About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, July 9, 2013

Projek TajaMereka di Bulan Ramadan 2013/1434


Bulan Ramadan kali ini dimeriahkan lagi dengan projek TajaMereka anjuran Kindness.my. Projek TajaMereka ini memberi peluang kepada orang ramai untuk turut serta dan menaja anak-anak yatim berbuka puasa. Pengalaman dapat dikongsikan antara para penderma dengan anak-anak yatim semasa berbuka puasa dan menjalani solat tarawih. Beberapa rumah kebajikan telah dikenalpasti dan antaranya seperti Rumah Putra Perdana At-Taqwa di Puchong dan Madrasah Hashimiah. 

Setiap tajaan bernilai RM40 yang akan merangkumi makanan berbuka puasa dan duit raya untuk anak-anak yatim ini serta mereka yang memerlukan. Para penderma juga dialu-alukan untuk berbuka puasa sekali dengan mereka. Untuk turut serta anda hanya perlu tambah RM20 untuk setiap kami sediakan makanan berbuka.

Lokasi Projek TajaMereka

Tarikh: 14 Julai 2013 (Berbuka Puasa)
Lokasi: Reader's Cafe, Seksyen 15, Shah Alam
Penerima: 20 orang anak yatim dan miskin dari Rumah Ar-Rayyan (Seremban)

Tarikh: 18 Julai 2013 (Berbuka Puasa)
Lokasi: Rumah Putra Perdana At-Taqwa, Puchong
Penerima: 55 orang (50 anak yatim, 5 ibu tunggal)

Tarikh: 28 Julai 2013, Ahad sebelum Subuh (Singgah Sahur)
Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Penerima: 65 orang ( anak yatim dan miskin)

Tarikh: 29 Julai 2013 (Berbuka Puasa)
Lokasi: Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa
Penerima: 40 orang (keluarga miskin)

Tarikh: 1 Ogos 2013 (Berbuka Puasa)
Lokasi: SK Abang Aing, Sri Aman Sarawak
Penerima: 100 murid (kurang berkemampuan)

Tarikh: 1 Ogos 2013 (Berbuka Puasa)
Lokasi: Sekinchan Ikan Bakar, Setiawangsa
Penerima: 40 orang (40 anak yatim)

Tarikh: 3 Ogos 2013 (Berbuka Puasa)
Lokasi: Madrasah Anak Yatim Hashimiah
Penerima: 100 orang (70 anak yatim dan miskin, 30 komuniti pelarian yang memerlukan)

Pada yang berminat untuk menaja, boleh lakukannya di akaun Maybank 514057664892 atas nama Kindness Dot My. Email butiran transaksi ke ramadan@kindness.my bersama butiran berikut

Nama:
No tel:
Jumlah Tajaan:
Masa dan tarikh transaksi:
Lokasi (jika turut serta):

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi saya terus di 0123377195.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...