About

Blog tentang aktiviti-aktiviti amal di dalam dan luar Malaysia

More About Me...

Kita pesimis dengan kesengsaraan insan yang menderita di serata dunia. Laman ini cuba mengundang kembali sekelumit fitrah insani yang cakna dan peka dengan kesengsaraan insan lain. Infaq di jalan Allah...

RSS Subscribe

Pengiktirafan dari World Kindness Movement

Kindness Malaysia kini secara rasminya merupakan ahli World Kindness Movement

Misi Bantuan Kemanusiaan Untuk Mangsa Rohingya di Arakan, Myanmar

Bersama pelarian Rohingya di Arakan (Rakhine), Myanmar

Bantuan Perubatan di Hebron, Palestine

Vitamin C untuk anak-anak Palestine di Hebron

Ziarah ke perkampungan orang asli

Bersama sukarelawan ke kampung orang asli di Pos Betau, Pahang.

Misi Gelandangan Feed The Homeless

Misi Gelandangan Feed The Homeless yang dijalankan setiap hari Sabtu 2 minggu sekali di sekitar Kuala Lumpur

Booking.com

Wednesday, December 31, 2014

Projek Orang Asli Bersama Kindness Dot My


Menjelang hujung tahun 2014, sukarelawan Kindness Dot My (Kindness) bergerak ke Kampung Sentoi, Pos Betau untuk program bersama masyarakat Orang Asli di sana. Ziarah kali kedua ini adalah kesinambungan dari ziarah yang pertama pada awal tahun ini. Alhamdulillah, dua buah van dan tiga buah kereta memulakan perjalanan dari Asrama Darul Falah pada jam 10 malam, 26hb Disember 2014, dan tiba di Kampung Sentoi pada jam 5 pagi, 27hb Disember 2014.

gotong-royong makan tengahari
 
nasi lauk ayam kari menjadi menu untuk makan tengahari
biskut dan air teh susu untuk minum petang
motivasi bersama anak-anak orang asli
 
kelas bacaan Iqra selepas solat Subuh

Vitamin C untuk anak-anak Orang Asli

projek wordrocks, menulis mesej yang baik pada batu sungai

Misi kali ini lebih kepada penglibatan bersama kanak-kanak orang asli dan beberapa projek rutin dijalankan seperti Projek Alat Tulis, Projek Vitamin C dan Projek WordRocks. Gotong-royong memasak serta sukaneka juga telah dijalankan bersama dan pada sebelah malamnya pula masyarakat orang asli telah mengadakan acara sewang khusus untuk sukarelawan Kindness. Sewang ini merupakan acara istimewa, dan jarang-jarang dilakukan untuk orang luar. Sewang bagi masyarakat Semai di sini hanya dilakukan apabila ada berlaku kematian.

sukaneka dengan kanak-kanak Orang Asli

bola sepak antara permainan kegemaran

hadiah sukaneka

pertandingan menyumpit

belon untuk kanak-kanak
sukarelawan mesra dengan anak-anak orang asli

kelas mengenal huruf jawi untuk anak-anak orang asli

tarian sewang di sebelah malam

Ziarah kali ini juga memberi peluang kepada sukarelawan untuk solat berjemaah bersama, disamping mengajar golongan dewasa membaca Iqra dan asas-asas Fardhu Ain bagi yang beragama Islam. InsyaAllah ziarah kampung Orang Asli ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Pada yang berminat untuk turut serta, atau menaja bagi projek akan datang, boleh email terus ke support@kindness.my. Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan juga kepada para penaja untuk projek kali ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Thursday, December 25, 2014

Projek Banjir oleh Kindness Dot My


Negara kita dikejutkan sekali lagi dengan banjir yang lebih dasyat, yang telah menenggelamkan sebahagian besar negeri Kelantan, juga negeri-negeri yang lain seperti Terengganu, Pahang dan paling terkini di Kedah. Atas permintaan orang ramai terhadap Kindness Dot My (Kindness), pasukan sukarelawan Kindness akan memulakan misi bantuan di peringkat "recovery". 

ubat-ubatan batch pertama yang dihantar ke Kota Bharu

Projek Koordinator yang terlibat

Keadaan sekarang masih diperingkat "emergency" atau kecemasan, dan seorang sukarelawan telah ke Kota Bharu hari ini untuk menyampaikan sumbangan barang-barang ubatan untuk mangsa banjir di sana. Trip seterusnya akan dilakukan pada awal bulan Januari 2015, dan pada yang berminat untuk menyalurkan sumbangan, boleh hubungi terus nama-nama seperti di dalam poster.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Sunday, December 14, 2014

Projek Bersih Bersama Kepimpinan Orang Asli



Tahun ini Kindness Dot My (Kindness) terlibat dengan Kem Kepimpinan untuk masyarakat Orang Asli bertempat di Asrama Darul Falah (ASDAF). 25 orang peserta terpilih dari pelbagai kampung Orang seperti Pos Betau, Kampung Harong, Nyentil, Perangkap dan juga Sungai Siput dan Gua Musang.

kelas teori dan praktikal

peserta tekun mendengar

latihan yang perlu dilakukan

sukarelawan turut bantu sama

sesi praktikal

Dua slot diamanahkan kepada team Kindness untuk laksanakan kelas kebersihan diri dan persekitaran. Kelas selama dua jam ini memberi pendedahan tentang kelebihan dan kesan kebersihan kepada mereka dan keluarga.

Peserta yang aktif dapat bawa pulang baju kurung dan tshirt yang disumbang oleh orang ramai

peserta memilih baju

Peserta-peserta ini merupakan calon yang bakal menjadi contoh dan akan membawa perubahan kepada kampung mereka. Pihak Kindness mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan yang terlibat dan juga penyumbang untuk projek kali ini.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Tuesday, December 2, 2014

Hari Keluarga Kindness 2014


Setiap hujung tahun, team Kindness Dot My (Kindness) akan mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan serta ahli keluarga untuk aktiviti Hari Keluarga dan tahun ini Hari Keluarga Kindness berlangsung di Sungai Sendat, Batang Kali. Lebih 20 orang core volunteers hadir bersama keluarga bersantai dan piknik. Setiap sukarelawan membawa makanan masing-masing,

Kemaskan dahulu sekitar tempat berkelah sebelum memulakan piknik

Air dimasak menggunakan kayu api

anak-anak sukarelawan di kawasan sungai

warga pelapis Kindness menikmati juadah

bercambahnya idea-idea baharu

hujan tidak menghalang aktiviti berkelah

Sepanjang Hari Keluarga ini, idea-idea baru juga dikongsi bersama untuk aktiviti Kindness yang baru pada masa akan datang. Tahun 2015 bakal menjadi lebih mencabar dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan juga sistem cukai yang baru iaitu GST pada April 2015.

selesai berkelah

hujan turun dengan lebat

Pihak Kindness akan terus mencambahkan idea-idea baru bagi meneruskan misi memberi inspirasi melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun. Semoga lebih banyak projek dapat dijalankan dengan sokongan semua termasuk dari segi tenaga, masa, idea dan kewangan.

Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...