About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, July 12, 2013

Projek Kurma anjuran Kindness.my dibeberapa Lokasi Seluruh Negara

Penerima Projek Kurma di Ipoh
Alhamdulillah Projek Kurma berjalan serentak di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Sarawak, Perak dan Selangor dan akan dilaksanakan juga di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Melaka dan Johor tidak lama lagi. Projek kurma ini mendapat tajaan dari Heart and Sparks dan juga individu-individu yang prihatin untuk menyebarkan kebaikan. Objektif Projek Kurma ini ialah untuk memudahkan orang ramai  berbuka puasa terutama sekali yang sentiasa yang sentiasa pulang lewat. Disamping itu Projek Kurma ini juga memberi peluang kepada sukarelawan yang terlibat untuk membiasakan diri melakukan kebaikan tidak kira tempat mahupun masa. Sejajar dengan misi Kindness.my ini adalah untuk memupuk rasa ingin lakukan kebaikan dalam setiap individu dan menjadikannya suatu budaya yang positif.

Penerima di Sri Aman, Sarawak

Sukarelawan di Sri Aman, Sarawak

Projek Kurma di Sarawak

Pengawal pangsapuri juga antara penerima Projek Kurma

abg despatch di Taman Melati Gombak antara penerima Projek Kurma

Penerima Projek Kurma di KL Sentral

Barisan sukarelawan yang agihkan kurma di KL Sentral

Seribu kotak kurma diagihkan pada bulan Ramadan ini dan setiap kotak mempunyai tiga biji kurma Maryami. Kurma Maryami yang bernilai RM40 satu kilogram ini dipilih kerana tahan lama dan memudahkan orang ramai untuk simpan dan berbuka puasa. Apa yang menarik, pemberian kurma di KL Sentral hari ini (12 Julai 2013) mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ada yang berterima kasih malahan ada juga yang menolak kerana fikirkan sukarelawan ini adalah salesman. Namun begitu situasi begini tidak mematahkan semangat sukarelawan Kindness.my untuk terus memberi kotak kurma kepada orang ramai.

Projek Kurma ini akan diteruskan lagi sepanjang Ramadan ini dan beberapa lokasi sudah dikenalpasti. Pihak Kindness,my mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penderma serta Heart and Sparks yang memberi kepercayaan kepada Kindness.my untuk sebarkan kebaikan kepada ummah. Untuk mengetahui pelbagai projek dibawah Kindness.my, sila layari laman Facebook di www.facebook.com/kindness.my.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...