Alhamdulillah selesai iftar pertama bagi bulan Ramadhan ini dengan meraikan anak-anak yatim dari
Asrama Darul Falah (ASDAF) dan dari sebuah rumah kebajikan di Bukit Beruntung. Majlis berbuka puasa ini dianjurkan oleh Puan Hjh Salmah yang juga ketua pegawai operasi Perniagaan Wafada Sdn Bhd, dimana antara perniagaan seperti
Old Malaya Kopitiam,
Malaysian Recipe Cafe,
Uncle D's Noodle,
Uncle D's Pizzeria, Malaysian Heritage, Experience Malaysia dan Desigual yang hampir semuanya beroperasi di lapangan terbang KLIA dan LCCT.
|
Puan Hjh Salmah bersama anak-anak ASDAF |
|
Selesai Terawih |
|
Hj Idris selaku tuan rumah |
|
Pemberian duit raya oleh tuan rumah dan jiran |
|
Kegembiraan menerima duit raya |
|
anak-anak dari Bukit Beruntung |
Saya bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk memilih rumah kebajikan untuk diraikan dan terus memilih ASDAF. 80 penghuni ASDAF dan 30 lagi dari Bukit Beruntung hadir untuk berbuka puasa bersama staf dan krew Perniagaan Wafada Sdn Bhd. Sumbangan duit raya juga telah diberikan selepas selesainya solat terawih berjemaah. Majlis tamat dalam jam 10.30 malam.
Muhammad bin Kamarulazizi
0 comments:
Post a Comment