About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Tuesday, August 23, 2016

Projek Pasar Percuma dan “Book to Remember” oleh Kindness Malaysia



Pada 21 Ogos 2016, Kindness Malaysia dengan kerjasama pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), HUMANITY, Projek Gobokbuku telah mengadakan Projek Pasar Percuma dan “Book To Remember” di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah. Seramai 55 orang sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan Kindness Malaysia dan pelajar UTM telah menjayakan program ini. Ini merupakan kali ketiga Kindness Malaysia datang untuk mengadakan pasar percuma atau dikenali sebagai ‘Pasar Hutan’ untuk penduduk Kampung Orang Asli Hulu Kemensah. Kali ini pelajar dari UTM turut serta untuk mengadakan program akademik bersama kanak-kanak.

Ketibaan sukarelawan di Kampung Orang Asli Hulu Kemensah

Kanak-kanak sudah menanti kedatangan kami

Pada Jam 8 pagi semua sukarelawan berkumpul di hadapan pintu masuk Zoo Negara sebelum bergerak bersama-sama masuk ke Kampung Orang Asli Hulu Kemensah. Sampai sahaja di kampung, taklimat dan pengenalan program daripada Pengerusi Kindness Malaysia, Encik Noriduan dan pengarah projek, Fatin Amira Nabila serba sedikit berkongsi atucara sepanjang program kepada semua sukarelawan yang hadir.Turut memberi taklimat wakil daripada pelajar UTM untuk menerangkan aktiviti yang akan dijalankan bersama kanak-kanak.


Sukarelawan bersama penduduk kampung

Penduduk beratur untuk mendapatkan makanan
Program bermula dengan mengatur tempat untuk menyusun sarapan yang dibawa secara ‘potluck’ sedikit sorang bawa makanan dan di kongsi bersama penduduk kampung. Menu sarapan kali ini antaranya nasi lemak, kuih karipap, dan kek. Terdapat juga yang membawa dadih sebagai pencuci mulut. Ibarat langkah kanan, kunjungan pada kali ini pada musim buah-buhan. Penduduk kampung turut menjamu kami dengan buah-buahan tempatan seperti rambutan, langsat dan manggis. Buah durian sudah sampai di penghujung musim dan bukan rezeki kami untuk merasa.

Buah rambutan yang disediakan oleh penduduk kampung

Persiapan pasar percuma, menyusun atur barang-barang

Pasar percuma kali ini diadakan di gelanggang badminton untuk memberi ruang kepada program kanak-kanak yg berlangsung di dewan terbuka. Alhamdulillah sumbangan barang –barang keperluan dapur dapat dikumpulkan dalam masa seminggu. Antara barang-barang dapur yang dapat dikumpulkn ialah beras, minyak, gula, tepung, garam, bihun, sardin, susu pekat manis, kicap dan telur. Sabun mandi dan sabun pencuci pinggan juga turut di sumbang untuk masyarakat orang asli di Kemensah. Sumbangan pakaian terpakai yang masih cantik dan boleh digunakan turut diberikan kepada penduduk kampung. Seperti pasar percuma sebelum ini kami mengunakan konsep ‘love currency’ atau ringgit cinta sebagai pengganti kupon. Cara ini untuk mengelak ada penduduk yg mengambil barang lebih daripada apa yang ditetapkan, supaya semua penduduk dapat setiap barang yang telah di sumbangkan. Setiap kupon mewakili barang tertentu yang di ibarat sebagai duit yg bernilai untuk menebus barang tersebut. Oleh itu, setiap wakil keluarga perlu menjaga ringgit cinta ini dan diserahkan kepada setiap stesen barangan dapur sebagai tukar ganti.


Stesen telur, perluserahkan ‘love currency’ terlebih dahaulu dan dapat barang

Stesen tepung dan gulang yang turut diseumbagkan kepada penduduk kampung

Penduduk memilih pakaian yang diingini

Manakala, untuk program kanak-kanak yang dikendalikan oleh pelajar UTM bermula dengan ‘ice breaking’ untuk membuang rasa segan dan malu antara kanak-kanak dengan para sukarelawan. Permainan bola beracun telah menarik minat kanak-kanak untuk turut serta dalam setiap aktiviti. Kanak-kanak dibahagikan kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan terdapat tiga hingga empat orang fasilitator untuk membantu mereka . Aktiviti semakin menarik apabila setiap kumpulan diminta untuk memilih haiwan sebagai nama kumpulan dan perlu meniru bunyi haiwan tersebut, seperti katak, harimau , kucing dan ayam. Aktiviti diteruskan lagi dengan slot membaca buku cerita yg menarik. Kanak-kanak di sana sangat gembira dan seronok melihat buku cerita bergambar yang berwarna-warni. Setelah selesai aktiviti membaca, aktiviti diteruskan dengan pertandingan mewarna. Seramai 5 orang pemenang dipilih dan akan mendapat hadiah. Setiap kanak-kanak turut dihadiahkan alat tulis, bekas pensel dan pensel warna. Semua gembira dapat hadiah.


Kanak-kanak beratur sebulum dibahagikan kepada beberapa kumpulan


Semangat kanak-kanak menyertai pertandingan mewarna

Turut menyanyikan lagu kemerdekaan dan mengibarkan bendera

Turut menerima tajaan untuk membawa aiskrim basikal bagi memeriahkan program
 Sambil-sambil menunggu pertandingan mewarna selesai, turut menanti ketibaan juadah seterusnya yang telah di taja oleh seseorang yang sangat pemurah. Penaja telah menaja KFC untuk di kongsi dengan penduduk kampung yang mungkin jarang untuk merasa makanan seperti itu. Semua penduduk kampung dari setiap peringkat umur gembira menikmati KFC termasuklah para sukarelawan. Selesai makan, semua gotong-royong mengemas kembali kawasan aktiviti dan kutip sampah. 

Sama menikmati KFC yang ditaja

Kami juga turut debekalkan buah-buahan sesikit seorang sebelum pulang 

Akhir sekali aktiviti bergambar dengan semua para sukarelawan dan penduduk kampung. Alhamdulillah semua gembira, semua sumbangan yang telah diamanahkan telah selamat disampaikan kepada yang sepatutnya. Terima kasih kepada semua para sukarelawan Kindness Malaysia dan Pelajar UTM yang sudi turut serta untuk program kali ini.  Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja budiman yang menaja sarapan pagi, barang-barang keperluan dapur dan lain-lain. Semoga Projek Pasar Percuma dan ‘Book To Remember’ ini memberi manfaat dan pengalaman yang paling terindah dalam setiap yang menyertainya tidak kira sebagai sukarelawan, penaja ataupun penerima. Alhamdulillah.

Fatin Amira Nabila binti Tauran
Projek Koordinator 
Kindness Malaysia




Sunday, August 14, 2016

Pasar Percuma Dengan Konsep Bayar Dengan Senyuman



Pasar Percuma Kindness Malaysia yang berkongsepkan “Bayar dengan senyuman” berlangsung dengan jayanya pada 13.08.2016 bertempat di Sek Agama Nurul Ehsan Sg Pinang Klang. Pasar ini adalah sebuah projek yang bertujuan untuk memberi sumbangan kepada 150 keluarga asnaf dan kurang berkemampuan sekitar Kpg Bt Tiga, Sg Pinang.

Barangan yang dipasarkan adalah segala keperluan seisi rumah seperti pinggan mangkuk handbag, kasut, pakaian baru atau yang masih berkeadaan baik (preloved) dan masih boleh digunakan untuk diberi kepada golongan yang memerlukan secara percuma, disamping barangan asas seperti tepung, minyak masak, gula, susu, sabun basuh pinggan, milo, teh, mee hoon, kicap, garam dan lain-lain.

Tempat Pasar percuma Kindness Malaysia Bayar dengan senyuman
Antara volunteer yang hadir dimalam kerja-kerja pembungkusan dijalankan

Pungahan barangan ke atas Pick up sedang dijalankan

Persediaan yang dibuat kira-kira 2minggu sebelum program berlangsung dengan mengumpulkan semua barangan yang didermakan oleh rakan-rakan dan orang ramai, menjadi semakin sibuk pada hari jumaat 12.08. Pasar borong Jln meru klang tempat tujuan untuk membeli dan melengkapkan barangan asas sebanyak 150set untuk keluarga sasaran. Malangnya Pihak kedai tidak dapat menyediakan lori kerana pada waktu itu kesemua lori yang ada telah bergerak menghantar barangan pelanggan lain dan terpaksa menggunakan kenderaaan sendiri untuk mengangkut kesemua barangan yang dibeli. Memuatkan kesemua barangan yang beratnya lebih 1mt kedalam kereta  dan mpv agak membimbangkan tetapi Alhamdulillah kesemua barangan sampai ketempat pengumpulan di No 6, Lorong Hj Khairuddin homestay tempat volunteer berkumpul untuk kerja-kerja pembungkusan. 

Seawal 7.30 malam volunteer sudah sampai ke homestay untuk kerja-kerja pembungkusan. Setelah sedikit perbincangan dan suasana agak panas seketika kerana perbezaan pendapat dan akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk membungkus kesemua 150set barangan asas yang dikhaskan untuk kelurga asnaf dan kurang berkemampuan untuk memudahkan urusan.

Pengunjung sibuk memilih barangan yang mereka minati

Pendaftaran asnaf

antara barangan percuma yang disediakan

Kerja-kerja pembungkusan dimulakan dalam suasana yang begitu meriah dan dapat dilihat hubungan antara kami sangat rapat didalam merealisasi impian kindness Malaysia “Mengimpirasikan kebaikan”. Lebih kurang pukul 11.45malam kesemua kami bergerak pula ketapak program esok iaitu di sek Rendah Agama Nurul Ehsan Sg Pinang. Kerja-kerja penyediaan tempat dilakukan bersama dan kami ke kedai berhampiran untuk menghilangkan dahaga dan berehat sebelum kembali ke homestay untuk berehat.

Antara sebahagian Ahli Redah69
Hujan lebat yang turun seawal 7.45pagi dan belarutan  membataskan aktiviti penyediaan booth oleh semua rakan Ngo yang terlibat antaranya Redah69, Babybox, Humanity, Gerobok rezeki dan dari orang perseorangan. Terbatasnya pergerakkan kerana hujan lebat sangat membimbangkan pada awalnya..tetapi sebaik hujan beransur reda semua rakan2 Ngo dan volunteer Kindness Malaysia kelihatan bersemangat meneruskan kerja walaupun terpaksa merempuh hujan. 

Program yang dirancang bertentatifkan Ucapan dari Ketua kampung Bt 3, Pihak sekolah dan dari Pengerusi Kindness Malaysia terpaksa ditukar kepada hanya taklimat oleh Kindness Malaysia kepada rakan Ngo dan volunteer kerana kedatangan para jemputan tidak serentak disebabkan oleh hujan dan membataskan pergerakkan.

Pasar Percuma yang pertama kalinya diadakan di Kpg Bt 3, merupakan pengalaman baru bagi kami dan khususnya kepada penduduk sekitar, Ada antaranya yang tidak percaya dengan kewujudan pasar percuma ini, dan beranggapan ia adalah gimik untuk penjual meraih keuntungan dan langsung tidak berminat ke lokasi kami. Ada antaranya yang ingin tahu apa itu pasar percuma dan apabila kami membenarkan mereka mengambil apasaja barangan yang mereka perlukan ada antaranya yang was-was dan Cuma mengambil barangan 1 atau 2 takut jika dikenakan bayaran, apabila dikatakan ambil saja  tampa bayaran pelbagai soalan pula yang mereka ajukan . Siapa bagi ?  kenapa percuma? Kenapa banyak sangat barangan? Seolah2 mereka tidak percaya kewujudan Pasar sebigini yang membantu golongan yang memerlukan. Ada juga yang tidak percaya yang pasar sebegini wujud di kampung mereka. 

Adik2 sibuk memilih tudung
Antara gelagat yang dikongsikan oleh volunteer ialah seorang pakcik yang datang untuk mengambil barangan yang disediakan berkupon dan juga pergi kebahagian pasar untuk melihat barangan lain. Dengan selamba pakcik berkata macammana pak cik nak ambik barang kalau kamu letak “bayar dengan senyuman” sedangkan pakcik tak ada gigi sambil membuka mulut menunjukkan memang pakcik tak ada gigi satu pun. Gelagat pakcik membuat kan kami terhibur. Ada juga yang mendoakan kami supaya murah rezeki dan berterima kasih kerana menganjurkan pasar ini dan meminta supaya di anjurkan lagi dimasa akan datang.

Pasar percuma yang mensasarkan seramai 150 keluarga penerima ini dianggap Berjaya dan bantuan disalurkan tepat kepada sasaran. Program yang pertama kalinya dianjurkan di Kpg Bt3 ini juga memberi pengalaman baru bagi penganjur dan mengambil iktibar dari pengalaman baru disini antara yang kami terlepas pandang ialah pengangkutan bagi golongan asnaf terdiri dari ibu tunggal dan warga emas yang tiada pengangkutan ke lokasi. Walaubagaimanapun barangan khas yang tidak dituntun oleh mereka akan dihantar terus kepada mereka selepas program berakhir.

Terima kasih kepada Ketua kampung Bt 3, Sg Pinang Tn Hj Mohd Darin Hj Samijo, Pihak sekolah Rendah Agama Nurul Ehsan, Rakan NGO Redah69, Humanity , BabyBox , Gerobok rezeki dan rakan-rakan Volunteer dari Kindness Malaysia yang bertungkus lumus menjayakan Projek kali ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi bagi projek kemasyarakatan yang akan datang.

Noridah Abd Rahman
Projek Koordinator
Kindness Malaysia

Feed the Homeless di Alor Setar Barlangsung dengan Jayanya


Bismillah. Projek Feed the Homeless anjuran Kindness Malaysia Kedah minggu ini berjalan dengan lancar seperti biasa pagi tadi. Bermula seawal jam 12.01 pagi tadi semua sukarelawan mula berkumpul di perkarangan Pekan Rabu Lama bagi mendengar sedikit taklimat dari PIC Projek iaitu Saudari Amirah Syazwani sblom makanan diedarkan. 

Selesai bacaan doa serta taklimat ringkas dari PIC Projek, sukarelawan mula bergerak untuk mengedarkan makanan di sekitar kawasan Bandaraya Alor Setar. 

sukarelawan memulakan misi feed the homeless

makanan untuk mereka yang memerlukan

bergerak dalam kumpulan

Gelandangan sekitar Alor Setar

Pelbagai latar belakang sukarelawan yang terlibat pada pagi tersebut antaranya Doktor, Pegawai JPJ, Guru serta pelajar dari IPTA yang turut sama turun padang bersengkang mata demi sama-sama menyebarkan kebaikkan. 

Terdapat hampir 20 orang gelandangan sekitar Bandaraya Alor Setar yang berjaya ditemui pada pagi tersebut dan Projek berakhir pada jam 2.30 pagi. 

Terima kasih diucapkan kepada semua yang turut sama menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi memastikan kebaikkan dapat terus dikongsi bersama. 

By Everyone for Everyone 

Mohd Azrul Mohd Razak
Timbalan Pengerusi 
Kindness Malaysia

Friday, August 12, 2016

Kebaikan Bukan Hanya Pada Nilai Ringgit Sahaja



Hari ini saya ke pasar dan niat saya ingin beri makanan lagi sebagai sarapan untuk makcik cleaner. Biasanya sebelum membeli makanan, saya akan ke pasar dahulu untuk belikan ikan dan sayur dahulu. Tiba sahaja di pasar, makcik cleaner ini terus sambut saya dan anak saya dengan senyuman. Nak, mari sini salam. Anak saya berlari dan makcik cleaner itu salam dan berikannya duit, kali ini RM6. Aduh, saya belum lagi berikan makanan kepadanya untuk sarapan, tetapi makcik cleaner ini dah berikan anak saya duit pula.

Saya jadi gelisah, jika berterusan begini, saya khuatir nanti jadi kebiasaan, seolah-olah makcik cleaner ini beli makanan daripada saya. Saya niat nak sedekah makanan untuk makcik cleaner ini, supaya dapat ringankan beban belanjanya setiap hari.

Selesai beli ikan dan sayur, saya terus ke gerai nasi lemak. Mujur duit poket kindness saya masih banyak, saya belikan nasi lemak sotong, nasi lemak paru dan nasi lemak daging serta 3 teh tarik bungkus. Kali ini saya mahu makcik cleaner kongsikan sarapan dengan rakan-rakannya yang lain.

Tiba kembali di pasar, anak saya serahkan nasi lemak dan teh tarik bungkus tersebut. Nenek seperti terkilan, katanya duit yang diberikan itu untuk anak saya. Saya kata duit nenek masih di tangan anak saya sambil anak saya tunjuk duitnya itu kepada makcik cleaner. Makcik, lepas ini tak perlu berikan kami duit ye, makcik cuma doakan sahaja untuk kami. Kami perlukan doa makcik. Makcik cleaner itu pun senyum dan angguk sahaja. Anak saya salam sekali lagi dan kami pun pulang ke rumah.
RM6 itu nilainya mungkin kecil sahaja, tetapi saya tahu nilainya besar untuk makcik cleaner itu. 

Saya terfikir, apa yang buatkan makcik cleaner ini sanggup keluarkan duit yang mungkin besar nilai baginya dan berikan kepada orang lain? Saya belajar hari ini, kebaikan itu sebenarnya bukan terletak pada nilai wang semata-mata, tetapi pada hati yang baik yang ikhlas untuk lakukan kebaikan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas 
Kindness Malaysia

Friday, August 5, 2016

Feed the Homeless di Alor Setar Kedah


Projek 'Feed The Homeless' kali ini berlangsung pada malam Sabtu 30 Julai 2016 yang disertai 7 orang volunteers di sekitar Alor Setar, Kedah. Setelah selesai sesi ta'aruf dengan volunteer baru kami berjalan dan mengedarkan makanan melalui jalan yang biasa dilalui sebelum ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, cuaca juga sangat baik dan semua makanan habis diedarkan kepada lebih kurang 25 orang gelandangan. 




Aktiviti pada malam tersebut tamat pada jam 1.30 pagi. Terima kasih yang tak terhingga kepada penyumbang serta sukarelawan yang tak pernah jemu dalam melakukan kebaikkan.

By Everyone for Everyone

Nur Amirah Syazwani
Projek Koordinator 
Kindness Malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...