About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, July 31, 2013

Projek TajaMereka bersama Sazzy Falak


Projek TajaMereka anjuran Kindness.my telah juga telah mendapat perhatian dari warga artis seperti Sazzy Falak. Sazzy Falak bersama suaminya Nash yang setiap tahun melakukan majlis berbuka puasa bersama mereka yang memerlukan dan tahun ini Sazzy memilih untuk melakukannya bersama Kindness.my. Dua tarikh telah dipilih dan majlis pertama diadakan dengan meraikan keluarga kurang berkemampuan, ibu tunggal dan juga warga OKU.

sukarelawan Kindness.my

Sazzy bermesra bersama komuniti ibu tunggal

Sazzy bersama sukarelawan Kindness.my

wajah gembira warga penerima bersama Sazzy Falak
 
Sazzy, Nash bersama rakan-rakan yang menaja

artis lain juga turut hadir

lebih banyak projek akan datang bersama Kindness.my

Sazzy Falak, Nash bersama sukarelawan Kindness.my

sumbangan barang-barang dapur

Sesi penyampaian baran sumbangan


Majlis iftar ini telah mendapat tajaan dari Sekinchan Ikan Bakar Setiawangsa dan hampir 100 orang telah hadir termasuk 40 orang penerima dan 10 orang sukarelawan dari Kindness.my. Pengalaman ini cukup berharga kepada semua terutama warga penerima yang dapat bermesra bersama Sazzy yang agak ramah dengan semua orang. Sukarelawan juga mengambil kesempatan ini untuk bergambar bersama Sazzy dan warga penerima.

Autograf dari Sazzy buat warga penerima dan sukarelawan
Majlis berbuka seterusnya akan bersama rakan-rakan Sazzy Falak dari Celepets seperti Daphne Iking, Atilia, Aishah Sinclair dan Dinas dan kali akan meraikan anak2 yatim dan miskin dari Badan Kebajikan Siti Khadijah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Monday, July 29, 2013

Projek TajaMereka Mini di Madrasah Hashimiah


Alhamdulillah, walaupun ini adalah tahun pertama Kindness.my melaksanakan Projek TajaMereka, Kindness sudah dapat menempah tujuh hari untuk berbuka puasa bersama dengan anak-anak yatim dan miskin pelarian di Madrasah Hashimiah. Sambutan sangat menggalakkan dan orang ramai sudah mula memberi kepercayaan kepada Kindness.my sebagai sebuah platform untuk melakukan aktiviti amal terutama di bulan Ramadhan ini.

mencuba songkok baru

majlis berbuka puasa

bersama songkok baru

dermawan dan sukarelawan yang hadir

kacang stew antara menu berbuka puasa

Projek TajaMereka Mini di Madrasah Hashimiah ini bermula Ahad lepas, 28 Julai 2013 dengan kehadiran beberapa orang para penderma dan sukarelawan. Anak-anak Madrasah Hashimiah ini juga menerima songkok yang telah dihadiahkan oleh isteri seorang arwah yang baru sahaja meninggal dunia awal bulan Julai ini. Anak-anak Hashimiah ini kelihatan gembira dengan songkok baru mereka.

Hari-hari lain untuk Projek TajaMereka Mini di Madrasah Hashimiah ialah pada 31 Julai, 2, 3, 4, 5 dan 6 Ogos 2013. Semoga pada yang telah menyumbang untuk Projek TajaMereka ini sentiasa mendapat keberkatan dariNya.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Sunday, July 28, 2013

Projek TajaMereka Edisi Sahur di ASDAF


Alhamdulillah selesai satu lagi Projek TajaMereka dan kali ini bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF). Kali ini lebih 65 warga penghuni ASDAF diraikan bersama 30 orang sukarelawan dan dermawan. Anak-anak ASDAF sanggup menunggu kehadiran warga Kindness.my untuk tiba dan semua telah hadir pada jam 3 pagi. Kambing golek telah disediakan untuk sahur dan sukarelawan serta para dermawan berpeluang untuk  bersahur bersama-sama anak-anak ASDAF.

Sementara menunggu kambing golek siap dibakar, Kindness.my telah menyampaikan sumbangan kain pelikat, songkok dan telekung melalui Projek Dari Hati juga dibawah Kindness.my. Beberapa orang dermawan juga mengambil kesempatan ini untu memberi duit raya kepada warga penghuni ASDAF termasuk staf.
anak-anak ASDAF bersama kain telekung mereka

sukarelawan bersama anak-anak ASDAF


Sukarelawan mencubakan songkok pada salah seorang anak ASDAF

pemberian duit raya

InsyaAllah Projek TajaMereka seterusnya akan meraikan keluarga yang kurang berkemampuan di Setiawangsa serta anak-anak yatim dan pelarian Madrasah Hashimiah di Selayang. Pada yang ingin menambah tajaan, atau berminat untuk menaja, boleh lakukannya terus ke akaun Maybank Kindness.my di 514057664892 atas nama Kindness Dot My dan email ke ramadan@kindness.my. 

Ayuh rebut untuk beramal bagi 10 malam terakhir ini, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Wednesday, July 24, 2013

Taja Guru Mengajar di Madrasah Hashimiah

anak-anak Madrasah Hashimiah yang aktif

Kini sudah hampir separuh Ramadan dan orang ramai semakin ringan tangan untuk bersedekah dan menyumbang untuk kerja-kerja serta aktiviti amal. Kindness.my juga telah menyediakan beberapa projek khas untuk bulan Ramadan ini seperti Projek TajaMereka dimana orang ramai berpeluang untuk menaja anak-anak yatim dan miskin serta mereka yang kurang berkemampuan berbuka puasa.

Salah satu lokasi berbuka puasa di bawah Projek TajaMereka ini ialah Madrasah Hashimiah, Selayang yang menempatkan anak-anak yatim dan miskin pelarian Rohingya serta Myanmar Muslim. Saya agak rapat dengan Ustaz Hashim yang juga pengetua Madrasah tersebut. Beliau bersyukur ramai juga insan-insan prihatin serta syarikat dan NGO yang telah menaja warga penghuni Madrasah Hashimiah dan komuniti pelarian lain untk berbuka puasa di tempat mereka.

Disebalik kemeriahan Ramadan dengan kegembiraan anak-anak yatim ini berbuka puasa, Ustaz Hashim ada menyatakan keinginan dan keperluan Madrasah dimana beliau amat perlukan tajaan bagi guru-guru serta ustaz dan ustazah yang mengajar di Madrasah Hashimiah. Sekolah komuniti ini mempunyai sepuluh orang guru dan kesemuanya adalah dari komuniti pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim. Ustaz Hashim berhempas pulas untuk membayar gaji bagi setiap guru bagi memastikan anak-anak di Madrasah Hashimiah mendapat pendidikan asas seperti Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Myanmar, Bahasa Inggeris, Pengajian Agama, dan al-Quran. Bilangan murid kelas Hafiz juga meningkat dari dua orang dan kini memerlukan tiga orang guru Hafiz untuk mengajar.

suasana kelas di Madrasah Hashimiah
Gaji seorang guru hanyalah antara RM600-RM800 sebulan yang dapat memberi bimbingan serta pendidikan kepada anak-anak yatim dan pelarian ini yang sehingga kini belum dapat menikmati pendidikan di sekolah harian biasa. Pihak Kindness.my mengalu-alukan tajaan bagi guru-guru ini. 

Tajaan sebulan = RM600
Tajaan 3 bulan = RM1800
Tajaan 6 bulan = RM3600
Tajaan 9 bulan = RM5400
Tajaan 1 tahun = RM7200

Bagi yang berminat untuk menaja guru-guru ini termasuk guru Hafiz, boleh lakukan tajaan terus ke akaun Maybank 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran berikut ke matt@kindness.my

Nama: 
Tel:
Jenis Tajaan:
Jumlah Tajaan:
Masa dan Tarikh Transaksi

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya.” ~(Al-Baqarah: 261) 
"Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain."~(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
Ayuh kita bantu Ustaz Hashim untuk atasi kesulitannya dengan mendapatkan tajaan untuk guru-guru di Madrasah Hashimiah. Semoga ilmu dan manfaat yang disampaikan ini akan mengalir tidak henti sehingga ke penghujung hari. Untuk sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya terus di 0123377195 atau email di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My

Tuesday, July 23, 2013

Feed The Homeless Bersama Penaja Korporat

Sukarelawan Kindness.my dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Baru-baru ini team Kindness.my telah mendapat tajaan dari dua buah syarikat korporat iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Malakoff Utilities untuk Projek Feed The Homeless edisi sahur. Misi Feed The Homeless bersama TNB melibatkan lebih 80 orang sukarelawan dan 400 bungkusan makanan yang terdiri daripada nasi ayam berempah, buah epal dan air mineral. Semua sukarelawan berkumpul di TNB Dua Sentral pada jam 12 tengah malam untuk mendengar taklimat dari pihak Kindness.my dan sukarelawan dipecahkan kepada empat buah kumpulan yang akan fokus pada empat lokasi iaitu Chow Kit, Mydin Kotaraya, Pasar Seni dan Masjid Negara.


mendekati warga gelandangan

Misi Feed The Homeless bersama Malakoff Utilites pula melibatkan 35 orang sukarelawan dan telah berkumpul di perhentian bas berhadapan dengan Mydin di Kotaraya. 175 pek makanan (nasi ayam dan air mineral) serta selimut telah diagihkan kepada gelandangan di sekitar Pasar Seni, Kotaraya dan Dataran Maybank.

sukarelawan Kindness.my bersama warga Malakoff Utitlites

sebuah pengalaman yang berharga

Menurut salah seorang sukarelawan, pengalaman ini amat berharga kerana membuka mata mereka dan mengajar erti kehidupan orang lain yang tidak mempunyai kediaman sendiri dan terpaksa merempat tidur di tepi jalan. Salah seorang sukarelawan dari TNB sempat berbual dengan salah seorang gelandangan dan agak terkejut apabila mendapati gelandangan tersebut sudah 27 tahun tidur di tepi jalan.

Lebih banyak projek akan dijalankan di masa hadapan dan pihak Kindness.my mengalu-alukan kerjasama dari pihak syarikat korporat untuk turut sama menyebarkan kebaikan. Untuk syarikat mahupun individu yang ingin melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility), boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Monday, July 22, 2013

Projek TajaMereka Bersama Penghuni Rumah at-Taqwa Puchong


Selesai sebuah lagi Projek TajaMereka anjuran Kindness.my yang meraikan lebih 60 orang anak-anak yatim dan ibu tunggal di Rumah Putra Perdana at-Taqwa Puchong. Majlis berbuka puasa kali ini memberi peluang kepada para penderma dan sukarelawan untuk berbuka puasa dengan makanan dihidang di dalam talam. Setiap talam dikongsi seramai empat orang dan menjadi pengalaman manis buat para penderma dan sukarelawan Kindness.my

berbuka bersama anak-anak at-Taqwa

Sumbangan duit raya dan kain pelikat dari Projek Hati

Lando turut serta meraikan anak-anak at-Taqwa

Sumbangan kain telekung untuk anak-anak at-Taqwa

InsyaAllah Projek TajaMereka yang seterusnya akan berlangsung di Setiawangsa yang akan meraikan keluarga-keluarga yang memerlukan. Pada yang berminat untuk menaja bagi Projek TajaMereka, boleh lakukannya terus ke akaun Maybank Kindness.my di 514057664892 atas nama Kindness Dot My dan email ke ramadan@kindness.my.

Semoga dengan usaha kecil ini bakal menambah saham kita di akhirat, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Monday, July 15, 2013

Projek TajaMereka yang Pertama Anjuran Kindness.my


Alhamdulillah, Projek TajaMereka yang pertama anjuran Kindness.my berlangsung dengan jayanya dengan meraikan 13 anak yatim dan miskin dari Rumah Arrayan, Seremban. Projek yang memberi peluang kepada orang ramai menaja mereka yang memerlukan ini dilangsungkan di Reader's Cafe, Shah Alam dengan hidangan makanan barat seperti chicken chop, spagheti, sup cendawan dan lain-lain lagi.

anak-anak Arrayan yang gembira

menelaah sebelum berbuka

berbuka puasa bersama para penderma dan sukarelawan
 Anak-anak Rumah Arrayan tiba di Shah Alam dari Seremban pada jam 6.45 petang dan meluangkan membaca buku secara santai di Reader's Cafe. Kedai Reader's Cafe ini berkonsepkan membaca sambil menikmati juadah yang menekankan unsur Sunnah dimana setiap makanan yang disediakan mempunyai kandungan Habatusauda di dalamnya.

Selesai berbuka puasa, anak-anak Arrayan kemudian solat Magrib dan menerima duit raya serta sumbangan kain pelikat dan telekung dibawah Projek Hati juga anjuran Kindness.my. Pihak Reader's Cafe juga telah menyumbang buku dan majalah untuk anak-anak ini bawa pulang sebagai kenangan.

pemberian duit raya dan sumbangan kain pelikat dan telekung

InsyaAllah Projek TajaMereka yang seterusnya akan berlangsung di Rumah Putra Perdana At-Taqwa, Puchong yang akan meraikan 50 anak yatim dan 5 ibu tunggal. Pada yang ingin tambah tajaan, atau berminat untuk menaja, boleh lakukannya terus ke akaun Maybank Kindness.my di 514057664892 atas nama Kindness Dot My dan email ke ramadan@kindness.my
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama dengan orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” ~Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Semoga dengan usaha kecil ini bakal menambah saham kita di akhirat, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

Friday, July 12, 2013

Projek Kurma anjuran Kindness.my dibeberapa Lokasi Seluruh Negara

Penerima Projek Kurma di Ipoh
Alhamdulillah Projek Kurma berjalan serentak di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Sarawak, Perak dan Selangor dan akan dilaksanakan juga di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Melaka dan Johor tidak lama lagi. Projek kurma ini mendapat tajaan dari Heart and Sparks dan juga individu-individu yang prihatin untuk menyebarkan kebaikan. Objektif Projek Kurma ini ialah untuk memudahkan orang ramai  berbuka puasa terutama sekali yang sentiasa yang sentiasa pulang lewat. Disamping itu Projek Kurma ini juga memberi peluang kepada sukarelawan yang terlibat untuk membiasakan diri melakukan kebaikan tidak kira tempat mahupun masa. Sejajar dengan misi Kindness.my ini adalah untuk memupuk rasa ingin lakukan kebaikan dalam setiap individu dan menjadikannya suatu budaya yang positif.

Penerima di Sri Aman, Sarawak

Sukarelawan di Sri Aman, Sarawak

Projek Kurma di Sarawak

Pengawal pangsapuri juga antara penerima Projek Kurma

abg despatch di Taman Melati Gombak antara penerima Projek Kurma

Penerima Projek Kurma di KL Sentral

Barisan sukarelawan yang agihkan kurma di KL Sentral

Seribu kotak kurma diagihkan pada bulan Ramadan ini dan setiap kotak mempunyai tiga biji kurma Maryami. Kurma Maryami yang bernilai RM40 satu kilogram ini dipilih kerana tahan lama dan memudahkan orang ramai untuk simpan dan berbuka puasa. Apa yang menarik, pemberian kurma di KL Sentral hari ini (12 Julai 2013) mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang berterima kasih malahan ada juga yang menolak kerana fikirkan sukarelawan ini adalah salesman. Namun begitu situasi begini tidak mematahkan semangat sukarelawan Kindness.my untuk terus memberi kotak kurma kepada orang ramai.

Projek Kurma ini akan diteruskan lagi sepanjang Ramadan ini dan beberapa lokasi sudah dikenalpasti. Pihak Kindness,my mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma serta Heart and Sparks yang memberi kepercayaan kepada Kindness.my untuk sebarkan kebaikan kepada ummah. Untuk mengetahui pelbagai projek dibawah Kindness.my, sila layari laman Facebook di www.facebook.com/kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my

Thursday, July 11, 2013

Iftar Pertama Old Malaya Kopitiam Bersama Anak-anak Yatim




Alhamdulillah selesai iftar pertama bagi bulan Ramadhan ini dengan meraikan anak-anak yatim dari Asrama Darul Falah (ASDAF) dan dari sebuah rumah kebajikan di Bukit Beruntung. Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Puan Hjh Salmah yang juga ketua pegawai operasi Perniagaan Wafada Sdn Bhd, dimana antara perniagaan seperti Old Malaya Kopitiam, Malaysian Recipe Cafe, Uncle D's Noodle, Uncle D's Pizzeria, Malaysian Heritage, Experience Malaysia dan Desigual yang hampir semuanya beroperasi di lapangan terbang KLIA dan LCCT.

Puan Hjh Salmah bersama anak-anak ASDAF

Selesai Terawih
Hj Idris selaku tuan rumah

Pemberian duit raya oleh tuan rumah dan jiran

Kegembiraan menerima duit raya

anak-anak dari Bukit Beruntung


Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk memilih rumah kebajikan untuk diraikan dan terus memilih ASDAF. 80 penghuni ASDAF dan 30 lagi dari Bukit Beruntung hadir untuk berbuka puasa bersama staf dan krew Perniagaan Wafada Sdn Bhd. Sumbangan duit raya juga telah diberikan selepas selesainya solat terawih berjemaah. Majlis tamat dalam jam 10.30 malam.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...