhempas dibatu!!

mencungkil bakat mereka dalam mewarna

Acara sukaneka memeriahkan lagi suasana

Orang dewasa juga tidak ketinggalan menunjukkan bakat 
Menyampaikan amanat yang diberikan oleh pihak sekolah dan penderma

By everyone for everyone!!! Thanks guys.. I'll join for the next program coz I want the happiness come to me sincerely.




Kenangan Bersama mereka akan sentiasa tersemat dihati

kita jumpa lagi




Norwahayu binti M. Nordin
Sukarelawan Kindness Malaysia
SMK Convent Jalan Peel

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...