About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Sunday, November 30, 2008

Ziarah Rumah Titian Kaseh dan Buku Motivasi


Semalam saya berkesempatan untuk melawat anak-anak yatim di Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa. Saya datang bersama isteri saya untuk menghantar pakaian anak-anak kecil kepada rumah ini. MakPah kebetulan masa itu sudah pergi menunaikan ibadah Haji dan insyaAllah akan pulang pada bulan Januari nanti.

bersama Hadi dan buku tulisan bapanya

Hari ini selepas promosi Qurban For Life (Q4L), saya mengambil kesempatan untuk menjenguk sekitar Stadium Melawati. Kebetulan saya bertemu dengan rakan sebilik semasa belajar di Matriks UIA (atau dikenali sekarang sebagai Center of Foundation Study, CFS UIA), Hadi dan Ayie. Mereka kini giat mempromosikan bahan bacaan ilmiah. Saya tertarik dengan sebuah buku "Belajar dengan cekap dan berkesan" hasil penulisan bapa kepada Hadi sendiri. Buku ini memuatkan motivasi yang mencakupi pelbagai aspek, seperti masa, teknik-teknik, pemikiran dan kerohanian. Pada yang berminat dengan buku motivasi ini, boleh hubungi terus Hadi di 0126648873.


Hadi dan Ayie

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Saturday, November 29, 2008

Qurban For Life di Majalah Jelita Keluaran Disember 2008!


Alhamdulillah, aktiviti Qurban For Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia telah dimuatkan dalam majalah Jelita keluaran Desember 2008! Terima kasih kepada krew-krew Jelita / Berita Publishing seperti Kusyi Hirdan, Zulkeflee Haron, Nadya Mulok dan juga editor majalah Jelita Raihanah Abdullah yang telah berusaha untuk mewar-warkan kepada semua pembaca setia majalah Jelita.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Friday, November 28, 2008

Splashing Charity Car Wash Day


AllMalaysia.info akan mengadakan event charity iaitu Splashing Charity Car Wash Day in Aid of Hospis Malaysia. Fundraising ini akan didermakan kepada Hospis Malaysia, iaitu sebuah badan yang membantu pesakit yang mengidap penyakit-penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya.

Berikut adalah program ini:

Tarikh:
13 & 14 Desember (Sabtu dan Ahad), 2008

Masa:
Dec 13: 8.00am – 4.00pm
Dec 14: 8.00am – 2.00pm

Lokasi:
Leo Auto Services (Kia Motor Services)
201, Batu 4, Jalan Kelang Lama,
58000 Kuala Lumpur

* Setiap sukarelawan akan menerima goodie bag
* Minuman ringan akan disediakan untuk sukarelawan
* Cabutan bertuah untuk setiap sukarelawan

Pada yang berminat untuk menyertai, boleh hubungi terus 03-7967 1388 ext 1118 (Michael), atau ext 1104 (Andy). Untuk maklumat lanjut, boleh layari di sini.

Saya teringin nak sertai sekali program charity seperti ini, tapi tidak berpeluang kerana ada program lain di Pulau Pinang pada tarikh yang sama. Pada yang berminat, boleh hubungi terus nombor diatas!

p/s blog donateforummah ini telah terpilih sebagai featured blog untuk AllMalaysia.info...:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Juga seorang blogger

Monday, November 24, 2008

Update: Qurban for Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia

wajah-wajah penerima daging qurban Q4L 2007

Alhamdulillah, kini sudah masuk minggu keempat promosi Qurban for Life (Q4L) anjuran Muslim Aid Asia. Penyertaan untuk Q4L meningkat dari hari ke hari (24 Nov 2008), dan hari ini sahaja, sudah 60 penyertaan Q4L. Moga dengan peningkatan ini, lebih ramai golongan yang memerlukan seperti pelarian perang Palestin di Lebanon, mangsa gempa bumi di Pakistan dan tidak lupa anak-anak yatim, keluarga-keluarga yang susah di bumi Malaysia dapat menikmati daging qurban dalam tin yang sudah siap dimasak!

daging qurban Q4L Muslim Aid Asia (2007/1428)

Untuk maklumat lanjut tentang program Q4L, boleh hubungi terus pejabat Muslim Aid Asia di 03-2288 1996 atau 03-2282 1996.

atau layari blog Q4L di
http://qurbanforlife.blogspot.com/

Atau boleh dimuat turun
Brochure Q4L
Borang Q4L

-Muhammad bin Kamarulazizi-

Muslim Aid Asia

Thursday, November 20, 2008

Pemergian Seorang Sahabat



Al-Fatihah buat Dzul Azhar @ Pak Da'un yang telah kembali ke Rahmatullah. Beliau merupakan seorang sahabat sekolah di SMKA Al-Mashoor (L), telah meninggal dunia semalam atas masalah kesihatan. Semoga beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..Amiin..

-Muhammad bin Kamarulazizi-
ex Mashoor 99'

Saturday, November 15, 2008

Sebulan selepas berkeluarga



Alhamdulillah, sudah sebulan saya bekeluarga:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-

Friday, November 14, 2008

Pulangnya anak-anak ASDAF ke Kampung Halaman...


Hari ini saya berkesempatan untuk ziarah anak-anak ASDAF buat kali terakhir sebelum mereka pulang ke kampung halaman masing-masing. InsyaAllah mereka akan kembali ke ASDAF selepas raya haji pada 26hb Desember nanti untuk majlis Ihtifal di ASDAF.

Ikuti promosi program Qurban for Life (Q4L)!


-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia



Wednesday, November 12, 2008

Video Iftar Fast 2 Feed ASDAF


Video program Iftar Ramadhan Fast to Feed bersama anak-anak ASDAF! Terima kasih kepada Amir yang telah mengedit dan menghasilkannya.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Sunday, November 9, 2008

Futsal bersama anak-anak ASDAF


Alhamdulillah, selepas promosi qurban (Q4L) di Pasar Tani Shah Alam, saya berpeluang untuk bermain futsal bersama anak-anak ASDAF. Walaupun pada asalnya kami telah sesat untuk cari court futsal, namun ia tidak mematah semangat anak-anak ASDAF ini untuk bermain futsal. Sememangnya saya pernah berjanji untuk bawa mereka untuk futsal selepas mereka selesai peperiksaan akhir tahun. En Wan pengarah Muslim Aid Asia juga turut serta member sokongan. Alhamdulillah kami tiba di Sport Seven Wangsa Maju jam 3.30 petang, dan kami selesai main jam 5 petang.

aksi anak-anak ASDAF

team ASDAF

p/s mungkin satu hari nanti boleh buat pertandingan futsal antara rumah-rumah kebajikan...:)

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Saturday, November 8, 2008

Sukarelawan dan Booth Qurban Q4L


Hari ini merupakan minggu ke dua buka booth di Pasar Tani Taman Melawati. Kali ini, tiga orang sukarelawan Muslim Aid Asia juga turut serta untuk promosikan program Q4L kepada orang ramai. Biasanya pada jam 7 hingga 8 pagi merupakan peak hour kerana matahari baru sahaja terbit. Mula jam 8.30, matahari sudah mula naik, dan pengunjung pun dah semakin berkurang. Alhamdulillah, ramai juga yang mengunjungi booth qurban kami...:)

sukarelawan Muslim Aid Asia yang turut serta

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Friday, November 7, 2008

Q4L di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Dari kiri, Muhqlas, Arif dan Azhar

Alhamdulillah hari ini berkesempatan untuk ke Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) untuk berjumpa dengan sukarelawan Muslim Aid Asia di sana. InsyaAllah, Azhar, Arif dan Muhqlas akan mewar-warkan kepada pelajar-pelajar dan staf di KUIS tentang program Qurban for Life ini. Pada yang tinggal berhampiran dengan KUIS terutamanya di sekitar Bangi, boleh hubungi mereka untuk mendapatkan borang Q4L.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Thursday, November 6, 2008

Nazri dengan mp3 barunya

Nazri, baju belang hitam putih

Hari ini saya berkesempatan lagi untuk ke ASDAF. Salah seorang dari anak ASDAF iaitu Nazri (Jeri) ada request untuk saya belikan mp3. Saya pun berjaya dapatkan mp3 player yang murah dari adik saya yang rajin melayari lelong dan mudah.com. Harga agak murah, dalam RM20 lebih sahaja untuk mp3 player 256mb, cukuplah untuk muatkan dalam 50 lagu. Pada asalnya, saya ingin berikan sahaja percuma padanya, tetapi dia taknak pula terima. Katanya dia ingin beli terus mp3 tersebut. Saya risau sekiranya mp3 itu rosak, lagipun mp3 dengan brand yang tak dikenali. Namun dia tetap berkeras. Tak mengapalah, saya terima sahaja, Rm20 dah cukup. Sebelum ini dia menggunakan gunakan radio, yang biasa dibeli dengan RM10. Kali ini, bukan setakat radio, mp3 pun dia boleh dengar. Lagu yang dia nak, saya dah minta dia tuliskan atas kertas, insyaAllah esok saya akan bawa lagu-lagu yang dia inginkan.

-Muhammad bin Kamarulazizi-

Sempat jenguk anak-anak ASDAF


Semalam saya berpeluang untuk lawat anak-anak ASDAF selepas tamat meeting dengan staff dan AJK ASDAF jam 11 malam. Sudah hampir seminggu saya tak berkesempatan untuk lawat mereka. Ramai antara mereka masih belum tidur, mungkin kerana peperiksaan sudah pun tamat. Kebanyakan dari mereka akan pulang ke kampung halaman mereka pada 15hb November ini dan akan bercuti hingga selesai Hari Raya Eidiladha.

Sarisan yang terjaga dari tidur

Afiq dan Faizlan

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Muslim Aid Asia

Monday, November 3, 2008

Q4L on air di Radio IKIM


Alhamdulillah, hari ini Program Qurban for Life (Q4L) telah on air di Radio IKIM. Talk show ini akan berlangsung setiap hari Isnin jam 11.15 hingga jam 12 tengahari. DJ kali ini ialah Puan Mazlina Ismail, dan yang ditemuramah ialah Ustaz Kamal Azzahri yang telah bersama Muslim Aid Asia sejak beberapa tahun yang lepas.

dalam konti Radio IKIM

Talk show Q4L ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pendengar-pendengar radio IKIM tentang kelebihan Q4L. Semoga lebih ramai akan tertarik untuk bersama-sama melakukan ibadah qurban tahun ini, insyaAllah.

-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Saturday, November 1, 2008

Bermulanya Promosi Qurban

Peserta Q4L yang pertama di Pasar Tani Melawati
Hari ini bermulanya promosi Program Qurban for Life (Q4L) di Pasar Tani Melawati. Booth Q4L akan didirikan setiap hari Sabtu dan Ahad.

Setiap Sabtu - 7am-11am - Pasar Tani Taman Melawati
Setiap Ahad - 7am-11am - Pasar Tani Stadium Shah Alam

Pihak Muslim Aid Asia kini mengadakan program Q4L dimana daging qurban ini diproses, masak dan ditinkan sebelum diagihkan kepada mereka yang memerlukan di Malaysia seperti anak-anak yatim, golongan miskin dan juga di luar negara seperti mangsa perang di Palestin, Lebanon dan mangsa bencana di Bangladesh.

Uniknya Program Q4L ini ialah daging kambing biri-biri yang diqurbankan ini ditinkan dan sedia untuk dimasak. Daging qurban ini tahan lama dan dapat dimakan sepanjang tahun oleh golongan-golongan miskin dan kebuluran.

Program Q4L ini telah dijalankan di Malaysia sejak 2004, dan sudah 19 tahun dijalankan oleh rangkaian Muslim Aid di seluruh dunia.

Pihak Muslim Aid Asia mengalu-alukan sekiranya Program Q4L ini dapat diwar-warkan kerana keunikannya, dan dapat dijadikan sebagai salah satu pilihan untuk ibadah qurban menjelang Hari Raya Aidiladha ini.
Lebih ramai yang menyertai program Q4L, lebih ramai yang dapat kita bantu, insyaAllah.

Segala info tentang program Q4L ini, boleh layari blog http://qurbanforlife.blogspot.com/

Download brochure di sini
http://donationmuslim.googlepages.com/qurbanbrochure.pdf
Semoga dengan program Q4L ini, lebih banyak golongan yang kurang bernasib baik dapat dibantu, insyaAllah.



-Muhammad bin Kamarulazizi-
Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...