Setiap hujung tahun, team Kindness Dot My (Kindness) akan mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan serta ahli keluarga untuk aktiviti Hari Keluarga dan tahun ini Hari Keluarga Kindness berlangsung di Sungai Sendat, Batang Kali. Lebih 20 orang core volunteers hadir bersama keluarga bersantai dan piknik. Setiap sukarelawan membawa makanan masing-masing,
Kemaskan dahulu sekitar tempat berkelah sebelum memulakan piknik |
Air dimasak menggunakan kayu api |
anak-anak sukarelawan di kawasan sungai |
warga pelapis Kindness menikmati juadah |
bercambahnya idea-idea baharu |
hujan tidak menghalang aktiviti berkelah |
Sepanjang Hari Keluarga ini, idea-idea baru juga dikongsi bersama untuk aktiviti Kindness yang baru pada masa akan datang. Tahun 2015 bakal menjadi lebih mencabar dengan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan juga sistem cukai yang baru iaitu GST pada April 2015.
selesai berkelah |
hujan turun dengan lebat |
Pihak Kindness akan terus mencambahkan idea-idea baru bagi meneruskan misi memberi inspirasi melakukan kebaikan tidak kira tempat, masa atau pada sesiapa pun. Semoga lebih banyak projek dapat dijalankan dengan sokongan semua termasuk dari segi tenaga, masa, idea dan kewangan.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas
Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment