About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Friday, July 5, 2013

Projek 5kupang Parking di Dataran Sunway oleh Kindness.my


Alhamdulillah, Projek 5kupang Parking tersebar ke Dataran Sunway di mana beberapa orang sukarelawan Kindness.my mensasarkan lebih 50 buah kereta untuk "diselamatkan". Projek bermula jam 10.30 pagi dengan taklimat di Restoran Kayu Dataran Sunway. Turut hadir crew dari RTM TV1 yang berminat untuk melakukan liputan bagi projek ini.

Semasa taklimat, kami dapati pihak berkuasa dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya sudah mula menyaman kereta-kereta yang mempunyai tiket yang sudah tamat tempoh. Oleh itu kami terus bergegas untuk mencari kereta-kereta lain yang masih belum disaman oleh pihak bandaraya. Anggaran lebih 50 buah kereta dapat diselamatkan. Cuma kali ini, jumlah syiling yang dimasukkan antara 60 sen hingga satu Ringgit kerana jumlah minima untuk tiket parking di situ ialah 60 sen untuk sejam, berbeza dengan di Kuala Lumpur (dibawah DBKL) ialah 50 sen untuk sejam.


taklimat diadakan di Restoran Kayu, Kota Damansara
Ahli Majlis yang telah hadir melaksanakan tugas

sukarelawan yang menjaga mesin tiket

bersiap sedia untuk meletakkan pada kereta yang tamat tempoh
kereta yang telah diselamatkan
Tiket dengan label dari Kindness.my
salah seorang yang penerima yang gembira

sukarelawan ditemuramah oleh RTM TV1
 Dalam keadaan yang agak terik, team sukarelawan tidak kekok untuk melakukan aktiviti sosial ini. Seorang sukarelawan akan berdiri di mesin tiket, seorang lagi mendapatkan nombor plate kereta yang mempunyai tiket tamat tempoh dan seorang lagi meletak tiket baru pada kereta tersebut. Team Kindness.my telah dibahagikan kepada dua kumpulan untuk dua lokasi yang berdekatan.

Sukarelawan yang terlibat



InsyaAllah projek ini akan mendapat liputan di berita RTM TV1, dan harapan kami di Kindness.my agar lebih ramai dapat melakukan aktiviti yang berunsur "baik hati". Kami percaya dengan semangat "baik hati", akan melahirkan masyarakat yang lebih positif dan mengurangkan tekanan hidup terutama sekali yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
https://www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...