About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, October 25, 2011

Kaunter Qurban For Life di Sekitar Kuala Lumpur

Kini orang ramai dapat menyertai program Qurban For Life (Q4L) dengan pendaftaran di beberapa buah lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Pembayaran Q4L ini dapat dilakukan di Taman Melawati, AU2 Keramat dan Kajang. Lokasi-lokasi baru yang lain akan dikemaskini di laman web Qurban For Life.

1. Perniagaan al-Yakin (berdekatan Pasar Tani Melawati)
No 224 Jalan Negara 2,
Pusat Bandar Taman Melawati,
Kuala Lumpur.
Tel: 03-41077827 (Mujahid)


2. Pusat Bekam al-Yakin
A-37-GB Jalan Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor
Tel: 013-3991199 (Mujahid)




4. Halal Mall
No 9163 Jalan Negara,
Taman Melawati,
53100, Kuala Lumpur
Tel: 03-41066385

Penyertaan Qurban For Life masih RM380 yang akan merangkumi seekor kambing atau satu bahagian lembu, penyembelihan, pengetinan dan pengagihan di dalam Malaysia dan luar negara seperti Afrika, Gaza dan Selatan Thai. Untuk maklumat lanjut layari laman Qurban For Life atau hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 3 November 2011.

Muhammad bin Kamarulazizi


Friday, October 21, 2011

Somali Community Primary School


Tarikh: 20 Oktober 2011
Lokasi: Somali Community Primary School, Gombak

Sebuah sekolah komuniti baru telah dibuka beberapa bulan lepas kini mempunyai 33 orang pelajar dari umur empat tahun hingga 16 tahun. Sekolah komuniti ini menempatkan anak-anak pelarian dari Somalia. Subjek yang diajar ialah matematik, bahasa Inggeris, pengajian al-Quran dan pendidikan Islam. Guru-guru merupakan dari komuniti pelarian sendiri yang sukarela mengajar.

sesi pembelajaran dalam kelas

anak-anak Somalia


tekun belajar di dalam kelas

poster pendidikan yang baru ditampal di dinding

ruang yang akan dijadikan preschool

Sebagai status pelarian di Malaysia, anak-anak pelarian Somalia ini tidak berpeluang ke sekolah tempatan kerana isu dokumentasi dan kebanyakan dari mereka hanya memegang kad UNHCR. Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) insyaAllah akan bersama dengan komuniti Somalia ini untuk membantu membangunkan kemudahan sekolah komuniti ini. Pada peringkat awal perancangannya ialah untuk 'set up' bilik preschool bagi anak-anak kecil yang berumur antara 4 tahun hingga 7 tahun.

Muslim Aid mengalu-alukan sumbangan dan tajaan bagi membantu sekolah komuniti Somalia ini. Kepada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan sumbangan ke akaun CIMB Muslim Aid di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Sila email/faks (muhammad@muslimaid.org.my/0322881966) sekali slip bank beserta butiran berikut:

Nama:
Alamat:
No tel:
Tarikh transaksi:
Masa transaksi:
Bank:

Anggaran jumlah untuk menyediakan kemudahan preschool ini ialah dalam RM4000 yang akan merangkumi tikar getah (puzzle), meja dan alat tulis kanak-kanak, alat bantuan mengajar, permainan pendidikan dan barang-barang lain. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, October 17, 2011

Kelebihan Qurban For Life anjuran Muslim Aid


Hari raya Aidiladha kian hampir dan ramai umat Islam terutama di Malaysia sudah menempah kambing atau lembu untuk ibadaha qurban mereka. Terdapat pelbagai cara untuk melaksanakan qurban ini dan yang paling popular ialah qurban berwakil di mana individu tersebut melaksanakan qurban mereka melalui masjid, surau mahupun NGO.

Saya bersama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) turut mengadakan program qurban melalui program Qurban For Life (Q4L). Uniknya qurban melalui Muslim Aid ini ialah selesainya binatang qurban disembelihkan, daging tersebut diproses dan dimasak sebelum ditinkan dan diagihkan kepada orang-orang miskin di Malaysia dan juga saudara seagama kita di Afrika dan Gaza.

Fakta berikut menyatakan kelebihan mengadakan qurban bersama Muslim Aid

1. daging qurban ditinkan agar tahan lama dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah.

2. daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak2 yatim, fakir miskin, golongan OKU dan ibu tunggal di Malaysia, mangsa bencana dan mangsa perang di luar negara seperti Gaza, Pakistan, Somalia dan Sudan dan Selatan Thai.

3. kambing biri-biri yang gemuk dan sihat dari Australia dipilih mengikut kualiti yang ditetapkan untuk ibadah qurban.

4. kos RM380 sudah termasuk harga bagi seekor kambing, penyembelihan, proses, masak, pengetinan dan pengagihan

5. setiap penyertaan qurban akan diberi resit pengecualian cukai serta sijil penyertaan (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)

6. mendapat pengiktirafan JAKIM dan Persekutuan Majlis Agama Islam Australia

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
Kepada yang berminat untuk melaksanakan qurban melalui Muslim Aid, boleh layari www.qurbanforlife.com atau email saya di muhammad@muslimaidasia.com

p/s muat turun borang di sini

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, October 5, 2011

Gandakan Amalan Kita Melalui Program Qurban For Life!



Alhamdulillah, setiap tahun jumlah penyertaan Qurban For Life meningkat dan lebih ramai saudara seagama kita dapat kita bantu. Tahun ini Muslim Aid sekali lagi bekerja keras untuk membantu masyarakat yang kebuluran di Somalia, yang melarat di Gaza serta fakir miskin di Malaysia dengan bantuan makanan yang datangnya dari sumbangan ibadah qurban masyarakat Malaysia. Konsepnya mudah, lebih ramai saudara kita dapat dibantu apabila jumlah penyertaan qurban menjadi lebih banyak.

Jadi apa yang kita boleh lakukan agar lebih ramai yang melaksanakan qurban bersama Muslim Aid?

1. Tetapkan laman www.qurbanforlife.com sebagai 'homepage' di Web Browser anda. Sedikit sebanyak akan membantu traffik untuk masuk ke laman Qurban For Life ini.

2. Tulis artikel tentang program Qurban For Life di blog, forum mahupun website. Banyak kelebihan program Q4L ini antaranya dapat mengelak dari pembaziran. Malahan ke akhbar harian, media cetak mahupun laman media alteratif yang lain. Jangan lupa untuk link kannya ke laman www.qurbanforlife.com.

3. Facebook dan Twitter. Promosikan program Q4L ini di laman sosial kegemaran anda. Sedikit sebanyak akan tersebar, dan setiap penyertaan yang datang dari laman sosial ini, insyaAllah pahala anda akan berganda :)

4. Emailkan kepada rakan-rakan dan 'contact' anda berkenaan dengan program Q4L. Sekiranya kita sudah laksanakan qurban, sebaiknya kita mengajak rakan-rakan kita untuk laksanakan juga.

5. Edarkan brosur Q4L di pejabat dan saudara mara anda. Anda boleh email atau hubungi pejabat Muslim Aid untuk dapatkan brosur Q4L yang dipos terus ke lokasi anda.

6. Aturkan lunch talk berkenaan dengan Q4L. Staf dan sukarelawan di Muslim Aid sentiasa berbesar hati untuk mengunjungi tempat kerja anda atau di rumah anda atau dimana sekalipun untuk berkongsi tentang program Q4L ini. Ini baru kita namakan amal ibadah dikongsikan bersama. Tinggi sahamnya!

7. Rancang untuk membuka booth Q4L di IPT anda. Khusus untuk para mahasiswa dan mahasiswi, biasanya pelajar universiti atau kolej dapat membuka booth dengan harga diskaun. Kos sewa booth dan peralatan promosi akan disediakan oleh pejabat Muslim Aid.

8. Jadilah ejen sukarelawan Q4L. Anda dibekalkan dengan surat lantikan dari Muslim Aid untuk menjadi ejen sukarelawan Q4L dan diberi kuasa sementara untuk menerima penyertaan qurban. Setiap penyertaan qurban melalui anda akan diberi saguhati dari pihak Muslim Aid! Hubungi pejabat Muslim Aid untuk maklumat lanjut.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Muhammad/Amir/Siti/Ruzida) atau email di mail@muslimaidasia.com

Tuesday, October 4, 2011

Promosi Qurban For Life 1432/2011 Sudah Bermula


Selesai program Ramadhan, kini tinggal sebulan sahaja lagi sebelum ketibaan hari raya Eidiladha. Kami di pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia giat memulakan promosi program Qurban For Life (Q4L) di seluruh Malaysia. Booth promosi Q4L sudah mula dipromosikan di Pasar Tani Shah Alam (setiap Ahad) dan akan memulakan promosi juga di Pasar Tani Putrajaya (setiap Jumaat).

Saya percaya dengan lebih ramai penyertaan Q4L maka lebih ramai saudara kita yang memerlukan dapat dibantu dimana setiap daging qurban yang ditinkan ini disalurkan 100% kepada mereka yang kebuluran di serata dunia termasuk yang memerlukan di Malaysia. Alhamdulillah penyertaan yang ramai tahun lepas habis diagihkan kepada lebih puluhan ribu penerima daging qurban yang ditinkan ini.

Antara kelebihan melaksanakan qurban bersama Muslim Aid

1. daging qurban ditinkan agar tahan lama dan dapat mengelak daripada pembaziran daging mentah

2. daging qurban yg ditinkan ini diagih-agihkan kepada saudara seagama kita yang memerlukan seperti anak2 yatim, fakir miskin, golongan OKU dan ibu tunggal di Malaysia, mangsa bencana dan mangsa perang di luar negara seperti Gaza, Pakistan, Somalia dan Sudan dan Yaman.

3. kambing biri-biri yang gemuk dan sihat dari Australia dipilih mengikut kualiti yang ditetapkan untuk ibadah qurban.
4. kos RM380 sudah termasuk harga bagi seekor kambing, penyembelihan, proses, masak, pengetinan dan pengagihan

5. setiap penyertaan qurban akan diberi resit pengecualian cukai serta sijil penyertaan (rujukan LHDN: 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009)

6. mendapat pengiktirafan JAKIM dan Persekutuan Majlis Agama Islam Australia

orang ramai mendapatkan info Qurban For Life

Pada yang berminat untuk menyertai Qurban For Life, boleh sertakan butiran berikut kepada pejabat Muslim Aid melalui email/fax/pos. Sila kepilkan sekali slip pembayaran.

Nama penuh:
Alamat rumah:
No telefon:
Cara pembayaran:

Untuk mendapatkan borang atau maklumat lanjut, boleh layari www.qurbanforlife.com atau di laman Facebook di http://www.facebook.com/qurbanforlife atau hubungi 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...