Pasar Percuma Kindness Malaysia yang berkongsepkan “Bayar dengan senyuman” berlangsung dengan jayanya pada 13.08.2016 bertempat di Sek Agama Nurul Ehsan Sg Pinang Klang. Pasar ini adalah sebuah projek yang bertujuan untuk memberi sumbangan kepada 150 keluarga asnaf dan kurang berkemampuan sekitar Kpg Bt Tiga, Sg Pinang.
Barangan yang dipasarkan adalah segala keperluan seisi rumah seperti pinggan mangkuk handbag, kasut, pakaian baru atau yang masih berkeadaan baik (preloved) dan masih boleh digunakan untuk diberi kepada golongan yang memerlukan secara percuma, disamping barangan asas seperti tepung, minyak masak, gula, susu, sabun basuh pinggan, milo, teh, mee hoon, kicap, garam dan lain-lain.
Tempat Pasar percuma Kindness Malaysia Bayar dengan senyuman |
Antara volunteer yang hadir dimalam kerja-kerja pembungkusan dijalankan |
Pungahan barangan ke atas Pick up sedang dijalankan |
Persediaan yang dibuat kira-kira 2minggu sebelum program berlangsung dengan mengumpulkan semua barangan yang didermakan oleh rakan-rakan dan orang ramai, menjadi semakin sibuk pada hari jumaat 12.08. Pasar borong Jln meru klang tempat tujuan untuk membeli dan melengkapkan barangan asas sebanyak 150set untuk keluarga sasaran. Malangnya Pihak kedai tidak dapat menyediakan lori kerana pada waktu itu kesemua lori yang ada telah bergerak menghantar barangan pelanggan lain dan terpaksa menggunakan kenderaaan sendiri untuk mengangkut kesemua barangan yang dibeli. Memuatkan kesemua barangan yang beratnya lebih 1mt kedalam kereta dan mpv agak membimbangkan tetapi Alhamdulillah kesemua barangan sampai ketempat pengumpulan di No 6, Lorong Hj Khairuddin homestay tempat volunteer berkumpul untuk kerja-kerja pembungkusan.
Seawal 7.30 malam volunteer sudah sampai ke homestay untuk kerja-kerja pembungkusan. Setelah sedikit perbincangan dan suasana agak panas seketika kerana perbezaan pendapat dan akhirnya kami mengambil kata sepakat untuk membungkus kesemua 150set barangan asas yang dikhaskan untuk kelurga asnaf dan kurang berkemampuan untuk memudahkan urusan.
Pengunjung sibuk memilih barangan yang mereka minati |
Pendaftaran asnaf |
antara barangan percuma yang disediakan |
Kerja-kerja pembungkusan dimulakan dalam suasana yang begitu meriah dan dapat dilihat hubungan antara kami sangat rapat didalam merealisasi impian kindness Malaysia “Mengimpirasikan kebaikan”. Lebih kurang pukul 11.45malam kesemua kami bergerak pula ketapak program esok iaitu di sek Rendah Agama Nurul Ehsan Sg Pinang. Kerja-kerja penyediaan tempat dilakukan bersama dan kami ke kedai berhampiran untuk menghilangkan dahaga dan berehat sebelum kembali ke homestay untuk berehat.
Antara sebahagian Ahli Redah69 |
Hujan lebat yang turun seawal 7.45pagi dan belarutan membataskan aktiviti penyediaan booth oleh semua rakan Ngo yang terlibat antaranya Redah69, Babybox, Humanity, Gerobok rezeki dan dari orang perseorangan. Terbatasnya pergerakkan kerana hujan lebat sangat membimbangkan pada awalnya..tetapi sebaik hujan beransur reda semua rakan2 Ngo dan volunteer Kindness Malaysia kelihatan bersemangat meneruskan kerja walaupun terpaksa merempuh hujan.
Program yang dirancang bertentatifkan Ucapan dari Ketua kampung Bt 3, Pihak sekolah dan dari Pengerusi Kindness Malaysia terpaksa ditukar kepada hanya taklimat oleh Kindness Malaysia kepada rakan Ngo dan volunteer kerana kedatangan para jemputan tidak serentak disebabkan oleh hujan dan membataskan pergerakkan.
Pasar Percuma yang pertama kalinya diadakan di Kpg Bt 3, merupakan pengalaman baru bagi kami dan khususnya kepada penduduk sekitar, Ada antaranya yang tidak percaya dengan kewujudan pasar percuma ini, dan beranggapan ia adalah gimik untuk penjual meraih keuntungan dan langsung tidak berminat ke lokasi kami. Ada antaranya yang ingin tahu apa itu pasar percuma dan apabila kami membenarkan mereka mengambil apasaja barangan yang mereka perlukan ada antaranya yang was-was dan Cuma mengambil barangan 1 atau 2 takut jika dikenakan bayaran, apabila dikatakan ambil saja tampa bayaran pelbagai soalan pula yang mereka ajukan . Siapa bagi ? kenapa percuma? Kenapa banyak sangat barangan? Seolah2 mereka tidak percaya kewujudan Pasar sebigini yang membantu golongan yang memerlukan. Ada juga yang tidak percaya yang pasar sebegini wujud di kampung mereka.
Adik2 sibuk memilih tudung |
Antara gelagat yang dikongsikan oleh volunteer ialah seorang pakcik yang datang untuk mengambil barangan yang disediakan berkupon dan juga pergi kebahagian pasar untuk melihat barangan lain. Dengan selamba pakcik berkata macammana pak cik nak ambik barang kalau kamu letak “bayar dengan senyuman” sedangkan pakcik tak ada gigi sambil membuka mulut menunjukkan memang pakcik tak ada gigi satu pun. Gelagat pakcik membuat kan kami terhibur. Ada juga yang mendoakan kami supaya murah rezeki dan berterima kasih kerana menganjurkan pasar ini dan meminta supaya di anjurkan lagi dimasa akan datang.
Pasar percuma yang mensasarkan seramai 150 keluarga penerima ini dianggap Berjaya dan bantuan disalurkan tepat kepada sasaran. Program yang pertama kalinya dianjurkan di Kpg Bt3 ini juga memberi pengalaman baru bagi penganjur dan mengambil iktibar dari pengalaman baru disini antara yang kami terlepas pandang ialah pengangkutan bagi golongan asnaf terdiri dari ibu tunggal dan warga emas yang tiada pengangkutan ke lokasi. Walaubagaimanapun barangan khas yang tidak dituntun oleh mereka akan dihantar terus kepada mereka selepas program berakhir.
Terima kasih kepada Ketua kampung Bt 3, Sg Pinang Tn Hj Mohd Darin Hj Samijo, Pihak sekolah Rendah Agama Nurul Ehsan, Rakan NGO Redah69, Humanity , BabyBox , Gerobok rezeki dan rakan-rakan Volunteer dari Kindness Malaysia yang bertungkus lumus menjayakan Projek kali ini. Semoga kita dapat bekerjasama lagi bagi projek kemasyarakatan yang akan datang.
Noridah Abd Rahman
Projek Koordinator
Kindness Malaysia
0 comments:
Post a Comment