Menjelang hujung tahun 2014, sukarelawan
Kindness Dot My (Kindness) bergerak ke Kampung Sentoi, Pos Betau untuk program bersama masyarakat Orang Asli di sana. Ziarah kali kedua ini adalah kesinambungan dari ziarah yang pertama pada awal tahun ini. Alhamdulillah, dua buah van dan tiga buah kereta memulakan perjalanan dari Asrama Darul Falah pada jam 10 malam, 26hb Disember 2014, dan tiba di Kampung Sentoi pada jam 5 pagi, 27hb Disember 2014.
|
gotong-royong makan tengahari |
|
nasi lauk ayam kari menjadi menu untuk makan tengahari |
|
biskut dan air teh susu untuk minum petang |
|
motivasi bersama anak-anak orang asli |
|
kelas bacaan Iqra selepas solat Subuh |
|
Vitamin C untuk anak-anak Orang Asli |
|
projek wordrocks, menulis mesej yang baik pada batu sungai |
Misi kali ini lebih kepada penglibatan bersama kanak-kanak orang asli dan beberapa projek rutin dijalankan seperti Projek Alat Tulis, Projek Vitamin C dan Projek WordRocks. Gotong-royong memasak serta sukaneka juga telah dijalankan bersama dan pada sebelah malamnya pula masyarakat orang asli telah mengadakan acara sewang khusus untuk sukarelawan Kindness. Sewang ini merupakan acara istimewa, dan jarang-jarang dilakukan untuk orang luar. Sewang bagi masyarakat Semai di sini hanya dilakukan apabila ada berlaku kematian.
|
sukaneka dengan kanak-kanak Orang Asli |
|
bola sepak antara permainan kegemaran |
|
hadiah sukaneka |
|
pertandingan menyumpit |
|
belon untuk kanak-kanak |
|
sukarelawan mesra dengan anak-anak orang asli |
|
kelas mengenal huruf jawi untuk anak-anak orang asli |
|
tarian sewang di sebelah malam |
Ziarah kali ini juga memberi peluang kepada sukarelawan untuk solat berjemaah bersama, disamping mengajar golongan dewasa membaca Iqra dan asas-asas Fardhu Ain bagi yang beragama Islam. InsyaAllah ziarah kampung Orang Asli ini akan diteruskan lagi pada tahun hadapan. Pada yang berminat untuk turut serta, atau menaja bagi projek akan datang, boleh email terus ke support@kindness.my. Pihak Kindness mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sukarelawan yang terlibat dan juga kepada para penaja untuk projek kali ini.
Muhammad bin Kamarulazizi
Pengasas Kindness Dot My
www.facebook.com/kindness.my
0 comments:
Post a Comment