About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Booking.com

Tuesday, July 23, 2013

Feed The Homeless Bersama Penaja Korporat

Sukarelawan Kindness.my dan Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Baru-baru ini team Kindness.my telah mendapat tajaan dari dua buah syarikat korporat iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Malakoff Utilities untuk Projek Feed The Homeless edisi sahur. Misi Feed The Homeless bersama TNB melibatkan lebih 80 orang sukarelawan dan 400 bungkusan makanan yang terdiri daripada nasi ayam berempah, buah epal dan air mineral. Semua sukarelawan berkumpul di TNB Dua Sentral pada jam 12 tengah malam untuk mendengar taklimat dari pihak Kindness.my dan sukarelawan dipecahkan kepada empat buah kumpulan yang akan fokus pada empat lokasi iaitu Chow Kit, Mydin Kotaraya, Pasar Seni dan Masjid Negara.


mendekati warga gelandangan

Misi Feed The Homeless bersama Malakoff Utilites pula melibatkan 35 orang sukarelawan dan telah berkumpul di perhentian bas berhadapan dengan Mydin di Kotaraya. 175 pek makanan (nasi ayam dan air mineral) serta selimut telah diagihkan kepada gelandangan di sekitar Pasar Seni, Kotaraya dan Dataran Maybank.

sukarelawan Kindness.my bersama warga Malakoff Utitlites

sebuah pengalaman yang berharga

Menurut salah seorang sukarelawan, pengalaman ini amat berharga kerana membuka mata mereka dan mengajar erti kehidupan orang lain yang tidak mempunyai kediaman sendiri dan terpaksa merempat tidur di tepi jalan. Salah seorang sukarelawan dari TNB sempat berbual dengan salah seorang gelandangan dan agak terkejut apabila mendapati gelandangan tersebut sudah 27 tahun tidur di tepi jalan.

Lebih banyak projek akan dijalankan di masa hadapan dan pihak Kindness.my mengalu-alukan kerjasama dari pihak syarikat korporat untuk turut sama menyebarkan kebaikan. Untuk syarikat mahupun individu yang ingin melaksanakan aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility), boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut di matt@kindness.my

Muhammad bin Kamarulazizi
Founder Kindness.my
www.facebook.com/kindness.my

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...