About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Monday, July 15, 2013

Projek TajaMereka yang Pertama Anjuran Kindness.my


Alhamdulillah, Projek TajaMereka yang pertama anjuran Kindness.my berlangsung dengan jayanya dengan meraikan 13 anak yatim dan miskin dari Rumah Arrayan, Seremban. Projek yang memberi peluang kepada orang ramai menaja mereka yang memerlukan ini dilangsungkan di Reader's Cafe, Shah Alam dengan hidangan makanan barat seperti chicken chop, spagheti, sup cendawan dan lain-lain lagi.

anak-anak Arrayan yang gembira

menelaah sebelum berbuka

berbuka puasa bersama para penderma dan sukarelawan
 Anak-anak Rumah Arrayan tiba di Shah Alam dari Seremban pada jam 6.45 petang dan meluangkan membaca buku secara santai di Reader's Cafe. Kedai Reader's Cafe ini berkonsepkan membaca sambil menikmati juadah yang menekankan unsur Sunnah dimana setiap makanan yang disediakan mempunyai kandungan Habatusauda di dalamnya.

Selesai berbuka puasa, anak-anak Arrayan kemudian solat Magrib dan menerima duit raya serta sumbangan kain pelikat dan telekung dibawah Projek Hati juga anjuran Kindness.my. Pihak Reader's Cafe juga telah menyumbang buku dan majalah untuk anak-anak ini bawa pulang sebagai kenangan.

pemberian duit raya dan sumbangan kain pelikat dan telekung

InsyaAllah Projek TajaMereka yang seterusnya akan berlangsung di Rumah Putra Perdana At-Taqwa, Puchong yang akan meraikan 50 anak yatim dan 5 ibu tunggal. Pada yang ingin tambah tajaan, atau berminat untuk menaja, boleh lakukannya terus ke akaun Maybank Kindness.my di 514057664892 atas nama Kindness Dot My dan email ke ramadan@kindness.my
“Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang sama dengan orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” ~Hadis Riwayat at-Tirmidzi
Semoga dengan usaha kecil ini bakal menambah saham kita di akhirat, insyaAllah.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...