About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Wednesday, October 5, 2011

Gandakan Amalan Kita Melalui Program Qurban For Life!



Alhamdulillah, setiap tahun jumlah penyertaan Qurban For Life meningkat dan lebih ramai saudara seagama kita dapat kita bantu. Tahun ini Muslim Aid sekali lagi bekerja keras untuk membantu masyarakat yang kebuluran di Somalia, yang melarat di Gaza serta fakir miskin di Malaysia dengan bantuan makanan yang datangnya dari sumbangan ibadah qurban masyarakat Malaysia. Konsepnya mudah, lebih ramai saudara kita dapat dibantu apabila jumlah penyertaan qurban menjadi lebih banyak.

Jadi apa yang kita boleh lakukan agar lebih ramai yang melaksanakan qurban bersama Muslim Aid?

1. Tetapkan laman www.qurbanforlife.com sebagai 'homepage' di Web Browser anda. Sedikit sebanyak akan membantu traffik untuk masuk ke laman Qurban For Life ini.

2. Tulis artikel tentang program Qurban For Life di blog, forum mahupun website. Banyak kelebihan program Q4L ini antaranya dapat mengelak dari pembaziran. Malahan ke akhbar harian, media cetak mahupun laman media alteratif yang lain. Jangan lupa untuk link kannya ke laman www.qurbanforlife.com.

3. Facebook dan Twitter. Promosikan program Q4L ini di laman sosial kegemaran anda. Sedikit sebanyak akan tersebar, dan setiap penyertaan yang datang dari laman sosial ini, insyaAllah pahala anda akan berganda :)

4. Emailkan kepada rakan-rakan dan 'contact' anda berkenaan dengan program Q4L. Sekiranya kita sudah laksanakan qurban, sebaiknya kita mengajak rakan-rakan kita untuk laksanakan juga.

5. Edarkan brosur Q4L di pejabat dan saudara mara anda. Anda boleh email atau hubungi pejabat Muslim Aid untuk dapatkan brosur Q4L yang dipos terus ke lokasi anda.

6. Aturkan lunch talk berkenaan dengan Q4L. Staf dan sukarelawan di Muslim Aid sentiasa berbesar hati untuk mengunjungi tempat kerja anda atau di rumah anda atau dimana sekalipun untuk berkongsi tentang program Q4L ini. Ini baru kita namakan amal ibadah dikongsikan bersama. Tinggi sahamnya!

7. Rancang untuk membuka booth Q4L di IPT anda. Khusus untuk para mahasiswa dan mahasiswi, biasanya pelajar universiti atau kolej dapat membuka booth dengan harga diskaun. Kos sewa booth dan peralatan promosi akan disediakan oleh pejabat Muslim Aid.

8. Jadilah ejen sukarelawan Q4L. Anda dibekalkan dengan surat lantikan dari Muslim Aid untuk menjadi ejen sukarelawan Q4L dan diberi kuasa sementara untuk menerima penyertaan qurban. Setiap penyertaan qurban melalui anda akan diberi saguhati dari pihak Muslim Aid! Hubungi pejabat Muslim Aid untuk maklumat lanjut.

Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Muhammad/Amir/Siti/Ruzida) atau email di mail@muslimaidasia.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...