About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Thursday, September 29, 2011

Ziarah Sumbang Raya di SMK Matupang Jaya, Ranau, Sabah


Lokasi: Sekolah Menengah Kebangsaan Matupang Jaya, Ranau, Sabah
Tarikh: 26 September 2011
Program: Sumbangan raya Fast 2 Feed

Sebuah lagi program pasca Fast 2 Feed selesai dijalankan di Ranau baru-baru ini dengan meraikan 50 orang pelajar dan 5 buah keluarga berpendapatan rendah. Program sumbangan raya ini juga merupakan antara assessment yang dijalankan bagi mendapatkan info tentang program serta bantuan yang sesuai dijalankan di Ranau, Sabah. Di sini juga masih terdapat juga kampung-kampung yang tidak mempunyai bekalan air bersih.

sumbangan pek makanan

bekalan air bersih masih menjadi masalah bagi masyarakat di Ranau

sumbangan duit raya bagi pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di SMK Matupang Jaya

InsyaAllah program selanjutnya akan mula dirancang untuk masyarakat di Ranau. Kepada yang berminat untuk menyumbang idea atau sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 atau email di mail@muslimaidasia.com.

Muhammad bin Kamarulazizi

Ziarah Sumbangan Raya di SK Abang Aing, Sri Aman, Sarawak


Lokasi: Sekolah Kebangsaan Abang Aing, Sri Aman, Sarawak
Tarikh: 23 September 2011
Program: Sumbangan raya Fast 2 Feed

Alhamdulillah, Muslim Aid telah melebarkan sayapnya ke Borneo bermula di SK Abang Aing di Sri Aman, Sarawak. Program kali ini meraikan 50 orang pelajar keluarga miskin serta 5 buah keluarga di sekitar Sri Aman. Lawatan kali ini lebih kepada assessment untuk mengetahui keadaan di daerah Sri Aman dan program serta bantuan yang dapat dilaksanakan di sana.

Melalui info yang diterima, lebih separuh daripada murid-murid di SK Abang Aing menerima bantuan asas dan ini bermakna lebih separuh dari pelajar sekolah merupakan dari keluarga pendapatan rendah. Kebanyakan kawasan di Sarawak ini masih ada lagi yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti air dan elektrik. Kebanyakan ibu bapa mereka bekerja kais pagi kais petang dimana setiap pendapatan yang diperoleh hanya dapat cukup untuk digunakan pada hari yang sama.

sumbangan duit raya

majlis raya di kelas murid-murid


sumbangan food aid untuk keluarga miskin

bersama sukarelawan dan guru SK Abang Aing

bersama murid kelas khas, SK Abang Aing


antara keluarga yang menerima bantuan

Faktor kemiskinan ini menyebabkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan juga amat kurang dan ramai juga murid-murid yang tidak hadir ke sekolah semata-mata untuk membantu ibu bapa mereka bekerja bercucuk tanam atau di ladang.

Pihak Muslim Aid mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK Abang Aing, Cikgu Wan Ismail serta sukarelawan Muslim Aid ustazah Shuhada atas kerjasama yang diberikan bagi mendapatkan info di Sri Aman.

InsyaAllah program susulan akan dirancang bagi membantu masyarakat di Sri Aman meningkatkan taraf hidup mereka. Mind setting, pemikiran positif dan anjakan paradigma akan menjadi cabaran utama dalam perancangan program di sana. Kepada sukarelawan atau dermawan yang ingin menyumbang untuk program di Sarawak, boleh hubungi pejabat Muslim Aid untuk maklumat lanjut.

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, September 15, 2011

Ziarah Merdeka Raya di Pusat Jagaan Insan Istimewa


Tarikh: 14 September 2011 Lokasi: Pusat Jagaan Insan Istimewa, Semenyih

Bulan ini buat kali kedua staf dan sukarelawan Muslim Aid membuat kunjungan ke Pusat Jagaan Insan Istimewa yang terletak di Semenyih. Pusat Jagaan Insan Istimewa ini menempatkan 23 warga emas dari pelbagai latar belakang dan agama. Sebahagian dari 'assessment' yang telah dilakukan oleh unit sukarelawan Muslim Aid, pusat jagaan ini memerlukan bantal kalis air, almari serta rak baju dan juga keperluan bahan dapur seperti makanan kering dan basah. Peralatan 'toiletries' juga diperlukan sebagai keperluan bulanan.

menjamu selera bersama penghuni Insan Istimewa


sukarelawan bersama warga Insan Istimewa

warga emas Insan Istimewa gembira bersama duit raya

bersama en Subramaniam yang gemar berkongsi cerita kisahnya

Dari sudut luar pusat jagaan tersebut pula mempunyai sedikit ruang dalam anggaran ukuran 5 kaki x 10 kaki yang sesuai untuk laksanakan projek kitchen garden secara kecilan. Antara pokok-pokok yang sesuai ditanam sebaiknya pokok yang 'low maintainance' seperti pokok limau kasturi, ubi kayu dan ubi keledek.

InsyaAllah di masa akan datang, pejabat Muslim Aid akan merancang untuk membuat sebuah mini kitchen garden untuk Pusat Jagaan Insan Istimewa. Pada yang berminat untuk turut serta atau menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996 (Siti).

Muhammad bin Kamarulazizi

Monday, September 12, 2011

Muslim Aid: Bantuan Makanan dan Perubatan di Teruskan di Somalia


Alhamdulillah, pada 3 September 2011, rangkaian Muslim Aid antarabangsa melalui pejabat Muslim Aid Somalia telah menyampaikan bantuan makanan kepada 1.400 keluarga di sekitar daerah Bay dan Jamame yang telah diisytiharkan sebagai zon kebuluran. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah menyatakan bahawa sehingga 750,000 orang boleh mati sebagai menjadi lebih teruk kemarau Somalia dalam bulan-bulan akan datang.

Pada 29 Ogos 2011, Muslim Aid mengagihkan bantuan makanan kepada 260 keluarga di dalam kawasan Baidoa. Muslim Aid dan juga menjalankan program pemakanan di pusat-pusat yang berpangkalan di Madinah dan Afgoye Juba, yang telah dilaporkan telah menerima jumlah yang tinggi dari kalangan wanita dan kanak-kanak yang memerlukan rawatan.

Jumlah IDP (mangsa kebuluran) di Mogadishu masih kekal tinggi dan pelarian baru tiba setiap hari dalam jumlah yang agak besar. Harga makanan terus meningkat pada kadar yang membimbangkan. Penyakit cirit-birit, malaria, anemia, kekurangan zat makanan dan kudis kekal adalah antara penyakit yang sirius menyerang mangsa kebuluran.

anak-anak kecil diperiksa tahap kesihatan

lawatan dari pasukan Mercy Malaysia

pengambilan bantuan makanan

Pada 28 Ogos 2011 pasukan Muslim Aid telah mengedarkan barangan makanan kepada lebih 1,600 keluarga di kawasan dilanda kebuluran seperti Garowe, Puntland, Tarbuunka dan Kem Wardhigley , Mogadishu, Hargeisa dan Somaliland. Pada hari yang sama, pasukan Mercy Malaysia juga telah melawat gudang tempat penyimpanan barang bantuan Muslim Aid.

Atas tajaan dari OIC, pasukan Muslim Aid telah mengedarkan barangan makanan kecemasan kepada 1400 keluarga, di rantau Jamame Daerah Juba. Barangan makanan juga telah diedarkan kepada 972 keluarga di Kismayo, dan 250 keluarga di Abudwaq.

Bantuan kecemasan untuk saudara kita di Somalia dan masih ramai memerlukan bantuan asas makanan dan ubat-ubatan. Kepada yang ingin menyalurkan sumbangan, boleh salurkan ke akaun CIMB di 1422-0000070-10-8 atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia. Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai ( Rujukan LHDN 01/35/42/51/179-6.6487, tarikh kuatkuasa 15 Jan 2009).

Sila emailkan atau faks slip bank bersama butiran berikut untuk mendapatkan resit pengecualian cukai
Nama:
Alamat:
No tel:
Tarikh transaksi:
Masa transaksi:
Jumlah:
Sumbangan: Somalia Drought Appeal

Email ke mail@muslimaidasia.com atau faks di 03-22881966

Muhammad bin Kamarulazizi

Thursday, September 8, 2011

Ziarah Raya di Pusat Jagaan Insan Istimewa


Lokasi: Pusat Jagaan Insan Istimewa
Tarikh: 6 September 2011

Baru-baru ini saya bersama rakan sepejabat di Muslim Aid berpeluang untuk ziarah sebuah 'rumah orang tua' yang diberi nama Pusat Jagaan Insan Istimewa. Pusat Jagaan ini terletak di Semenyih dan menempatkan 20 orang dari pelbagai latar belakang agama dan bangsa. Jarang sekali bagi saya untuk melawat atau melakukan aktiviti bagi rumah orang tua dan ini merupakan pengalaman baru yang saya rasakan memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding dengan rumah anak yatim.

keadaan di rumah Pusat Jagaan Insan Istimewa

penghuni Insan Istimewa berkongsi cerita jenaka


ruang makan

Saya lihat untuk membantu warga tua ini lebih memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu lebih kreatif. Dari segi penerimaan dana juga, rumah orang tua ini kurang popular berbanding dengan rumah anak yatim. Secara asasnya, adakala kita rasa keliru mengapa anak-anak mereka sanggup menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua tersebut. Namun begitu, kita sebagai orang Islam patut bersyukur jumlah warga tua di rumah orang tua yang beragama Islam masih rendah berbanding dengan agama lain.

InsyaAllah pejabat Muslim Aid akan mula mendekati Pusat Jagaan Insan Istimewa ini dengan sambutan raya di sana sebagai permulaan peringkat 'assessment' bagi mendapatkan info dan keperluan yang diperlukan di sana. Tabung bagi warga tua akan dibuka dan bagi orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan atau ingin menjadi sukarelawan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996. Setiap sumbangan akan diberi resit pengecualian cukai.

Muhammad bin Kamarulazizi

Wednesday, September 7, 2011

Ziarah Raya di Rumah Perlindungan PERNIM

Lokasi: Pusat Perlindungan PERNIM / Keluarga Besar Norlina Alawi
Tarikh: 6 September 2011

Alhamdulillah, baru-baru ini kami di Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia berkesempatan untuk ziarah raya Pusat Perlindungan PERNIM atau kini dikenali sebagai Keluarga Besar Norlina Alawi di Kampung Cheras Baru. Kami bertemu dengan pengasasnya, Hajah Norlina Alawi yang merupakan antara individu yang berpengalaman membantu anak-anak yatim serta anak yatim yang dijangkiti HIV.

diskusi bersama Hajah Norlina


sedikit sumbangan untuk Keluarga Besar Norlina Alawi

Apa yang menarik di Rumah PERNIM ini, Hajah Norlina menjaga anak-anak yatim ini seperti sebuah keluarga dan mereka tinggal di rumah Hajah Norlina sendiri. Semua dianggapnya sebagai anak dan cucu. Pengambilan mereka semua sebagai anak angkat ini telah mengikut undang-undang yang sah.

InsyaAllah pihak Muslim Aid akan merancang untuk mengadakan program bersama dengan Rumah PERNIM di masa akan datang. Pada yang ingin turut serta atau berminat untuk menyalurkan sumbangan, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Tuesday, September 6, 2011

Kitchen Garden di ASDAF Mengeluarkan Hasil Lagi


Gotong-royong Kitchen Garden di ASDAF yang telah berlangsung pada bulan Julai lepas telah mengeluarkan hasil. Pokok-pokok tumbuh dengan sihat dimana pokok kacang panjang dan bendi sudah berbuah. Pokok limau kasturi juga sedang berbuah dengan lebat dan dijangka akan masak ranum dalam tempoh seminggu lagi.

pokok bendi yang sudah mengeluarkan hasil

kacang panjang

Terdapat juga permintaan untuk membuat projek kitchen garden di rumah-rumah kebajikan lain juga. InsyaAllah sekiranya dana mencukupi, projek kitchen garden ini dapat dikembangkan ke lokasi lain. Kepada orang ramai yang ingin menyumbang bagi projek Kitchen Garden ini, boleh hubungi pejabat Muslim Aid di 03-22881996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Sunday, September 4, 2011

Update from Somalia - Muslim Aid is on the ground delivering aid


Muslim Aid began distribution of emergency aid on July 10 in Mogadishu, handing out food packs, water and kitchen utensils to around 1000 people on the first day of distribution. The first stage is targeting IDP camps in Mogadishu and Afgoye corridor, a region of Somalia with already alarming high numbers of internally displaced people. After Afghanistan and Iraq, Somalia is the third largest refugee-producing country in the world.

There are acute levels of hunger and malnutrition as food prices continue to escalate, with women, children and elderly increasingly vulnerable. Muslim Aid’s Country Director Ahmed Abdi Muhummed said: ” currently the drought is resulting in around 2500 people entering Mogadishu every day. Many people are travelling hundreds of kilometers on foot; one lady left her house with six children, sadly she arrived with only two.”

Muslim Aid has launched an urgent emergency appeal to provide humanitarian relief to people affected by the severe drought and malnutrition occurring in the countries of eastern Horn of Africa.

An estimated 10 million people in Djibouti, Somalia, Ethiopia, Kenya, Uganda and Sudan are at risk of starvation. A shortage of food, water and medicines, made worse by persistent drought conditions in the region have forced thousands of people to flee their homes and seek refuge in camps in Mogadishu, as well as on the border of Northern Kenya and Ethiopia.

Launching the appeal, a Muslim Aid spokesperson said: “The onslaught of draught in eastern Horn of Africa is not an overnight disaster event. It has been building up for months. Food and water reserves in these countries have depleted to the extent that governments are unable to meet the needs of their populations. Livestock are dying and food supplies have collapsed. Hundreds of villages have been totally abandoned. The time has come for the international community to take notice of this alarming situation and act fast to help the affected people before it is too late.”

“Muslim Aid Field Offices in Somalia and Kenya are providing relief to the refugees. Muslim Aid appeals to its donors and partner institutions to urgently come to the aid of the victims of drought and save precious lives.”

We at Muslim Aid still welcomes donations to help reduce the suffering of our brothers in Somalia. For every contribution will entitle for tax exemption receipt.

Every contribution can be directed to
CIMB Bank: 1422-0000070-10-8 the name (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
Please attach payment slip along with your
Full name:
address:
phone number:

To further inquiries, please contact the Muslim Aid office at 03-2282 1996 or 03-2288 1996.

Muhammad bin Kamarulazizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...